Pages

Thursday 9 May 2013

SUKAN : ATM HAMPAKAN PEMINAT JOHOR DT




PAROI — ATM kini satu mata di belakang pendahulu liga, LIONSXII walaupun dengan kelebihan satu perlawanan.

Perlawanan seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama namun penjaring terbanyak liga setakat ini, Marlon Alex James berjaya meletakkan ATM di hadapan pada minit ke-55.
Marlon kemudian menjaringkan gol ke-16 musim ini pada minit ke-63 untuk memastikan tiga mata milik Gladiators.

Darul Takzim mendapat peluang untuk bangkit empat minit kemudian apabila diberikan sepakan penalti selepas Affize Faisal menjatuhkan Norshahrul Idlan Talah dalam kotak penalti.

Walaubagaimanapun, penjaga gol ATM, Farizal Harun beraksi cemerlang menghalang sepakan penalti Leonel Nunez.

Sementara itu di Stadium Shah Alam, PKNS FC menumpaskan T-Team 2-1.
Perlawanan yang dijadualkan bermula pada 8.45 malam itu terpaksa bermula lewat akibat cuaca buruk.

Nizad Ayub menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-12 sebelum pemain import T-Team, Damir Ibric menjaringkan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan.

Tiga mata jelas milik pasukan tuan rumah apabila Roman Chmelo menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-69.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...