Pages

Tuesday 16 April 2013

MENGGELEGAK NEWS!! LAGI ORANG LAMA PKR KELUAR JADI CALON BEBAS!!



Nampaknya Azmin dah mula buat serangan nak goyahkan kedudukan Kak Wan Azizah isteri kepada Pak Syekh Anwar Ibrahim ni. Baru berapa hari lepas, orang lama PKR Yusmadi tidak dicalonkan sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Balik Pulau. Kecewa sungguh Yusmadi, mana tak nya. Selama ni dia lah yang bertungkus lumus mendukung mengongong parti PKR ni untuk terus maju di bawah naungan Wan Azizah.. Eh, alih-alih dia tak dicalonkan.

Nasib baik Yusmadi ni ambil inisiatif nak bertanding juga, cuma calon bebas lah. Ok lah tu, at least takda lah melopong sangat. Agaknyalah, kenapa Azmin ni kan…dia rasa tergugat ni agaknya dengan kebolehan dan kemampuan kak Wan yang dah tak nak bertanding dekat mana-mana pun.

Eh, tak nak ke tak dibenarkan eh? Wallahualam….

Tapi, itulah politik Azmin. Ni baru politik Azmin tau! Belum politik orang lain dalam PKR. Dia orang ni masing-masing ada agenda masing-masing.. Tak berpandukan satu matlamat perjuangan yang sama.

Sebab tu lah berlakunya cantas-mencantas. Orang Azmin sekarang ni nak buang orang-orang kak Wan. Tak kan lah tak perasan kenyataan tu. Kak Wan pulak tengah urut kepala dekat rumah, pening memikirkan orang-orang dia satu persatu disingkirkan Azmin…

Sekarang, Yusmadi dengan rasminya dah terkeluar dari parti bila dia umum dia nak bertanding atas tiket bebas.. Kesian Azmin kan, dia dah tak ada cara lain dah. Nampak sangat tak gentleman. Ada ke dibuangnya orang yang satu ini..

Sah-sah orang ni orang lama, mesti lah ada pengikut dia, tak ramai pun mesti ada yang tahu apa yang berlaku sebenarnya. Sudah-sudahlah tu Azmin, jangan kacau orang kak Wan, nanti kak Wan report pada abang Nuar, payah ko Azmin. Kak Wan tunggu masa je tu agaknya.

Tak apalah, kita bagi peluang pada Yusmadi nak setlekan dia punya lesen kereta tu, so, tak adalah kempunan sangat nak drive Camry yang beli sendiri, jadilah kan. Nak drive parti punya, dah jadi calon bebas.

Nampaknyan makin ramai yang nak menentang PKR ni. Makin ramai yang sedar selama ini mereka hanya perhiasan buruk yang dipandang sepi. Tunggu masa je nak dibuang..

Dah dibuang, mula lah rentak baru. Cari platform baru, buang yang lama supaya dapat lumatkan mereka yang membuatkan orang ramai berbulu…

Jangan kerana perangai kau Azmin yang satu ni, makin ramai yang tinggalkan PKR. Makin hilanglah PKR di dunia. Tak apa, asalkan MELAYU tak hilang di dunia, PKR tak apa…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...