Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts
Sunday, 9 June 2013
MB KELANTAN INGIN BAIKI PENTADBIRAN PAS
Menteri Besar Kelantan Hadapi Cabaran Sukar
Dikhabarkan Menteri Besar Kelantan yang baru Datuk Ahmad Yakob berusaha untuk keluarkan penglihatan rakyat dari bayang-bayang dari segi pentadbiran. Pentadbiran baru ini diharap memberi inspirasi kepada rakyat Kelantan dengan memadamkan sedikit demi sedikit bayang-bayang mantan Menteri Besar sebelum ini.
Datuk Ahmad Yakob juga berusaha untuk memulihkan kembali rakyat Kelantan yang berpecah dan berpihak sejak dua penggal yang lalu. Dahulunya sebagai orang kedua terpenting dalam kerajaan negeri beliau masih kekal sehingga dilantik menjadi Menteri Besar dan akan mencuba membawa pembaharuan dengan cara pentadbiran beliau sendiri. Beliau dilihat akan berusaha untuk melakukan penyatuan dalam parti PAS yang difahamkan telah menjadi kepada beberapa pihak sehingga kesannya tercalar pada nama PAS.
Apabila Datuk Ahmad Yakub mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Mei yang lalu ia adalah satu perkara yang tidak memberi kejutan kepada penyokong akar umbi PAS bahawa pelantikan beliau adalah semata-mata satu langkah untuk menstabilkan keadaan tidak lama selepas Nik Aziz meletak jawatan.
Asas kepada kenaikan pangkat kepada Ahmad Yakub kelihatan adil kepada rakyat Kelantan kerana beliau merupakan ADUN Pasir Pekan serta merupakan Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS. Terdapat hujah dikalangan penyokong parti yang mengikuti perkembangan ini mengatakan ini adalah perkara biasa apabila sesuatu kerjaya dinaikkan pangkat walaupun tanpa rekod yang luar biasa kepada namanya.
Bagi ‘silent voters’ ada yang berhujah mengatakan keraguan tentang beliau untuk memimpin negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Kerana Datuk Ahmad Yakub berada dipinggiran permainan politik Kelantan. Nampaknya Datuk Ahmad Yakub perlu membiasakan diri dengan kerja baru sebelum rakyat Kelantan lihat reputasi lemah yang boleh membawa kepada kejatuhan.
Apa yang lebih sukar adalah untuk memadamkan minda rakyat Kelantan apabila mereka masih dibayangi pemerintahan Nik Abdul Aziz. Imej Datuk Ahmad Yakub tidaklah seperti Timbalan Menteri Besar yang baru Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang jauh lebih terkenal dikalangan rakyat dalam politik Kelantan. Perkara ini menjadi pertaruhan dan cabaran yang sukar kepada Datuk Ahmad Yakub yang mungkin akan timbul dalam penggal pertama beliau di pejabat Menteri Besar kerana Ahmad Yakub dikenali bukan sebagai pemimpin yang cukup berkarisma dan agresif.
Ramalan penyokong Husam Musa adalah tidak tepat. Hanya tiga hari selepas penubuhan kerajaan negeri kumpulan ini mengaku sejajar dengan Husam Musa yang juga bekas Exco membantah pelantikan Menteri Besar di pintu Kota Darulnaim. Persoalan timbul adakah ini usaha kecil untuk perebutan kuasa di Kelantan?
Ahmad juga difahamkan akan mendapat sokongan yang kurang dalam Dewan Undangan Negeri kerana beliau telah mewarisi perwakilan yang dikurangkan daripada PAS dengan apa yang Barisan nasional telah lakukan PRU13 yang lalu. BN kini mempunyai sejumlah 12 kerusi,meningkat daripada 7 sebelum pilihanraya. Manakala PAS turun kepada 33 daripada 38 kerusi sebelumnya termasuk kawasan tunggal yang dipegang oleh Parti Keadilan Rakyat.
Dengan pelbagai kemungkinan yang bakal dihadapi, Ahmad Yakub harus menyusun strategi dengan berkesan dan menunjukkan kepada pengkritik beliau bahawa beliau akan berusaha untuk menurunkan jumlah masalah yang dihadapi oleh rakyat Kelantan. Contoh masalah sebelum ini ialah seperti isu bekalan air bersih tidak dapat diselesaikan dan penebangan hutan yang berleluasa di Gua Musang. Sudah tentu tugas yang bakal digalas ini menjadi satu laluan yang sukar untuk beliau namun kerja adalah kerja dan masa inilah untuk membuktikan keberanian beliau demi pengekalan dalam kerjaya politik beliau sendiri juga.
