Pages

Sunday 26 May 2013

PANAS!! DAP BOLOT KUASA POLITIK MALAYSIA. JOM RISIK




EXCO Selangor : Nampak Sangat DAP Gila Kuasa

Formula pembahagian kerusi exco kerajaan negeri Selangor sudah pun diperkenan Sultan beberapa hari lepas. Namun sayangnya, formula tersebut tidak dipersetujui pula oleh DAP Selangor.

Selepas Khalid Ibrahim mengangkat sumpah menteri besar, terdapat dua opsyen disediakan oleh PR yang berjaya membentuk kerajaan di Selangor untuk mendapatkan perkenan Sultan. Opsyen pertama merupakan dalam nisbah 4:3:3 di mana 4 kerusi diperuntukkan kepada wakil PAS, 3 PKR dan 3 DAP. Manakala opsyen kedua pula 5 kerusi diperuntukkan untuk wakil Melayu dan 5 lagi untuk wakil bukan Melayu.

Antara kedua opsyen yang dibentangkan oleh menteri besar kepada Sultan, opsyen pertama telah mendapat perkenan Sultan yang bermakna PAS mendapat kerusi lebih dalam kerajaan negeri Selangor untuk penggal ini. Ini bertepatan dengan jumlah kerusi yang dimenangi oleh PAS ketika PRU13 berbanding dua parti lain yang bergabung dengannya di bawah jenama Pakatan Rakyat walaupun jawatan menteri besarnya telah diserahkan kepada wakil dari PKR.

Umum mengetahui, ketika PRU13 yang lalu, PAS berjaya memenangi 15 kerusi, DAP 15 manakala PKR hanya berjaya memperolehi 14 kerusi dalam keseluruhan kerusi yang dipertandingkan di Selangor. Daripada keputusan tersebut, selayaknya menteri besar dilantik dari wakil PAS.

Justeru, apabila PAS bermurah hati menyerahkan kerusi menteri besar yang sepatutnya diduduki oleh wakil PAS kepada PKR, berlaku perebutan di antara orang kuat Anwar iaitu Azmin Ali dan juga Khalid Ibrahim yang sememangnya telah dipilih oleh PAS untuk memegang tanggungjawab.

Perebutan tidak berpanjangan setelah Khalid Ibrahim mendapat perkenan Sultan dan seterusnya mengangkat sumpah jawatan menteri besar. Malang bagi DAP kerana menteri besar tidak boleh dari kalangan bukan Melayu.

Malang DAP bertambah berganda apabila pembahagian kerusi exco juga tidak menyebelahi mereka. Nisbah 4:3:3 menjadikan suara mereka semakin kecil dan bagi mereka ini satu penghinaan. Seboleh mungkin mereka mahukan kerusi lebih dalam barisan exco. Justeru, akibat ketidaksefahaman dalam mencapai persetujuan antara ketiga parti, sehingga ke hari ini Khalid Ibrahim belum lagi membentangkan barisan exco pilihannya di hadapan Sultan untuk mendapat perkenan.

Tatkala barisan exco negeri-negeri lain di Malaysia sudahpun mengadakan mesyuarat, Selangor masih lagi bergelut dengan sikap tamak DAP dalam membuat keputusan. Bagaimana lagi harus dilakukan untuk menyedarkan rakyat bahawa DAP sebenarnya adalah sebuah parti yang gila kuasa dan berkeinginan tinggi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik seperti yang telah berlaku kepada Singapura?

Mesyuarat terakhir khabarnya akan diadakan pada hari Jumaat selepas menteri besar Selangor pulang daripada luar negara dan khabarnya juga, apa sahaja keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu nanti akan diterima oleh PAS. Ini bermakna, jika kerusi yang 4 untuk wakil PAS terpaksa diserahkan kepada DAP mahupun PKR, PAS akan pasrah menerimanya.

Nampak gayanya, PAS akan selamanya merelakan diri mereka menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR.

Sumber suaragenerasibaru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...