Pages

Thursday 28 February 2013

Johor DT Tempah Tiket ke Suku Akhir

Piala FA: Johor DT Cemas Sebelum Mara Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Johor Darul Takzim menarik nafas lega kerana berjaya mara ke suku akhir Piala FA selepas menang 5-4 ke atas Kedah menerusi sepakan penalti di Stadium Darul Aman, Kedah malam ini.
Kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat masa sebenar sehingga memaksa perlawanan berlarutan ke masa tambahan.
Di Kuantan, Pahang berpesta gol dengan membelasah Tentera Darat 7-1 di Stadium Darul Makmur manakala perlawanan antara Kelantan dan PKNS di Stadium Sultan Muhammad IV ditunda ekoran air bertakung di dalam padang. – UTUSAN

Sumber KLIK http://www.suaragenerasibaru.com/?p=70589

FAUWAS ANAK KEPADA ARWAH FADHIL NOR BIDAS PEMBANGKANG

.

MINGGUAN: Boleh saudara beri pandangan tentang kedudukan perpaduan masyarakat Malaysia sekarang yang semakin terhimpit dengan agenda politik?

FAUWAZ: Kita memerlukan sebuah masyarakat yang matang dan tidak terlalu terhimpit dengan agenda kosong. Masyarakat perlu lebih terdidik dan mampu menerima dan melahirkan pandangan serta kritikan. Mereka juga perlu menjadi sebuah bangsa yang menghindarkan pergaduhan, mampu bekerjasama dan bertoleransi walaupun berlainan bangsa dan agama. Apa yang kita dapat jika melakukan demonstrasi berulang kali? Jika sekali dua kita boleh terimalah. Jadi penyelesaian terbaik adalah membuka pintu untuk dialog. Kita akan dapat gambaran lebih jelas tentang apa kebaikan dan keburukan kita. Oleh itu barulah kita dapat menjalankan kerjasama yang lebih baik kerana kita lebih jelas tentang kebaikan dan kesilapan kita. Kita boleh lihat dalam kalangan Yahudi mereka bersatu dalam banyak aspek. Malah kita lihat Jerman Barat dan Jerman Timur yang satu ketika bertelingkah sesama mereka kemudiannya bersatu meninggalkan di belakang perseteruan dan kini menjadi sebuah negara yang hebat kedudukannya. Apa yang kita boleh lihat adalah walaupun wujud pertelingkahan antara mereka namun untuk kebaikan ekonomi dan negara, mereka bersatu.

Kita lihat apa yang berlaku di Iraq dan Afghanistan semuanya akibat pengkhianatan dari dalam. Oleh itu jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini. Mungkin dalam politik mereka ada slogan masing-masing sama ada demi Islam, Melayu atau negara kebajikan. Tetapi apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan. Kita perlu melihat perpaduan ini sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya' atau mungkin lebih baik dan jelas, Pas adalah sebahagian daripada UMNO dan UMNO pula adalah sebahagian daripada Pas. Memang ada yang menolak daripada menerima kenyataan ini dan mengasingkan diri sebagai orang parti itu dan ini. Tapi hakikatnya kita mengucap dua kalimah syahadah yang sama jadi kenapa perlu kita bertelagah? Memang kita boleh berbeza pendapat dan itu adalah suatu keperluan sebenarnya tetapi kita perlu memurnikan tujuan berdialog untuk mencapai persefahaman terbaik untuk semua. Janganlah terlalu mudah dalam menjatuh hukum kerana ia hanya memburukkan keadaan.

Apakah saudara tidak merasakan pandangan ini terlalu ideal kerana hakikatnya keadaan sangat berbeza di luar sana?

FAUWAZ: Bagi saya itu bukan ideal tetapi metodologi bagaimana untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat dan mampu bersaing dengan kuat. Kita perlu menjadi umat yang merancang kerana tanpa perancangan tidak akan ada jalan. Begitu juga jika kita bercakap hanya bersandarkan realiti tetapi tidak ada angan-angan maka kita akan putus harapan. Bagi saya kita perlu melahirkan umat Malaysia yang perlu mempunyai harapan untuk maju ke hadapan. Saya cuma terfikir sampai bila kita hendak melihat rakyat di negara ini bergaduh kerana politik. Saya bukan melihat kerjasama hanya di peringkat ekonomi dan politik sahaja, malah mungkin di pelbagai peringkat termasuk media.

