Pages

Monday 27 May 2013

HOT!! ZAHID SEMAKIN TUNJUKKAN TARING JANTAN, PR SEMAKIN KECUT TELOQ



Pembangkang sudah mula takut dengan tindakan tegas yang diambil Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menurut mereka “sudah mula tunjuk taring”. Jika dahulu, mereka boleh memperlekehkan arahan dan amaran Kementerian Dalam Negeri, kini dengan pelantikan Ahmad Zahid sebagai menteri, mereka sudah mula risau segala perancangan untuk menimbulkan kacau bilau di dalam negara akan dihalang.



Lebih malang bagi mereka, berkemungkinan besar, pentadbiran Ahmad Zahid tidak lagi akan menggunakan “kelembutan” sebaliknya hanya tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan. Menyedari hal itu, pembangkang mula menyerang Ahmad Zahid sari setiap pelusok, selagi ada peluang untuk mengkritik dan menyerang, namun Ahmad Zahid tetap tegas dengan pendiriannya malah langsung tidak mengendahkan kritikan-kritikan terhadapnya.

Bermula dengan kenyataan di dalam Utusan Malaysia yang menggesa mereka yang tidak menerima sistem pilihan raya di negara ini keluar dan meninggalkan negara ini sehinggalah amaran keras kepada Malaysiakini, Ahmad Zahid telah menjalankan tugasnya sebagai menteri KDN yang berwibawa dan disegani.

Penangkapan Adam Adli juga amat mengejutkan banyak pihak, namun itu adalah tindakan yang paling tepat untuk mengekang budaya melanggar undang-undang daripada berleluasa sehingga menjadikan anak muda kita semakin bersikap kurang hajar.

Gerun dengan prestasi dan pendirian Ahmad Zahid, Dewan Pemuda PAS pula mengecam beliau apabila mengatakan Ahmad Zahid sebagai bongkak dan angkuh walaupun baru seminggu memegang KDN.

Nasruddin Hassan berkata:”Ahmad Zahid sudah mula menunjukkan taring jantan dan kuasa besarnya sebagai pemimpin kerajaan.”

Ahmad Zahid sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, sama ada list system atau single transferable vote di negara republik.

Pembangkang juga mula kecut telur dengan prestasi Ahmad Zahid yang tidak boleh diperlekeh lagi, kerana mereka bukan lagi akan menerima amaran, tetapi tindakan secara langsung tanpa rasa belas kasihan.

Tindakan-tindakan bodoh pembangkang selepas ini sudah pasti akan terhenti dengan ketegasan Ahmad Zahid tersebut, sekaligus menyaksikan negara yang ketinggalan selama lima tahun sebelum ini akan terus maju dan mengorak langkah ke hadapan.

Diharapkan Ahmad Zahid akan berupaya menjunjung tinggi undang-undang negara yang diperlekeh kumpulan pembangkang atas alasan demokrasi, dan menegakkan undang-undang tanpa rasa ragu. Jangan lagi diberi ruang kepada kumpulan yang menimbulkan huru-hara kerana tindakan sedemikian hanya akan menghancurkan pembentukan bangsa Malaysia yang berjaya.

Cukuplah lima tahun Malaysia terbazir dengan kegilaan pembangkang, kini tiba masanya untuk kita memajukan negara.

Segala tindakan pembangkang yang bercanggah denga Perlembagaan harus dicantas tanpa banyak bicara kerana mereka gemar menimbulkan persepsi negative terhadap kerajaan sedangkan hakikatnya mereka adalah kumpulan yang tidak berotak.

Pembangkang sudah pasti berasap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menlantik Ahmad Zahid, kerana ia telah menyusahkan perancangan mereka untuk menjahanamkan negara ini.

Nyata tindakan Najib amat tepat dan bersesuaian pada masanya, dan pembangkang diharap akan menjadi pembangkang yang lebih beradap dan berfikiran selepas ini. Syabas Ahmad Zahid Hamidi kerana berani meletakkan kembali martabat undang-undang Malaysia walaupun diasak hebat pembangkang yang mulai ketakutan dengan ketegasan anda!

Sumber suaragenerasibaru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...