Sunday, 26 May 2013
PANAS!! DAP BOLOT KUASA POLITIK MALAYSIA. JOM RISIK
EXCO Selangor : Nampak Sangat DAP Gila Kuasa

Formula pembahagian kerusi exco kerajaan negeri Selangor sudah pun diperkenan Sultan beberapa hari lepas. Namun sayangnya, formula tersebut tidak dipersetujui pula oleh DAP Selangor.
Selepas Khalid Ibrahim mengangkat sumpah menteri besar, terdapat dua opsyen disediakan oleh PR yang berjaya membentuk kerajaan di Selangor untuk mendapatkan perkenan Sultan. Opsyen pertama merupakan dalam nisbah 4:3:3 di mana 4 kerusi diperuntukkan kepada wakil PAS, 3 PKR dan 3 DAP. Manakala opsyen kedua pula 5 kerusi diperuntukkan untuk wakil Melayu dan 5 lagi untuk wakil bukan Melayu.
Antara kedua opsyen yang dibentangkan oleh menteri besar kepada Sultan, opsyen pertama telah mendapat perkenan Sultan yang bermakna PAS mendapat kerusi lebih dalam kerajaan negeri Selangor untuk penggal ini. Ini bertepatan dengan jumlah kerusi yang dimenangi oleh PAS ketika PRU13 berbanding dua parti lain yang bergabung dengannya di bawah jenama Pakatan Rakyat walaupun jawatan menteri besarnya telah diserahkan kepada wakil dari PKR.
Umum mengetahui, ketika PRU13 yang lalu, PAS berjaya memenangi 15 kerusi, DAP 15 manakala PKR hanya berjaya memperolehi 14 kerusi dalam keseluruhan kerusi yang dipertandingkan di Selangor. Daripada keputusan tersebut, selayaknya menteri besar dilantik dari wakil PAS.
Justeru, apabila PAS bermurah hati menyerahkan kerusi menteri besar yang sepatutnya diduduki oleh wakil PAS kepada PKR, berlaku perebutan di antara orang kuat Anwar iaitu Azmin Ali dan juga Khalid Ibrahim yang sememangnya telah dipilih oleh PAS untuk memegang tanggungjawab.
Perebutan tidak berpanjangan setelah Khalid Ibrahim mendapat perkenan Sultan dan seterusnya mengangkat sumpah jawatan menteri besar. Malang bagi DAP kerana menteri besar tidak boleh dari kalangan bukan Melayu.
Malang DAP bertambah berganda apabila pembahagian kerusi exco juga tidak menyebelahi mereka. Nisbah 4:3:3 menjadikan suara mereka semakin kecil dan bagi mereka ini satu penghinaan. Seboleh mungkin mereka mahukan kerusi lebih dalam barisan exco. Justeru, akibat ketidaksefahaman dalam mencapai persetujuan antara ketiga parti, sehingga ke hari ini Khalid Ibrahim belum lagi membentangkan barisan exco pilihannya di hadapan Sultan untuk mendapat perkenan.
Tatkala barisan exco negeri-negeri lain di Malaysia sudahpun mengadakan mesyuarat, Selangor masih lagi bergelut dengan sikap tamak DAP dalam membuat keputusan. Bagaimana lagi harus dilakukan untuk menyedarkan rakyat bahawa DAP sebenarnya adalah sebuah parti yang gila kuasa dan berkeinginan tinggi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik seperti yang telah berlaku kepada Singapura?
Mesyuarat terakhir khabarnya akan diadakan pada hari Jumaat selepas menteri besar Selangor pulang daripada luar negara dan khabarnya juga, apa sahaja keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu nanti akan diterima oleh PAS. Ini bermakna, jika kerusi yang 4 untuk wakil PAS terpaksa diserahkan kepada DAP mahupun PKR, PAS akan pasrah menerimanya.
Nampak gayanya, PAS akan selamanya merelakan diri mereka menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR.