Sebagai contoh kalau pihak Utusan dan Harakah, jika berita yang baik terpaksa ditapis dan diubah apa yang rakyat dapat. Bidang penyiaran ini sebenarnya sangat penting kerana mereka yang menyampaikan maklumat kepada rakyat. Jika kita lihat ini yang berlaku di Mesir kerana peranan media yang mengakibatkan tumbangnya kerajaan yang zalim sebelum ini. Bagi saya apa yang penting adalah rakyat dan pemimpin tidak perlu bimbang jika UMNO atau Pas tumbang dalam pilihan raya. Parti-parti ini hanyalah slogan dan mesin politik tetapi yang lebih bagus adalah kita memerlukan pemimpin yang terbaik dan berkaliber. Jika mana-mana parti kalah sekalipun tetapi apa yang penting adalah pemimpin yang mampu membawa negara dan rakyat ke arah lebih baik. Pemimpin ini pula tidaklah perlu berdendam kepada musuh-musuh politik kerana apabila menjadi pemimpin contohnya UMNO, dia bukan sahaja menjadi pemimpin kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja tetapi juga pemimpin kepada ahli politik parti lain termasuk Pas dan PKR kerana mereka memimpin rakyat dan bukannya sekadar parti. Apa yang penting adalah menjadi adil kepada semua.

Saya melihat mungkin semasa pilihan raya akan berlaku sedikit perseteruan akibat politik. Tetapi apa yang lebih penting adalah selepas pilihan raya. Ini kerana selepas pilihan raya kita perlu mencari satu titik persamaan dan membuang semua pertengkaran dalam pilihan raya serta membuat satu matlamat sesama semua parti politik, apa yang perlu dilakukan sehinggalah pilihan raya akan datang berlangsung demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Kerangka itu perlu wujud kerana kita memerlukan persefahaman apa yang pembangkang boleh lakukan selepas pilihan raya demi membantu kerajaan yang memerintah untuk kesejahteraan rakyat.

Apakah perkara-perkara yang menjadi punca perseteruan dalam kalangan parti politik dan masyarakat di negara ini?

FAUWAZ: Selepas pilihan raya 2008, apakah perkara-perkara yang sering digaduhkan. Tidakkah ia hanya tertumpu kepada isu-isu yang sama sahaja. Satu parti akan kata bahawa parti ini banyak keburukannya, sesat dan sebagainya manakala satu lagi parti akan kata mereka zalim dan sebagainya. Hanya mengulang lagu dan isu yang sama sahaja malah sejak dahulu lagi. Oleh itu penyelesaiannya, minda rakyat perlu diubah. Jika kita lihat ahli UMNO ada berjuta begitu juga Pas. Tetapi kelompok yang akan menentukan adalah mereka yang tidak menyertai mana-mana parti dan bertindak mendiamkan diri. Apa salahnya jika Utusan dan Harakah tidak menjadi ejen kepada parti tertentu dan sebaliknya menjadi ejen kepada masyarakat dalam membuka dan mendidik minda mereka. Tidakkah ini lebih baik kerana minda rakyat akan lebih terbuka dan memahami apa sebenarnya peranan mereka dan tidak lagi dipengaruhi oleh isu-isu sama berulang kali. Sebenarnya kita hanya membesarkan masalah yang kecil yang tidak menyelesaikan apa-apa sejak sekian lama.

Saya melihat politik ada akidah. Saya berpolitik tetapi tidak berparti. Di sini maknanya orang Islam perlu dimatangkan dengan isu-isu sesebuah negara supaya mereka mengambil berat. Tetapi mereka ini tidak wajib masuk Pas atau UMNO. Tetapi yang menjadi masalah jika kita tak masuk Pas, orang Pas akan lihat begini begitu. Jika tak masuk UMNO maka orang UMNO akan melihat semacam. Kita perlu melihat sesuatu di luar batasan politik dan mungkin kita boleh mentarbiah orang politik dengan isu-isu kenegaraan dan pembentukan tamadun. Kita terlalu bertekak dengan politik tetapi hakikatnya kita semakin kurang kemampuan bersaing dengan negara-negara jiran. Sebagai rakyat kita bukan bersaing melalui UMNO atau Pas tetapi dalam skop yang lebih besar iaitu kedudukan negara di pentas dunia yang memerlukan kita bersaing dengan China, Amerika Syarikat, Eropah dan lain-lain. Kita perlu bersikap lebih terbuka serta memberi peluang untuk rakyat terlibat lebih jauh termasuk dalam memberi pandangan dan kritikan terhadap kerajaan dan parti. Tetapi apa yang penting adalah memberi kritikan dan pandangan yang jelas dan membina, bukan yang mengikut hawa nafsu. Selain itu, kita perlu memainkan peranan supaya adab-adab dalam pilihan raya itu lebih baik. Ini jika kita lihat saling memaki antara satu sama lain. Tidakkah lebih baik jika sesama mereka yang berkempen ini saling menegur dengan baik malah boleh diajak makan bersama.

Jadi kematangan berpolitik perlu menjadi asas dalam dunia politik sekarang?

FAUWAZ: Ya, inilah masanya bagi rakyat Malaysia lebih terlibat dalam menjadikan diri kita lebih matang dalam berpolitik. Kita perlu berpegang kepada ilmu, iman dan jasmani dalam menjadikan diri kita berpolitik dengan matang. Saya pernah mencadangkan tetapi tidak mendapat persetujuan pihak-pihak tertentu supaya kita mengehadkan umur dalam politik. Sebagai contoh Presiden Parti apabila cukup usia 65 tahun perlu berundur dan beri peluang kepada generasi muda. Begitu juga seorang Perdana Menteri apabila mencecah umur itu maka sudah sampai masa untuk bersara. Ini kerana perubahan sesebuah negara tidak berlaku kepada mereka yang lebih berusia.

