Pages

Wednesday 22 May 2013

UMNO PAS AKAN BERGABUNG MENJELANG 2014??! JOM RISIK


Segerakan Usaha Kerajaan Perpaduan – Fathul Bari

Berdasarkan senario politik semasa tanah air, pimpinan daripada Umno dan Pas perlu mempertimbangkan cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti berteraskan Islam dan Melayu itu. Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuwan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, perpaduan antara Umno dan Pas perlu segera diwujudkan untuk kepentingan Islam dan orang Melayu.



Kerajaan perpaduan itu jelas Fathul Bari bukanlah untuk mana-mana parti membubarkan parti mereka, tetapi cukuplah sekadar mewujudkan kerjasama antara mereka untuk kebaikan umat Islam dan Melayu secara keseluruhannya.

Bekas calon bagi kerusi Sanglang itu menegaskan Umno sebenarnya telah terlebih dahulu menghulurkan salam perdamaian kepada Pas, dan parti Islam itu jelasnya perlu menimbang perkara itu dan bersetuju membentuk perpaduan bersama untuk masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.

Dengan keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan penurunan mendadak komuniti Cina kepada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dengan peratusan menyokong hanya 3%, yang mana dilihat merupakan ancaman kepada bangsa Melayu, sekaligus bakal menggagalkan usaha untuk memupuk perpaduan antara bangsa Malaysia.

Tuntutan perpaduan juga jelas Fathul Bari, adalah tuntutan syarak dan melaksanakan perkara itu bukan sahaja akan memanfaatkan umat Islam, tetapi negara Malaysia secara keseluruhannya.

Melalui kerjasama Pas dan Umno, ia bukan sahaja dilihat akan mengukuhkan kedudukan sesuatu parti, tetapi akan memberi kekuatan kepada Islam dan Melayu, yang mana kian berpecah akibat perbezaan ideologi politik dan ketaasuban terhadap parti yang melampau.

Melayu kini terpecah kepada beberapa bahagian, apabila beberapa parti pembangkang mengamalkan penerimaan sebagai ahli secara terus. Ia menjadikan Melayu bukan sahaja menjadi ahli PAS, Umno, dan PKR, tetapi juga menyertai parti ‘ultra kiasu’, DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang sebagai penasihat parti dan Karpal Singh sebagai Pengerusi.

Perkara itu menjadikan tiada pusat khas untuk Melayu bersatu di bawah satu bumbung, dan menjadikan mereka berpuak-puak sekaligus memberikan kelebihan kepada bangsa Cina yang dilihat bersatu untuk menumbangkan kerajaan dengan memilih DAP yang berpaksikan isu perkauman.

Malahan, prestasi cemerlang DAP berbanding rakan parti komponen yang lain seperti PKR dan Pas juga menjadi indikator mudah sebagai bukti betapa banyaknya undi Cina untuk DAP tetapi bukan rakan komponen mereka. Hanya melalui penyatuan Umno dan Pas, bangsa Melayu boleh bersatu dan membentuk bangsa yang kuat dan tidak tergugat degan ancaman luar dan dalaman sekaligus menjadikan Melayu sebagai bangsa yang dihormati dan disegani.

Gesaan Fathul Bari itu harus dilihat dalam konteks yang lebih luas kerana tanpa pemahaman mendalam, mangsa kepada kerakusan dan kesombongan kepimpinan hari ini bakal memusnahkan impian dan harapan generasi Melayu Malaysia pada masa akan datang.

Tiada salahnya untuk Melayu bersatu demi kepentingan bangsa sendiri, dan tidak seharusnya Melayu takut untuk digelar rasis sekiranya berjuang untuk memartabatkan bangsa dan tanah Melayu.

Apalah setakat digelar rasis, sedangkan pejuang Melayu terdahulu seperti Tok Janggut dan Datuk Bahaman turut digelar sebagai pengganas kerana menentang penjajah. Setakat gelaran rasis untuk memperjuangkan kemaslahatan bangsa, ia hanyalah sekelumit daripada perjuangan tokoh Melayu zaman sebelum Kemerdekaan.

Pandangan Ustaz Fathul Bari Mengenai Kerajaan Perpaduan – Link Video

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...