Pages

Monday 17 June 2013

LAWAK : ADA CADANGAN BERI SPEAKER MASJID PADA ANWAR. BUAT2 BERTAUBATLAH

Cadang Speaker: Kalah Buat Cara Kalahlah Anwar

TIDAK pernah berlaku dalam sejarah politik negara kita, parti pembangkang mencadangkan siapa yang sepatutnya menjadi Speaker di Parlimen. Walaupun peraturan parlimen menyebutkan, Speaker mestilah dilantik dari kalangan mereka yang mendapat sokongan terbanyak dari ahli-ahli Dewan Rakyat bila pengundian dijalankan, tapi dari segi logiknya, Speaker biasanya ditentukan oleh kerajaan memerintah kerana jumlah kerusi parlimen yang jauh lebih banyak melebihi pembangkang.
Jumlah kerusi UMNO sahaja, hampir menyamai jumlah kerusi pembangkang kalau digabungkan ketiga-tiganya sekali.

Patutnya, UMNOlah yang berhak menentukan siapa sepatutnya yang menjadi Speaker, peliknya, kenapa pulak Anwar Ibrahim rasa dia layak untuk mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker? Sebelum inipun, pakatan pembangkang yang dipimpin Anwar pernah mencadangkan Datuk S Ambiga sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang baru bagi menggantikan kepimpinan SPR sedia ada yang disifatkannya sebagai penipu.

Nak juga tanya dengan Anwar Ibrahim, lu siapa?

Hairannya juga, kenyataan ini (mencadangkan Speaker), dibuat ketika pakatan pembangkang dan Anwar sendiri mendakwa pilihanraya umum ke 13 yang baru sudah sebagai satu pilihanraya yang penuh dengan penipuan dan skandal. Malah Anwar juga sudah berura-ura untuk memboikot sidang parlimen akan datang kerana percaya semua ahli parlimen yang baru dipilih ini, menang dengan penipuan – termasuk dia sendiri.

Betul lah cakap tu, sebab kesemua 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN yang dipertandingkan dalam PRU yang lepas, adalah diuruskan oleh pihak yang sama – SPR. Kalau SPR tipu, baik semua kawasan dia tipu, kenapa hanya kawasan-kawasan tertentu saja pulak?

Lagipun best kalau boleh tipu ni, Anwar sepatutnya kalah, Kit Siang sepatutnya kalah, Selangor dan Pulau Pinang dapat balik pada BN dan sebagainyalah. Tapi itu tidak berlaku dan pembangkang masih berjaya mencuri 89 kerusi Parlimen, tambah 7 dari apa yang mereka menang pada 2008.

Sekarang dia mintak orang itu jadi Speaker pulak, ini macam mana cerita?

Jadi benarlah, ini semua adalah semata-mata putar alam Anwar Ibrahim. Dia makin kalut kebelakangan ini dan cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu sebenar – dia gagal merampas Putrajaya dan dalam masa yang sama, perlu menjawab kepada orang Cina kenapa orang Melayu tidak mengundi Pakatan walaupun dalam masa yang sama, Anwar janji undi Melayu dan India sudah hampir pasti berada di pihak pembangkang.

Itu yang keluar semua cadangan merapu macam nak lantik Speaker inilah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...