Sejarah banyak dicatatkan oleh mereka yang berusia 40-an. Oleh itu, kita mesti mengurangkan mereka yang berusia ini daripada aktif dalam politik. Mungkin apabila sudah mencecah usia 65 tahun mereka bersara tetapi boleh menjadi penasihat. Kita tidak boleh membiarkan politik ini menjadi politik yang usang. Kalau rumah pun kalau sampai masa kena cat baru dan sebagainya begitu juga kereta bila tiba masa kena tukar baru. Atas faktor umur juga kita perlu menghormati semua pemimpin kita tidak kira daripada parti mana sekalipun kerana masing-masing ada sumbangan mereka.

Kenapa agaknya perkara ini seolah-olah sukar dilakukan?

FAUWAZ: Saya melihat masalah di Malaysia ini, tidak ada keyakinan terhadap pelapis. Sebenarnya ramai pelapis tetapi tidak diberi peluang atas alasan belum sampai masanya kerana belum matang. Bagi saya matang bukan atas faktor umur tetapi atas natijah. Jadi adalah perlu apabila tiba masanya, sudah sampai waktu untuk berundur maka mereka perlu lakukannya. Malah dalam fikah pun ada hukum apabila sudah sampai usia 65 tahun, mereka ada hukum khas yang tidak boleh dilakukan kepada orang muda seperti jika sudah nyanyuk mereka boleh buat solat jamak, kalau baru memeluk Islam mereka tidak perlu berkhatan dan sebagainya. Sebaik-baiknya selepas pilihan raya, kita tidak lagi perlu tertumpu kepada mahu menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak atau Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi biarlah kita menyokong agenda negara, siapa yang mampu memimpin negara dengan baik kita sokong.

Kita tidak mahu lagi parti yang taksub kepada sesiapa. Sekarang ini bukan zamanmenyokong imam-imam yang berbentuk individu tetapi zaman untuk umat itu sendiri. Kita bukan mahu menyokong seseorang kerana individu atau populariti tetapi orang yang ada kekuatan dalam pemerintahan. Mungkin seseorang yang popular boleh membantu ketika berceramah tetapi belum tentu mampu memimpin negara. Sebagai contoh Presiden Mesir sekarang Muhammad Mursi bukanlah calon popular tetapi beliau mempunyai agenda yang baik untuk negara. Kini sudah sampai masanya kita melihat kepada fikah pembangunan tidak kira siapapun diri kita sebagai ulama, wartawan dan sebagainya.

Bagaimana pandangan saudara tentang isu negara Islam?

FAUWAZ: Saya sebenarnya mengharapkan dalam perjalanan pilihan raya kali ini tidak terlalu dibincangkan isu-isu agama. Tetapi kita perlu melihat kepada siapa yang lebih mampu memberikan keamanan dan juga kebaikan kepada rakyat. Kalau kita lihat slogan Pas mereka berpegang kepada negara kebajikan tetapi orang kata mereka dah tinggalkan slogan negara Islam. Ini bukan isu meninggalkan slogan negara Islam, mereka bukan tinggalkan Islam tetapi mengubah pendekatan. Walaupun UMNO juga menggunakan slogan kebajikan tetapi apa salahnya mereka lawan. Pada pandangan peribadi saya tidak perlu lagi kepada slogan negara Islam kerana negara ini adalah negara Islam. Kalau tak, kita nak kata negara ini negara apa?

Masyarakat menerima hakikat negara ini negara Islam tetapi Karpal Singh tidak?

FAUWAZ: Karpal Singh memegang kepada kenyataan Tunku Abdul Rahman dan beberapa sudut Perlembagaan yang mereka lihat sebagai sekular. Itu dari sudut hukum undang-undang manusia. Hakikatnya dalam sudut fikah Islam walaupun Perlembagaan ditukar kepada negara kafir sekalipun, jika pemimpinnya ialah Islam dan majoriti rakyatnya Islam, ia tidak terkeluar dari negara Islam. Seperti contoh seseorang itu tidak sembahyang, puasa dan sebagainya tetapi masih mengucap kalimah syahadah, hukumnya dia masih Islam. Tapi janganlah menukar negara ini kepada negara sekular. Jika pemimpinnya sekular itu tidak ada masalah kerana ia individu tetapi jika Malaysia adalah negara sekular ia akan menimbulkan masalah kerana kesannya amat besar. Ini kerana ia bukan lagi kewajipan kepada kita mengembalikan Islam di negara ini.

