Pages

Wednesday 29 May 2013

BUKTI!!! PEMBANGKANG MAHU GULINGKAN KERAJAAN MELALUI 'ANWAR SPRING'





Mat Sabu telah mengesahkan pembangkang akan turun berdemonstrasi di jalanan bagi menggulingkan kerajaan dengan menggunakan alasan mendesak teraju utama Suruhanjaya Pilihan Raya meletak jawatan.


Timbalan Presiden PAS yang tewas dalam PRU13 mengesahkan, jika desakan tidak ditunaikan, PR akan menganjurkan lebih banyak perhimpunan sehingga kerajaan Datuk Seri Najib Razak turun takhta.

“Jika SPR tidak letak jawatan, kita akan terus mengadakan perhimpunan sehingga kerajaan Najib gugur.”

Ini membuktikan dakwaan perancangan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan melalui cara kotor sebenarnya wujud dan menyaksikan tindakan pemimpin PAS sebelum ini untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat dakwaan menggulingkan kerajaan adalah auta semata-mata.

Mat Sabu turut mengemukakan contoh yang diagung-agungkan nya bahawa rakyat di Mesir dan Tunisia merusuh demi menggulingkan kerajaan sedia ada. Atas alasan demokrasi, puak-puak pembangkang ni seolah-olah nyanyuk dan hilang akal sehingga terdesak dan sanggup menggulung kerajaan melalui cara kotor.

Mat Sabu turut memberi amaran kepada pasukan keselamatan yang bertindak berlandaskan undang-undang untuk tidak mengancam orang awam, sedangkan puak-puak pembangkang amat dikenali sebagai individu yang kerap memprovokasi dan memaki hamun pasukan keselamatan.

Malah mereka juga pihak yang menyebabkan kredibiliti dan maruah pasukan keselamatan diperkotak-katikkan. PR juga sengaja menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular pada Pilihan Raya 2013.

PR menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Bagaimanapun, mereka menerima keputusan PRU13 di negeri-negeri yang dimenangi mereka, sebaliknya menolak keputusan PRU13 di kawasan yang mereka tewas.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan #Black505 pada Sabtu di Padang Timur, Petaling Jaya turut menegaskan beliau menolak idea untuk bekerjasama dengan SPR dan menyokong desakan untuk pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta merta.

Anwar bagaimanapun bersandiwara apabila mengatakan PR tidak akan melakukan demonstrasi untuk menumbangkan kerajaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...