Pages

Saturday 25 May 2013

TOP STORY : PAS MULA MUAK DENGAN PERANGAI ANWAR, GEZA ANWAR INSAF???!! MAI RISIK






Tempoh lima tahun bergabung sebagai satu parti komponen yang bergerak di bawah nama Pakatan Rakyat telah membuka mata ahlinya mengenai keburukan dan kesan negatif terhadap politik yang tidak bersih terutamanya bagi ahli parti PAS. Menyentuh berkenaan himpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, nampaknya tidak mendapat persetujuan kesemua ahli parti itu kerana ianya membawa impak negatif kepada rakyat dan negara.



Tiga pemimpin PAS yang melibatkan Dewan Pemuda melalui ketuanya Nasrudin Hasan, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang menolak sekeras-kerasnya hasrat Ketua Umum Pakatan Rakyat untuk menganjurkan perhimpunan tersebut.

Anwar Ibrahim yang giat berusaha untuk menjalankan perhimpunan tersebut dengan tujuan untuk membangkitkan kemarahan dan semangat rakyat Malaysia menentang kerajaan sedia ada dilihat sebagai satu tindakan yang tidak matang. Perhimpunan tersebut nyata boleh menggugat tahap keselamatan negara jika wujudnya kekacauan dan tidak dikawal sebaiknya.

Menyifatkan perkara ni sebagai satu perkara yang gopoh dan tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak, Anwar seharusnya lebih peka dan sensitif dengan kehendak umum yang lebih selesa dengan cara yang demokrasi berbanding mengamalkan politik keganasan sebegini.

Namun, sejauh mana Anwar boleh berfikir secara rasional kerana apa yang terlihat, beliau begitu terdesak untuk mendapatkan jawatan dan kuasa tanpa memikirkan kesan dan impaknya yang boleh menggadaikan negara.

PAS sudah menampakkan sudut relevan mereka dalam menilai setiap gerak geri yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat dan mula menolak perkara yang tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam memperjuangkan perjalanan politik mereka.

Apa yang dilaksanakan PKR dan Anwar Ibrahim terutamanya mengundang rasa kurang senang rakyat yang cintakan kedamaian dan keamanan serta ingin melihat perkembangan Malaysia dengan lebih lancar.

Secara logiknya, tidak ada negara yang berjaya membentuk sebuah kerajaan yang sempurna melalui politik keganasan kerana ianya hanya mengundang kepada protes yang berleluasa melibatkan rakyat dan itu adalah satu kerugian besar buat negara.

Golongan muda yang mudah terpengaruh dengan perkara sebegini seharusnya berfikir lebih waras dengan mengambil kira semua aspek dan sudut sebelum mengikut membuta tuli tanpa ada ras tanggungjawab untuk mempertahankan keamanan negara.

Apa yang pasti, ramai rakyat sudah muak dengan cara politik sebegini yang semakin lama semakin melampau. Anwar sudah boleh duduk dan bertafakur menilai segala kesilapan dan kekacauan yang pernah dilakukannya dan mula berfikir dengan lebih rasional.

Sebagai seorang yang beragama Islam dan juga mengangkat diri sebagai seorang pemimpin, Anwar sepatutnya menunjukkan nila-nilai yang baik dan positif bagi meyakinkan pengikutnya.

Dengan menerapkan sentimen keganasan di kalangan penyokongnya hanya akan memberi padah kepada beliau kerana satu hari nanti tidak mustahil golongan yang sama akan menentang beliau menggunakan cara yang sama.

Demi keamanan dan kedamaian sejagat, keganasan politik harus dielakkan sebaliknya bersatulah dengan kesabaran dan keikhlasan dalam perjuangan dan sentiasalah merendah diri agar tidak terduduk jika terjatuh nanti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...