Kalau saya kata seseorang itu kafir atau murtad maka tidak ada kewajipan untuk dia sembahyang, menunaikan haji atau puasa. Tetapi jika dia Islam maka dia kena puasa, sembahyang dan sebagainya. Begitu juga dalam konteks sebuah negara. Namun apa yang dilakukan oleh Karpal itu hanya memburukkan keadaan. Beliau mungkin handal dalam bidang undang-undang sivil tetapi bukan syariah. Jadi kenapa kita perlu mengambil pendapat Karpal yang mengatakan negara ini adalah negara sekular. Kenapa tidak ambil pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie yang mengatakan mana-mana negara Islam yang negaranya dipimpin oleh orang Islam, majoriti rakyatnya adalah Islam dan syiarnya masih kuat malah kalau tak laksana hudud pun tidak mengapa, maka negara itu adalah negara Islam.

Dari segi hukum jelas tetapi kenapa Karpal Singh masih membangkitkan isu negara Islam?

FAUWAZ: Bagi saya dia seorang yang ekstrem. Dalam Islam orang yang ekstrem pun ada masalah malah ulama yang ekstrem pun akan menjadi masalah. Kemusykilan akan timbul apabila ada orang yang ekstrem kerana mereka tidak mahu menerima pandangan yang berbeza selain tidak mengiktiraf pandangan agama-agama lain. Saya melihat orang seperti Karpal ini mempunyai ilmu yang hebat tetapi bermasalah dari sudut dalaman. Kalau tidak mahu menerima diam sahajalah tetapi kenapa tidak mahu menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam? Jadi ubat paling baik dalam berhadapan dengan orang seperti ini adalah dengan berdialog dan bukan mengutuk begitu sahaja. Golongan ekstrem ditolak oleh masyarakat termasuklah UMNO dan Pas dan kita memerlukan mereka yang berpegang kepada Wasatiyah Muktadin, iaitu mereka yang menjunjung dialog. Saya melihat di Malaysia, dialog adalah sesuatu yang sangat kurang.

Bagaimana dengan usaha sesetengah pihak cuba membenarkan orang Melayu Islam menukar agama?

FAUWAZ: Isu ini adalah satu perkara yang besar dan tidak hanya dibincangkan di Malaysia. Tetapi ia tidak dibincangkan oleh ulama-ulama kita sebaliknya lebih tertumpu kepada cerdik pandai sahaja. Mereka ini bercakap bersandarkan logik sahaja. Perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih jelas, apakah pertukaran agama ini merupakan hak individu. Jika ia hak individu maka mereka boleh menukar agama tetapi kerajaan juga mempunyai hak iaitu menghukum orang yang murtad. Mungkin kita tidak boleh menghalang mereka untuk murtad tetapi kerajaan boleh menghukum dengan hukuman yang sesuai sama seperti pengedar dadah, penjara dan sebagainya. Apa yang paling penting dilakukan, kita perlu berdialog dan memujuk mereka kembali kepada Islam. Kita tidak boleh membiarkan mereka ini murtad tetapi apakah kita boleh menghalang, perkara ini yang masih menjadi persoalan.

Mungkin kita boleh menghalang tetapi apakah di hati mereka ini benar-benar mahu kembali kepada Islam? Kita mungkin tidak boleh menghalang tetapi yang jelas kita boleh menghukum mereka ini. Mereka yang murtad ini pun terbahagi kepada dua iaitu pertama, murtad secara diam. Kita pun tidak boleh buat apa kerana kita pun tidak tahu mereka murtad. Tetapi yang kedua ini menunjukkan diri mereka murtad dan kita boleh menghukum mereka kerana memecahbelahkan umat Islam. Ini bukan jawapan saya tetapi para ulama perlu berbincang tentang hukum yang jelas supaya menjadi panduan kepada masyarakat. Saya sendiri masih mengkaji kerana isu ini sangat besar dan kefahaman pun belum mencapai kepada memberi jawapan.

Bagaimana pula dengan isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam?

FAUWAZ: Pandangan saya untuk orang Kristian menyebut kalimah Allah tidak menjadi masalah. Tetapi jika mereka mahu mengunakan kalimah itu di dalam bible maka ia menjadi masalah kerana boleh menimbulkan salah faham terhadap agama. Malah dalam hukum fikah, jika orang kafir menggunakan sebutan-sebutan yang menyakitkan hati orang Islam, ia tidak dibenarkan. Mungkin Lim Guan Eng bercakap supaya dibenarkan isu itu adalah hak dia tetapi kita juga ada hak untuk menghalang sebagai orang Islam. Tetapi tidaklah perlu sehingga menimbulkan provokasi dan sebagainya kerana kita dalam sebuah negara yang tinggal bersama orang bukan Islam. Bagi saya kita perlu berbicara dengan menggunakan kebijaksanaan dan keikhlasan hati. Bagi Guan Eng yang bukan orang Islam, dia tidak ada pengetahuan tentang haram dan halal.

