Pages

Saturday 16 February 2013

Mansuh PTPTN jejaskan Melayu

Mansuh PTPTN jejaskan Melayu

KUALA LUMPUR 8 April - Pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang dirancang pihak pembangkang akan menyebabkan peluang pelajar di negara ini terutama membabitkan anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti terjejas.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tempat yang disediakan di universiti-universiti awam adalah terhad sekali gus menyebabkan berlakunya persaingan amat sengit dalam kalangan pelajar.
Hakikatnya, beliau berkata, pengajian percuma di universiti hanya akan menyebabkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpaksa ditutup kerana para pelajar lebih tertumpu kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Beliau berkata, ia berikutan para pelajar tidak lagi mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS kerana tiada pembiayaan.
''Apabila keadaan ini berlaku sudah tentu asas yang digunakan untuk mengambil para pelajar universiti awam berasaskan meritokrasi iaitu hanya pelajar terbaik sahaja akan diberi tempat.
''Ia sama seperti mana permohonan biasiswa akan berlaku perebutan, timbul tidak puas hati dan bila kita guna ini (meritokrasi), bila kita tidak dapat mengimbangi orang Melayu akan berlakunya jurang,'' katanya dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata, pada masa itu juga faktor kemiskinan serta faktor-faktor lain tidak akan menjadi perkiraan dan asas untuk memasuki universiti awam adalah seperti di negara-negara mempunyai pengajian tinggi percuma antaranya Singapura, Chile dan Argentina.
''Akhirnya berlaku situasi lapan nisbah satu (8:1) iaitu lapan anak orang kaya dan seorang anak orang miskin yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti,'' katanya lagi.
Selain itu beliau berkata, tanpa PTPTN, ibu bapa terpaksa mencari dana untuk menampung keperluan sara hidup serta penginapan anak mereka yang belajar di IPTA walaupun yuran pengajian adalah percuma.
''Duit makan macam mana? Duit tempat tinggal? Contoh di Universiti Malaya bukan semua duduk di dalam kampus, maka siapa yang hendak bayar duit sewa? Balik ke asal, ramai tidak dapat masuk universiti.
''Kembali bergantung kepada dermasiswa kerajaan dalam jumlah yang terhad. Saya sendiri bergantung pada dermasiswa dalam tahun 1980-an dahulu kerana pada masa itu mana ada pinjaman,'' katanya lagi.
Menjawab satu soalan, beliau berkata, universiti percuma akan timbul banyak masalah kerana tempat yang ada terlalu terhad iaitu hanya 27,000 tempat sahaja.
''Namun, dengan adanya PTPTN, seramai 227,000 pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi berbanding 27,000 seperti mana berlaku pada pertengahan 1990-an.
''(Seperkara lagi) Jika dahulu sekiranya anak mahu masuk ke universiti, mereka terpaksa menjual tanah, menjual rumah atau membuat pinjaman bank tetapi kini ibu bapa tidak lagi dibebankan dengan soal ini,'' ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, penyediaan pengajian tinggi percuma juga akan menjejaskan dana daripada sektor lain seperti keselamatan, kesihatan, sosio ekonomi, pertanian dan usaha-usaha membantu rakyat miskin

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2L4VeKn1f
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ulasan Psikik

Setiap ibu bapa pasti gembira dengan kejayaan anak-anak mereka di menara gading. Kewujudan PTPTN pada tahun 1997 adalah utk membantu anak-anak Malaysia bagi merealisasikan cita-cita mereka.

 Setelah PTPTN berjasa kepada anak-anak Malaysia, kini ada sesetengah pihak ingin menjadi HERO bagi meniup api kemarahan (sosialis) yg melampau terhadap perbadanan ini. Siapakah mereka & apakah agenda tersirat mereka sehingga mengheret isu ini ke jalananan?

Bagi membantu rakyat Malaysia, PTPTN telah membuat pinjaman dari institusi kewangan tempatan dan dikenakan faedah di antara 4%-5% setahun. Untuk tempoh 2004-2011, kadar faedah ataupun subsidi yg dibayar oleh kerajaan bernilai RM3.62 bilion. Seramai 508,256 pelajar telah merasai subsidi ini. Semua pelajar hanya dikenakan caj 1% utk kos pengurusan PTPTN. Jika pembayaran yg konsisten, diskaun yg lebih juga akan diberikan.

Adakah kerajaan masih lagi zalim kepada rakyat? Adakah pemansuhan PTPTN akan membantu atau akan mengeruhkan lagi keadaan ? Bagaimana dengan anak-anak yg berpendapatan kecil sederhana menghantar anak-anak ke menara gading yg sekiranya perbadanan ini dimansuhkan?

Jangan terpedaya dengan agenda jahat sesetengah pihak yg akan menggunakan apa jua peluang&ruang  asalkan mereka dapat BERTAKHTA.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...