Pages

Friday 10 May 2013

BONGKAR!!! ORANG CINA ALL OUT TAPI GAGAL, APAKAH MEREKA ALL OUT LAGI PRU14



ULAS-ULAS PRU13:
MCA, MIC dan UMNO adalah 3 kawanan parti asas yang bergabung membentuk Perikatan pada awal 1950an dulu. Ketiga-tiga mereka saling faham-memahami sejarah pasukan mereka, walaupun terdapat ahli-ahli ketiga-tiga parti mempunyai pelbagai jenis pemikiran, namun ketiga-tiga parti ini memilih jalan sederhana. Maka desas-desus kedudukan MCA adalah jelas, yakni mereka akan tetap bersama dengan Barisan Nasional. Bersama ketika senang dan susah, bukan ketika senang sahaja.


Dalam PRU13, parti DAP dan PKR telah melakukan gerak-kerja all out untuk mengalahkan pemerintah BN. Malangnya, Allah SWT tidak juga memberikan mereka peluang memerintah, malangnya terutamaAnwar tidak pandai bersyukur, memberi imej yang tak baik kepada bukan Islam, yakni konsep bersyukur.


Sebaliknya, Haji Hadi Awang menyeru ahli-ahli PAS menerima keputusan PRU13 dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Malahan, Ambiga sendiri memberikan komen positif kepada SPR yang mengendalikan PRU13 walaupun masih ada yang boleh diperbaiki lagi.


MCA TIDAK MAHU MEMINTA-MINTA; BUKAN BUDAYA MASYARAKAT CINA
Jika anda berjumpa ramai pelajar perubatan orang Cina Malaysia di Ireland atau pun di Birmigham, kebanyakan ibu bapa yang berkemampuan tidak ingin meminta biasiswa JPA. Kata seorang Cina kepada saya di KLIA semalam,"mengapa perlu saya meminta-minta jika saya mampu". Bagaimana pula dengan pelajar Cina yang miskin di mana ibu bapa mereka terpengaruh oleh dakyah Ubah DAP? Apakah ibu bapa ini akan menjual maruah dan kehormatannya memanjat bangunan JPA meminta biasiswa JPA untuk anaknya melanjutkan pelajaran sedangkan dia mengundi DAP?


Sepanjang 2008-2013, Di Majlis Perbandaran Subang Jaya, keseluruhan kontrak dan projek besar dikawal oleh YB Cina Pakatan yang seorang itu, kata seorang pegawai MPSJ kepada saya. Beberapa orang kontraktor Melayu dan pembekal Melayu mengeluh, "sejak 2008 saya tidak pernah menikmati apa-apa kontrak dan projek dari MPSJ. YB Cina Pakatan itu mempunyai kuasa veto untuk melulus atau menggagalkan projek mereka.


Sebaliknya, Presiden MCA secara spontan telah mengatakan tidak akan menerima jawatan di peringkat pusat, negeri, majlis perbandaran, daerah dan kampung-kampung?


Bagi saya ini bukan kebiasaan MCA. Jika benarlah, ini adalah kerana sifat malu MCA sebagai sebuah parti Cina yang ditolak oleh masyarakat Cina yang berpindah undi kepada parti yang lebih radikal dan cauvunis iaitu DAP.


Maka bayangkan Tidak Ada satu Exco Cina dalam Kabinet Negeri Sembilan kerana semua calon DUN MCA di Negeri Sembilan tewas! Maka bayangkan juga tidak ada wakil MCA di dalam Kabinet Persekutuan!


Dalam tempoh 5 tahun, peniaga Cina tidak mendapat projek, masyarakat Cina mengalami kesusahan, apakah dalam PRU14 mereka akan mengundi semula BN selepas menderita sepanjang tahun 2012-2018, akibat tersalah undi kepada DAP.


Ada yang berpendapat, biarlah mereka tidak mendapat apa-apa kali ini kerana itu pilihan mereka. Dalam hal ini, kita kembali kepada aspek perkongsian kuasa dan sejarah hubungan ketiga-tiga parti UMNO MCA MIC.


ORANG CINA SUDAH MENCUBA ALL OUT
Orang Cina yang terpedaya dengan slogan Ubah DAP telah mendapat jawapan yang jelas dalam PRU13 ini, iaitu walaupun masyarakat Cina all out tetapi BN tidak juga tumbang. Malah amat mengejutkan mereka UMNO berjaya memperolehi 103 kerusi Parlimen, hanya memerlukan 9 kerusi sahaja lagi sudah boleh memerintah negara ini.


Apakah masyarakat Cina hendak mencuba lagi mengikut telunjuk DAP pada PRU14? Saya fikir tidak. Saya yakin orang Cina tidak akan mahu diperdaya lagi, orang Cina juga mempunyai fikiran bahawa semakin mereka all out semakin kuat pula perpaduan orang Melayu.


Kedua, saya tidak fikir masyarakat Cina mahu memperjudikan lagi nasib mereka pada PRU14 kerana mereka tahu ianya mustahil, malah memberi kerugian kepada mereka dan keuntungan kepada orang Melayu dan orang India. DAP telah berjaya menipu mereka.

Sudah tentu mereka tidak mahu terpinggir dari arus perdana dan global yang digerakkan oleh kerajaan. Kini mereka semakin terkejut dengan tindakbalas orang Melayu, malah kembali rimas bila mana DS Najib mula menunjukkan ketegasannya.


Kesimpulannya, UMNO MCA dan MIC serta komponen lain mempunyai masa depan yang lebih cerah pada PRU14. Kegagalan DAP walaupun sudah all out menipu masyarakat Cina dengan janji Ubah, akan memakan diri pada PRU14.


Kepada para bloggers di luar sana, dalam tempoh 2013-2018 ini, isu Anwar, Rafizi, Sam Ketot, sudah tidak berapa relevan lagi. Tumpukan perhatian anda kepada mengkaji budaya orang Cina, pemikiran dan kehendak atau ketidakhendak mereka, dan sebagainya kerana mereka akan datang lagi dalam tempoh 5 tahun nanti.

Sumber mymassa

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...