Tetapi kita perlu menjelaskan kepada mereka hak kita untuk menghalang. Konsep Kristian ini ia sentiasa berubah. Jika mereka tetap mahu menggunakan kalimah Allah mungkin boleh digunakan di dalam gereja dan kita pun tak tahu ia digunakan. Tetapi jangan sampai ia dibenar digunakan di dalam bible kerana ia menyakiti hati orang Islam selain kita perlu menjaga keamanan negara ini. Mereka perlu menghormati agama Islam dan di sinilah kita perlu memahami toleransi agama. Kita perlu faham bahawa kita perlu saling menghormati sesama penganut pelbagai agama kerana kita tidak mahu negara ini berpecah-belah dan menimbulkan perbalahan hanya kerana sesetengah pihak menuntut sesuatu yang di luar kebiasaan.

Sumber Klik budaksrikinta






Tuesday 26 February 2013

Gempar !!!! Pakatan Rakyat Semakin Kuat di Johor





Pas Cuba Jadi ‘Orang Tengah’ Kemelut PKR – DAP





Ketika ini heboh orang berbicara di sana-sini mengenai perpecahan dan kemelut dalaman yang melanda PKR – DAP Johor, satu pihak mengatakan ia perkara biasa di dalam politik namun dari satu sisi pula orang melihat betapa pincangnya gabungan yang cuba di bentuk di kalangan pakatan pembangkang.

Anwar Ibrahim ketika mengulas mengenai perkembangan tersebut meminta kedua-dua pemimpin agar tidak lagi memberikan sebarang kenyataan bagi mengelakkan ia terus memberikan kesan terhadap gerakan pembangkang.

Melihat kepada perkembangan tersebut, Pas selaku ahli gabungan di dalam pakatan pembangkang cuba mengambil pendekatan sebagai ‘pendamai’ antara kedua pihak yang bertelagah bagi mencari jalan tengah. Maka semalam telah diadakan satu majlis sambutan sempena Tahun Baru Cina anjuran Pas bertempat di Dewan Tokong Cina Fu Te Cer.

Namun seperti yang telah di duga, majlis tersebut tidak mendapat sambutan seperti yang di harapkan. Antara yang hadir di dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden Pas Pusat, Mat Sabu, Pesuruhjaya Pas Johor, Dato Mahfozd, Setiausaha Organisasi DAP Johor, Tan Chen Choon dan pemangku Pas kawasan Ledang, Azmi Ahmad.

Pas selaku pihak penganjur nyata kecewa dengan sikap dari pimpinan PKR baik di peringkat negeri mahupun kawasan yang gagal hadir sebagai tanda sokongan atau sekurang-kurangnya untuk hadir untuk memeriahkan aturcara sambutan.





Mengapa program sambutan Tahun Baru Cina, anjuran Pas lebih ramai Melayu dari Cina????


Dianggarkan kehadiran pada majlis tersebut hanya sekitar 50 orang dari kalangan masyarakat Cina dan selebihnya masyarakat Melayu sekitar 40-50 orang (jentera parti di peringkat akar umbi) walaupun hampir 45 meja disediakan oleh pihak penganjur. Lebih mengecewakan sejurus selepas menjamu selera para hadirin bergegas meninggalkan majlis walaupun pada ketika itu Mat Sabu sedang memberikan ucapan.

Walaupun penganjur memberikan alasan program pada hari itu tidak mendapat sambutan disebabkan kerana telah hampir masuk waktu Maghrib. Namun pada hakikatnya ia adalah merupakan ‘signal’ penolakkan masyarakat secara keseluruhan khususnya di Johor terhadap pakatan pembangkang yang di lihat lemah ditambah pula dengan isu perpecahan dalaman yang sedang melanda.

Lebih melucukan, Mat Sabu ketika memberikan ucapannya turut mengesa agar para pengundi untuk terus mengekalkan perpaduan dan jangan berpecah belah bagi menguatkan jentera untuk mengambil alih Johor. Namun di masa yang sama gagal untuk memastikan pimpinan atasan khususnya di peringkat negeri dari terus bercakaran sesama sendiri.

Datuk Mahfodz pula di dalam ucapannya cuba menyalahkan kerajaan BN/Umno berhubung isu penerima bantuan kerajaan yang diangap sebagai binatang. Sedangkan pada hakikatnya kenyataan tersebut dinyatakan secara jelas oleh Nik Aziz.

