Pages

Saturday 25 May 2013

LIVE UPDATE : BLACKOUT 505 FROM PJ



6.40pm: Pengacara majlis, aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee menggesa peserta yang berada di kawasan tengah padang agar tidak merokok demi keselesaan peserta wanita dan golongan lain yang tidak merokok.


6.27pm: Seorang pelawak Leman Raja Lawak dan seniwati Abby Abadi turut muncul di pentas pidato petang ini.


Leman dalam ucapannya mengambil peluang untuk menyindir gaya rambut isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.


"Tanya sama Rosmah, kenapa rambut kembang, nanti jawab Rosmah, tupai buat sarang," kata Leman yang menyanyikan lagu 'Tanya Sama Pokok' dengan lirik diubah suai.


6.25pm: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya.


Menurut Azmin, beliau hadir ke himpunan ini pada sebelah petang kerana akan menghadiri majlis di Batu Caves anjuran ADUN Batu Caves, Amir Shari pada sebelah malam.


Imam masjid yang pernah dipenjarakan kerana membaling selipar kepada hakim, Imam Hoslan dalam ucapannya memberitahu orang ramai isterinya melahirkan anak ke-11 mereka sewaktu beliau dipenjarakan.


"Jangan takut untuk beranak ramai-ramai tuan-tuan dan puan-puan kerana anak-anak kita yang ramai ini akan menumbangkan semua mereka yang zalim," laung Imam Hoslan disambut sorakan orang ramai.
















6.00pm: Peserta telah memenuhi hampir 3 suku padang dengan penganjur perhimpunan sedang menghebahkan kutipan derma.


5.52pm: Keadaan Trafik menghala ke Padang Timur masih terkawal dengan Polis Trafik dilihat mengawal lalulintas.


5.40pm: Kebanyakan peserta memegang sepanduk dan bendera PR di tengah padang. Kedengaran pembesar suara menghebahkan "We, Malaysian citizens, urged Election Comission to be answerable to Parliament. "







5.30PM: Aktivis Pergerakan Pelajar Safwan Anang Akan menjadi Penceramah Pertama Di Atas Pentas


Orang semakin rampai memenuhi padang Amcorp Mall. Sekarang kira-kira 15,000 sudah memenuhi padang dan semakin ramai yang masuk sekarang.


5.24pm: Orang ramai berdiri tegak apabila acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.


5.15pm: Pengerusi majlis memulakan acara dengan mengumumkan tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:

menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.


Sementara itu, jumlah peserta semakin meningkat - kini dianggarkan 5,000 orang di kawasan padang.


4.45pm: Jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 500 orang.























Sumber beliabangkit






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...