Pages

Saturday 11 May 2013

ISU PANAS!! RAKYAT BANGKIT TOLAK BUDAYA BERPOLITIK SEPANJANG MASA ANWAR . WEH BUAT KERJA LAH, WAKIL MASALAH RAKYAT PULAK!!! CUKUP2 LAH BERPOLITIK.!!!


Rakyat Mahukan Kebenaran Bangun Menentang Penipuan Anwar Ibrahim

Tindakan Anwar Ibrahim mengadakan rapat umum membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 telah menimbulkan pelbagai ketidaksenangan di kalangan rakyat biasa. Ramai yang sudah bosah dengan karenah Anwar Ibrahim dan sebahagian penyokong Pakatan Rakyat yang masih menuduh Pilihan Raya ini satu penipuan.

Setakat ini Mykmu.net mengesan dua kumpulan yang telah muncul menyatakan kebosanan mereka terhadap tingkah laku Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Kumpulan pertama telah membuka satu laman Facebook yang bertajuk “Citizen Investigator / Gerakan Siasatan Rakyat”

Sementara itu, satu kumpulan lagi menghantar emel kepada editor menyatakan mereka sedang merancang menjalankan penerangan mengenai isu pengundi hantu dan tuduhan pilihan raya Malaysia penuh penipuan di sekitar kuala lumpur.

Kumpulan yang menggunakan tagline “sudah kalah, kalahlah!” sedang mengumpul sukarelawan di sekitar Kuala Lumpur untuk membantu mengedarkan risalah penerangan dan pembongkaran fitnah Anwar terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya dalam sedikit masa lagi. Mereka yang berminat boleh menghantar emel ke: sudahkalah@gmail.com

Menurut kumpulan ini, walaupun sudah banyak bukti diberikan dan pembohongan mereka mengenai pengundi hantu “ditelanjangkan” namun mereka masih tidak peduli dan sentiasa mencipta isu baru. Anwar hanya mahu mewujudkan sentimen benci kerajaan dan enggan menerima kekalahan.

“Anwar perlu menerima kekalahan ini. Laporan The Starsemalam melaporkan pimpinan DAP dan Pas menerima keputusan Pilihan Raya. Malah DAP sendiri terkejut Lim Kit Siang menang di Gelang Patah. Jika DAP dan Pas boleh menerima keputusan pilihan raya mengapa tidak Anwar? Kerana beliau tidak dapat menjadi Perdana Menteri?

Beberapa badan bukan kerajaan telah pun menyataan bahawa Pilihan Raya ini dijalankan dengan teratur dan tiada penipuan dilakukan. Antaranya CEO Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) Wan Saiful menggesa rakyat Malaysia menerima keputusan PRU13. Wan Saiful yang merupakan ahli Pas menyatakan bahawa semua pihak harus menerima keputusan Pilihan Raya UMUM ke 13 kerana ia dijalankan dengan bersih walaupun tidak begitu adil dari segi penggunaan media massa dan cara berkempen.

Presiden CPPS Ramon Navaratnam pula berkata keputusan PRU13 adalah sah dan telus memandangkan tiada sebarang bukti penipuan yang ditemui. Beliau menambah bahawa keputusan PRU13 menggambarkan kemahuan rakyat.

Ramaon juga menegaskan isu-isu yang ditimbulkan terlalu kecil untuk mengubah keputusan PRU13 dan kebanyakannya telah diselesaikan oleh pegawai-pegawai SPR.

Justeru Anwar Ibrahim harus menyelesaikan ketidakpuasan hatinya melalui petisyen pilihan raya dan bukannya jalan raya. Anwar tidak wajar menghimpun penyokongnya di jalan raya bagi memberi tekanan kepada kerajaan dan Mahkamah mengikut telunjuknya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...