Sumber KLIK http://www.suaragenerasibaru.com/?p=70259



Janji Ditepati VS Kebangkitan Rakyat – Pilihan Anda??

janji-ditepati-2 Di Malaysia terdapat dua pertandingan parti yang dilihat membawa agendanya tersendiri untuk memikat hati rakyat yang sentiasa menilai siapa baik dan siapa tidak baik. Rakyat menjadi pengadil kepada pertandingan yang diadakan bagi mencapai matlamat politik masing-masing.
Bagi pihak kerajaan, slogan “janji ditepati” merupakan ayat-ayat yang rakyat sedia maklum bahawa setiap janji atau manifesto kerajaan pasti akan ditepati. Sebaliknya bagi pihak pembangkang pula, sentimen meniup semangat kebangkitan rakyat agar menentang kerajaan dipertaruhkan bagi mencapai matlamat politik sempit.
Dapat kita lihat dua perbezaan dalam perjuangan politik Malaysia yang dilihat agak kotor kebelakangan ini berbanding pada PRU yang lepas. pelbagai agenda yang pembangkang  aturkan dengan tujuan untuk meniup semangat kebangkitan rakyat. Pelbagai cerita disebarkan tanpa mengambil berat kesahihan cerita tersebut.
Bagi kerajaan, prinsip perlaksanaan “janji ditepati” dilihat berjalan secara sederhana tanpa menghasut pengikutnya untuk membenci dan mengecam pihak pembangkang, malah hanya berkempen untuk memastikan rakyat sentiasa berpuas hati dengan kredibiliti kerajaan Malaysia.
Berbeza dengan prinsip “kebangkitan rakyat” yang jelas dapat dilihat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kebanyakan melaungkan kebencian terhadap kerajaan dan membuatkan semangat pengikut-pengikutnya membuak-buak bencikan kerajaan. Ianya berlaku di pentas-pentas ceramah dan di alam maya blog atau facebook.
Cuba anda bezakan dua perjuangan parti politik untuk mencapai matlamat masing-masing ini. Pasti anda sebagai penilai dapat melihat bagaimana suasana politik di Malaysia sekarang. Perjuangan untk rakyat adalah untuk membela rakyat dan memastikan rakyat selesa hidup di Malaysia. Tetapi kenapa pembangkang perjuangkan rakyat dengan cara meniup rasa kebencian kepada kerajaan pemerintah?
Adakah sikap pembangkang merupakan sikap mulia dan boleh ditunjukkan sebagai perkara yang positif? Anda sebagai rakyat boleh tentukan. Dua misi parti politik di Malaysia jelas kelihatan sekarang. Tiada perkara yang tersirat dapat dilihat dan semuanya dilakukan secara terang-terangan semata-mata untuk meraih undi dan simpati rakyat.
Apa yang harus anda nilaikan, di manakah silapnya permainan politik yang tampak jauh perbezaan ini? Kerajaan yang sentiasa memperjuangkan rakyat dan pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan yang selama ini bertungkus-lumus membela rakyat.
Kini pilihan di tangan anda. Adakah anda memilih kerajaan yang sedia ada dengan perjuangan bersih semata-mata untuk rakyat atau pembangkang yang hanya tahu menghasut rakyat untuk membenci kerajaan. Dua perjuangan yang pastinya banyak perbezaan dan anda perlu pertimbangkannya.

Sumber Klik http://www.suaragenerasibaru.com/?p=70139

Monday 25 February 2013

Anwar Jemput Kumpulan Bersenjata Filipina Di Lahad Datu. Sesumpah boleh menyerupai&menjadi apa saja utk kuasa Demi Menipu Rakyat.


Anwar Dalang Kepada Insiden Kumpulan Bersenjata Dari Filipina?

anwar
Gambar yang memaparkan perjumpaan dan perbicangan Anwar bersama Nur Misuari bekas pemimpin MNLF. Yang pelik bin ajaib, kumpulan bersenjata yang mencerobohi Lahad Datu baru-baru ini juga adalah merupakan anggota kepada MNLF