Sumber suaragenerasibaru
Wednesday, 22 May 2013
UMNO PAS AKAN BERGABUNG MENJELANG 2014??! JOM RISIK
Segerakan Usaha Kerajaan Perpaduan – Fathul Bari

Berdasarkan senario politik semasa tanah air, pimpinan daripada Umno dan Pas perlu mempertimbangkan cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti berteraskan Islam dan Melayu itu. Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuwan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, perpaduan antara Umno dan Pas perlu segera diwujudkan untuk kepentingan Islam dan orang Melayu.
Kerajaan perpaduan itu jelas Fathul Bari bukanlah untuk mana-mana parti membubarkan parti mereka, tetapi cukuplah sekadar mewujudkan kerjasama antara mereka untuk kebaikan umat Islam dan Melayu secara keseluruhannya.
Bekas calon bagi kerusi Sanglang itu menegaskan Umno sebenarnya telah terlebih dahulu menghulurkan salam perdamaian kepada Pas, dan parti Islam itu jelasnya perlu menimbang perkara itu dan bersetuju membentuk perpaduan bersama untuk masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.
Dengan keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan penurunan mendadak komuniti Cina kepada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dengan peratusan menyokong hanya 3%, yang mana dilihat merupakan ancaman kepada bangsa Melayu, sekaligus bakal menggagalkan usaha untuk memupuk perpaduan antara bangsa Malaysia.
Tuntutan perpaduan juga jelas Fathul Bari, adalah tuntutan syarak dan melaksanakan perkara itu bukan sahaja akan memanfaatkan umat Islam, tetapi negara Malaysia secara keseluruhannya.
Melalui kerjasama Pas dan Umno, ia bukan sahaja dilihat akan mengukuhkan kedudukan sesuatu parti, tetapi akan memberi kekuatan kepada Islam dan Melayu, yang mana kian berpecah akibat perbezaan ideologi politik dan ketaasuban terhadap parti yang melampau.
Melayu kini terpecah kepada beberapa bahagian, apabila beberapa parti pembangkang mengamalkan penerimaan sebagai ahli secara terus. Ia menjadikan Melayu bukan sahaja menjadi ahli PAS, Umno, dan PKR, tetapi juga menyertai parti ‘ultra kiasu’, DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang sebagai penasihat parti dan Karpal Singh sebagai Pengerusi.
Perkara itu menjadikan tiada pusat khas untuk Melayu bersatu di bawah satu bumbung, dan menjadikan mereka berpuak-puak sekaligus memberikan kelebihan kepada bangsa Cina yang dilihat bersatu untuk menumbangkan kerajaan dengan memilih DAP yang berpaksikan isu perkauman.
Malahan, prestasi cemerlang DAP berbanding rakan parti komponen yang lain seperti PKR dan Pas juga menjadi indikator mudah sebagai bukti betapa banyaknya undi Cina untuk DAP tetapi bukan rakan komponen mereka. Hanya melalui penyatuan Umno dan Pas, bangsa Melayu boleh bersatu dan membentuk bangsa yang kuat dan tidak tergugat degan ancaman luar dan dalaman sekaligus menjadikan Melayu sebagai bangsa yang dihormati dan disegani.
Gesaan Fathul Bari itu harus dilihat dalam konteks yang lebih luas kerana tanpa pemahaman mendalam, mangsa kepada kerakusan dan kesombongan kepimpinan hari ini bakal memusnahkan impian dan harapan generasi Melayu Malaysia pada masa akan datang.
Tiada salahnya untuk Melayu bersatu demi kepentingan bangsa sendiri, dan tidak seharusnya Melayu takut untuk digelar rasis sekiranya berjuang untuk memartabatkan bangsa dan tanah Melayu.
Apalah setakat digelar rasis, sedangkan pejuang Melayu terdahulu seperti Tok Janggut dan Datuk Bahaman turut digelar sebagai pengganas kerana menentang penjajah. Setakat gelaran rasis untuk memperjuangkan kemaslahatan bangsa, ia hanyalah sekelumit daripada perjuangan tokoh Melayu zaman sebelum Kemerdekaan.
Pandangan Ustaz Fathul Bari Mengenai Kerajaan Perpaduan – Link Video
Friday, 17 May 2013
HANGAT!!! USTAZ NASA ULANGI KENYATAAN AGAR UMNO-PAS BERSATU. ANDA SETUJU?? JOM RISIK

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pada Khamis mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata, untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan PAS perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.
“Kegagalan penyatuan di antara Umno dan PAS berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh,” katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.
