Pages

Friday 10 May 2013

Malaysia Menempa Sejarah,Majoriti Menuntut Hak Dari Minoriti




Malaysia berjaya mencatatkan sejarah didunia,apabila berjaya mengorak langkah menjadi negara pertama didunia yang diperintah oleh kaum majoriti yakni melayu tetapi terpaksa menuntut hak dari kaum minoriti iaitu cina dan India.

Tidak ada mana mana negara didunia yang boleh menyaingi kehebatan pemerintah kerajaan Malaysia yang terasnya adalah melayu melalui parti UMNO kini terpaksa tunduk kepada kaum minoriti.Inilah kenyataannya dan realiti kalangan penganut politik yang tidak memandang kepada semangat kebangsaan yang lebih kepada paksi kesamarataan.

Semangat kebangsaan dipandang jelik oleh sebilangan kaum majoriti , baik hati tanpa basa basi,tanpa mengenal had seolah olah bersikap bodoh sombong dalam ruang linkup separuh sedar.Pisau perhatikan dalam situasi ini seolah olah mereka mereka ini begitu bersedia untuk berdepan dengan keadaan dalam tidak ada apa apa.

Tidak ada apa apa didalam mereka mereka ini sebenarnya mencerminkan kebodohan yang tak berpenghujung , barangkali mereka mereka ini telah memperakui betapa pandangan kaum minoriti terhadap mereka adalah benar benar belaka.Kebodohan,pemalas dan bermacam macam sikap yang kurang elok digambarkan dan dilebelkan bagaikan cukup sinonim terhadap kaum majoriti ini.Makanya sebahagian yang majoriti ini berasakan pandangan minoriti terhadap mereka akan bertukar menjadi lebih iaitu menjadi hebat,keterbukaan,menjadi lebih rajin,mencapai sesuatu tahap melalui kononya merit,lebih dihormati dan diterima oleh kaum minoriti.Walhal itu semua seolah olah mengadai maruah demi mencapai darjat kebersamaan kononya lebih mulia jika setaraf dengan yang minoriti.

Hina sangatkah kaum majoriti?Teruk sangatkah kaum majoriti?Minoriti berasakan mereka turut sama setaraf dengan majoriti,tetapi harus diingat walau guna sebanyak mana fakta atau hujah pun mereka tetap keturunan pendatang yang menumpang dan beranak pinak ditanah asing.Yang menumpang harus menghormati tuan rumah,bukan seharusnya berlagak mahu berkongsi geran rumah kononnya rumah yang ditumpang milik bersama hinggakan bilik tidor tuan rumah juga dituntut.

Yang berasakan diri mereka menjadi jijik jika menyebut tentang bangsa sendiri,takut dilabel sebagai rasis dan perkauman seharusnya cerminkan diri sendiri,dimana kamu,siapa kamu ,jangan hanya tahu mendabik dada kononnya kamu berasakan terlebih suci dan kesamarataan jika sanggup berkongsi sebahagian milik kamu kepada minoriti ,walhal milik kamu juga adalah milik sebangsa kamu,Jika itulah yang bersarang didalam diri kamu,lebih elok saja jangan mengaku diri kamu itu MELAYU!Iyakan saja jika diri kamu dipanggil sebagai bangsa pendatang,dan memang sudah ada melayu setuju mereka adalah pendatang!Bangsatkan saja diri kamu sepertimana bangsat itu yang menuntut akan hak diri kamu,persetankanlah ,apa peduli.! Keluarkan diri kamu dari memegang status bangsa melayu yang di sana memandang enteng,hina dan sinis.Yang minoriti memandang sinis dan berasakan tidak adil kerana mereka mahukan hak kamu,ibarat kamu mempunyai isteri yang cantik,tetapi cukup digilai oleh ramai orang,kemudian kamu pula dituduh tidak adil kerana tidak mahu berkongsi isteri dengan orang lain.Bolehkah kamu begitu?

Jika seorang yang sehebat Tun Mahathir mengakui beliau gagal merubah sikap orang melayu,jadi kamu ini bagaimana?seperti apa?seperti mana? barangkali itulah hakikatnya sebahagian majoriti ini mahukan perubahan turut sama merasuah dan membobrokan harga diri semata mata hanya mahukan penghormatan palsu,yakni kononnya sebelum ini langsung tidak dihormati “barangkali” akan beroleh pengiktirafan dan penghormatan dari yang minoriti.

Sekadar itukah nilainya diri kamu?

Dalam majmuk yang majoriti melayu begitu takut dan berasakan serba salah jika mahu menyebut soal akan hak mutlak mereka, berbicara tentang bangsa sendiri akan dituduh rasis,berbicara soal agama sendiri akan dituduh rasis,membantu bangsa sendiri akan dituduh rasis.Ketakutan dilabel rasis antara kamu cukup memualkan. Haruslah diingat,yang majoritinya melayu dan bumiputra di negara ini tidak pernah menindas dan menghalang untuk beribadat dan bergiat didalam pelbagai bidang ekonomi dan sektor perkerjaan.Keistimewaan yang ada masih tidak cukup,hak milik mutlak dan keberadaan yang tak seberapa milik melayu itulah yang dituntut oleh mereka.

Kamu yang suka memberi hak kamu kepada bangsa lain,buat permulaan,apa kata cuba meminta hak keistimewaan mereka dihapuskan,hapuskan sekolah vernacular,samaratakan antara kamu dan mereka,arahkan anak anak mereka bersekolah dibawah satu bumbung, jawapnya kamu akan dituduh rasis dan perkauman.cuba cuba lah bertanya.

Pisau kata ” boleh tak aku pinjam kereta aku sekejap?itu pun kalau engkau bagi la”

Sumber pisau

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...