Sebelum ini masyarakat Malaysia dikejutkan dengan laporan mengenai pencerobohan hampir 100 orang bersenjata yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram di Lahad Datu, Sabah. Di dalam siri rundingan bersama pihak berkuasa, Azzimudie yang juga merupakan adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram 111 dikatakan telah mendesak untuk bertemu dengan ‘personaliti’ tertentu sehingga menyebabkan insiden tersebut berlarutan.
Ekoran daripada itu, bloggers upahan pakatan pembangkang terus mengunakan isu tersebut dengan menyalahkan kerajaan dengan pelbagai cerita palsu dan dakyah. Mereka mengatakan ia sebagai satu usaha dan percubaan kerajaan untuk mengunakan pendekatan penganas sekiranya gagal mempertahankan Putrajaya di dalam pilihanraya umum kelak.
Namun tanpa di duga, usaha terdesak itu akhirnya memakan diri bila mana agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan kehadiran kumpulan lelaki bersenjata dari Filipina itu adalah atas jemputan seorang pemimpin politik dari pembangkang. Reuters mengatakan laporan tersebut diperolehi, hasil dari kenyataan yang direkodkan dari salah seorang pegawai tentera Filipina.
Kumpulan tersebut sebelum ini dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan salah seorang pemimpin pembangkang yang meminta mereka datang ke Malaysia bagi membincangkan mengenai isu tanah.
Yang pelik dan menghairankan ialah, atas dasar apakah pakatan pembangkang menjemput kumpulan bersenjata tersebut? Ini kerana segala urusan pentadbiran negeri di Sabah terletak di bawah kerajaan Barisan Nasional selaku parti pemerintah. Sebagai pembangkang mereka tidak mempunyai sebarang bidang kuasa bagi membincangkan perkara tersebut.
Melainkan ia dilakukan semata-mata untuk mewujudkan keadaan huru-hara di negara sekiranya pembangkang gagal menepati matlamat untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Atau mungkinkah perjanjian tersebut bagi mempengaruhi para pengundi Sabah yang kebanyakkannya mempunyai pertalian saudara dengan kumpulan tersebut?
anwar israel
Laporan media asing yang mengangkat Anwar sebagai bakal perdana menteri di Malaysia
Lebih menarik lagi, bila mana Anwar enggan memberikan sebarang komen berhubung insiden tersebut apbila ditanya oleh para pemberita. Dan seperti kebiasaanya Anwar hanya mampu menyalahkan Umno berhubung laporan tersebut.
Sedangkan umum mengetahui kebanyakkan agensi berita antarabangsa sebelum ini lebih memihak kepada Anwar dan pakatan pembangkang. Pelbagai laporan yang dikemukakan sebelum ini dilihat cuba menonjolkan imej Anwar sebagai bakal perdana menteri di negara ini.
Jadi adalah mustahil untuk mengaitkan laporan tersebut dengan kerajaan BN/Umno seperti yang didakwa. Namun itu bukahlah satu yang mustahil, kerana Anwar memang terkenal dengan sifat ‘dua alam’ dalam pelbagai keadaan dan situasi.
Cuba rujuk kenyataannya bila mana mahkamah mendapati dirinya bersalah. Dia mengatakan ia merupakan konspirasi terancang, di fitnah dan sebagainya. Namun bila dirinya dibebaskan dia mengatakan mahkamah telah membuktikan dirinya tidak bersalah dan ia sebagai bukti dirinya difitnah.
Itu belum lagi di ambil kira kenyataannya yang berubah-berubah bergantung kepada khalayak yang hadir. Di hadapan kaum Melayu dia cuba mengambarkan kononnya dirinya adalah merupakan pejuang Islam sejati. Namun dihadapan bangsa lain, kalimah Allah pun sanggup dijual dan dijadikan bahan kempen politik.

Sunday 17 February 2013

Gelaran ‘Ayahanda’ Zed Zaidi Tiada Kaitan Gengsterisme

zed
PETALING JAYA: Pelakon Zed Zaidi meminta masyarakat agar tidak mempertikaikan gelaran ‘ayahanda’ yang diterimanya daripada Pertubuhan Kebajikan Epanco Malaysia (Epanco) pada Ahad lalu.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, gelaran itu adalah istilah yang digunakan sebagai simbolik pelantikannya mengetuai Bahagian Ekonomi pertubuhan berkenaan.

“Saya harap masyarakat jangan pertikai gelaran yang saya terima. Ia adalah penghormatan Epanco atas sumbangan dan kerja saya terhadap masyarakat selama ini.
“Masyarakat perlu ubah persepsi kononnya istilah ‘ayahanda’ berkaitan dengan pertubuhan gengster walhal ia hanya gelaran yang tidak membawa sebarang maksud tersirat,” jelasnya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Jumaat.
Zed yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dianugerahkan pangkat ‘ayahanda’ oleh Epanco pada Ahad lalu.
Pertubuhan berdaftar itu bertujuan memelihara agama Islam selain mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat Melayu di negara ini.
Zed berkata, dia tidak perlu berasa bimbang dengan gelaran tersebut kerana ia tiada kaitan dengan unsur gengsterisme seperti yang sering disalah ertikan oleh masyarakat.
“Tiada apa yang perlu saya takut dengan gelaran ini. Saya sendiri panggil bapa saya dengan gelaran ayahanda, adakah bapa saya ketua gengster?
“Sebelum ini pun saya terima pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) daripada Rela (Pasukan Sukarelawan Malaysia) dan ia lebih kurang sama juga dengan pangkat ini (Epanco).
“Cuma istilah sahaja berbeza kerana kebanyakan pertubuhan Melayu memilih istilah ‘ayahanda’ sebagai simbolik seorang ketua,” katanya.
Zed berkata, susulan penganugerahan itu dia bertanggungjawab untuk menarik golongan muda Melayu dan memberikan bimbingan kepada mereka menceburi bidang perniagaan atau politik mengikut kecenderungan masing-masing.

(sumber)

Saturday 16 February 2013

Mansuh PTPTN jejaskan Melayu

Mansuh PTPTN jejaskan Melayu

KUALA LUMPUR 8 April - Pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang dirancang pihak pembangkang akan menyebabkan peluang pelajar di negara ini terutama membabitkan anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti terjejas.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tempat yang disediakan di universiti-universiti awam adalah terhad sekali gus menyebabkan berlakunya persaingan amat sengit dalam kalangan pelajar.
Hakikatnya, beliau berkata, pengajian percuma di universiti hanya akan menyebabkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpaksa ditutup kerana para pelajar lebih tertumpu kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Beliau berkata, ia berikutan para pelajar tidak lagi mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS kerana tiada pembiayaan.
''Apabila keadaan ini berlaku sudah tentu asas yang digunakan untuk mengambil para pelajar universiti awam berasaskan meritokrasi iaitu hanya pelajar terbaik sahaja akan diberi tempat.
''Ia sama seperti mana permohonan biasiswa akan berlaku perebutan, timbul tidak puas hati dan bila kita guna ini (meritokrasi), bila kita tidak dapat mengimbangi orang Melayu akan berlakunya jurang,'' katanya dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata, pada masa itu juga faktor kemiskinan serta faktor-faktor lain tidak akan menjadi perkiraan dan asas untuk memasuki universiti awam adalah seperti di negara-negara mempunyai pengajian tinggi percuma antaranya Singapura, Chile dan Argentina.
''Akhirnya berlaku situasi lapan nisbah satu (8:1) iaitu lapan anak orang kaya dan seorang anak orang miskin yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti,'' katanya lagi.
Selain itu beliau berkata, tanpa PTPTN, ibu bapa terpaksa mencari dana untuk menampung keperluan sara hidup serta penginapan anak mereka yang belajar di IPTA walaupun yuran pengajian adalah percuma.
''Duit makan macam mana? Duit tempat tinggal? Contoh di Universiti Malaya bukan semua duduk di dalam kampus, maka siapa yang hendak bayar duit sewa? Balik ke asal, ramai tidak dapat masuk universiti.
''Kembali bergantung kepada dermasiswa kerajaan dalam jumlah yang terhad. Saya sendiri bergantung pada dermasiswa dalam tahun 1980-an dahulu kerana pada masa itu mana ada pinjaman,'' katanya lagi.
Menjawab satu soalan, beliau berkata, universiti percuma akan timbul banyak masalah kerana tempat yang ada terlalu terhad iaitu hanya 27,000 tempat sahaja.
''Namun, dengan adanya PTPTN, seramai 227,000 pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi berbanding 27,000 seperti mana berlaku pada pertengahan 1990-an.
''(Seperkara lagi) Jika dahulu sekiranya anak mahu masuk ke universiti, mereka terpaksa menjual tanah, menjual rumah atau membuat pinjaman bank tetapi kini ibu bapa tidak lagi dibebankan dengan soal ini,'' ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, penyediaan pengajian tinggi percuma juga akan menjejaskan dana daripada sektor lain seperti keselamatan, kesihatan, sosio ekonomi, pertanian dan usaha-usaha membantu rakyat miskin

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2L4VeKn1f
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ulasan Psikik

Setiap ibu bapa pasti gembira dengan kejayaan anak-anak mereka di menara gading. Kewujudan PTPTN pada tahun 1997 adalah utk membantu anak-anak Malaysia bagi merealisasikan cita-cita mereka.

 Setelah PTPTN berjasa kepada anak-anak Malaysia, kini ada sesetengah pihak ingin menjadi HERO bagi meniup api kemarahan (sosialis) yg melampau terhadap perbadanan ini. Siapakah mereka & apakah agenda tersirat mereka sehingga mengheret isu ini ke jalananan?

Bagi membantu rakyat Malaysia, PTPTN telah membuat pinjaman dari institusi kewangan tempatan dan dikenakan faedah di antara 4%-5% setahun. Untuk tempoh 2004-2011, kadar faedah ataupun subsidi yg dibayar oleh kerajaan bernilai RM3.62 bilion. Seramai 508,256 pelajar telah merasai subsidi ini. Semua pelajar hanya dikenakan caj 1% utk kos pengurusan PTPTN. Jika pembayaran yg konsisten, diskaun yg lebih juga akan diberikan.

Adakah kerajaan masih lagi zalim kepada rakyat? Adakah pemansuhan PTPTN akan membantu atau akan mengeruhkan lagi keadaan ? Bagaimana dengan anak-anak yg berpendapatan kecil sederhana menghantar anak-anak ke menara gading yg sekiranya perbadanan ini dimansuhkan?

Jangan terpedaya dengan agenda jahat sesetengah pihak yg akan menggunakan apa jua peluang&ruang  asalkan mereka dapat BERTAKHTA.



Friday 15 February 2013


Tidak Mustahil BR1M Dinaikkan Sehingga RM1,000 – TPM

dn_10.1



LEDANG 14 Feb. – Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan bahawa tidak mustahil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada masa akan datang bertambah jumlahnya daripada RM500 kepada RM1,000.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, langkah tersebut bukan satu masalah selagi Barisan Nasional (BN) terus diberi kuasa dan mandat oleh rakyat untuk terus memerintah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M 2.0 kepada masyarakat sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang di Dewan Awam Felda Sri Jaya dekat sini hari ini. – UTUSAN

Sumber Klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...