Beliau berkata, pemimpin parti politik lebih tertumpu dan berlumba untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya dan pemerintahan negara daripada melihat kesan ke atas perpaduan ummah.
Sebelum itu, Nasharudin dalam ceramahnya bertema ‘In Search of Human Security – Islamic Diplomacy and the Way Forward’ berkata Nabi Muhammad S.A.W. mampu menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai puak di bawah kepimpinan dan sikap diplomasi beliau yang indah.
“Mereka (terdiri daripada pelbagai kabilah) diikat dalam satu perjanjian yang menjadi Perlembagaan Islam bertulis yang pertama.
“Ini benar-benar menunjukkan bahawa masyarakat yang disatupadukan oleh baginda pada masa itu yang terdiri daripada pelbagai kaum, kesemuanya bersetuju untuk berada di bawah pemerintahan baginda berdasarkan kepada undang-undang syariah Islam,” katanya.
Forum sehari itu dianjurkan dengan kerjasama Institut Antarabangsa PengajianIslam Lanjutan (IAIS) dan Cordoba Foundation, United Kingdom, Yayasan GerakanKesederhanaan Global (GMMF), dan Institut Diplomatik Qatar.
Forum itu bertujuan bagi memberi pemahaman yang lebih baik di kalangan masyarakat global berhubung perspektif Islam mengenai keamanan dan kesederhanaan bagi menyelesaikan konflik.
Ia juga menekankan pendekatan diplomatik termasuk melalui cara rundingan kekal sebagai cara penting bagi mendapatkan penyelesaian aman selain membina perdamaian dan keamanan. - BERNAMA
Thursday, 16 May 2013
HOT!!! PEMBANGKANG TUDH PENYOKONG SENDIRI BANGLA. APA PUN TAK BOLEH!

Laman sosial seperti facebook dan twitter ketika ini meriah dengan isu ‘pengundi hantu’ yang dibangkitkan oleh pencacai pakatan dan tentera komunis tajaan DAP ‘Red Bean Army’. Pelbagai hujah digunakan untuk mempengaruhi rakyat agar percaya wujudnya penipuan dan konspirasi terancang dari SPR untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Bermula dengan rakaman video sehinggalah kepada pembikinan ‘parodi’ pendek, mengetengahkan isu ‘black out’ yang kononnya sebagai punca kepada kemenangan calon-calon BN dalam pilihanraya umum yang lalu. Itu belum lagi dikira dengan perangai ala samseng yang ditujunkkan oleh para pencacai pakatan yang menahan orang awam yang dituduh sebagai rakyat bangla, indon dan sebagainya.
Kalangan pencacai ini secara terang-terangan telah membuat serkap jarang dengan memuat naik beberapa keping gambar dan klip video menerusi laman sosial konon-kononnya pengundi-pengundi yang sedang beratur di tempat mengundi adalah merupakan pengundi hantu dari Bangladesh dan Myanmar.
Sedangkan mereka tidak sedar bahawa pengundi-pengundi tersebut yang juga merupakan rakyat Malaysia yang sah telah menjadi mangsa penipuan mereka sendiri kerana dituduh sebagai warga asing. Paling mengecewakan, apabila terdapat pengundi-pengundi di kalangan India Muslim Malaysia atau lebih dikenali mamak dan kaum India Malaysia dituduh sebagai pengundi hantu dari Bangladesh.

Malah Anwar sendiri dilihat begitu tertekan dengan kekalahan pihak pakatan pembangkang yang sebelum ini digambarkan mampu menumbangkan kerajaan BN/Umno. Lihat sahaja isu-isu yang diketengahkan dalam siri jelajah terbarunya yang mengunakan slogan ‘Himpunan Kemarahan Rakyat’. Semua berkisar kepada perkara yang sama dan yang terbaru isu ‘undi popular vs undi elektoral’.
Namun disebalik keghairahan itu, pencacai pakatan dikejutkan dengan satu laporan yang dikeluarkan oleh Suara Keadilan yang memohon maaf secara terbuka. Ramai dikalangan pencacai yang mempertikaikan mengenai kesahihahan laporan tersebut, malah ada dikalangan mereka yang marah dengan tindakan editor yang dilihat tidak mendatangkan sebarang kelebihan kepada parti itu.
Tambah menarik perhatian ada dikalangan pencacai yang ‘taksub’ mengatakan ia merupakan propaganda Umno untuk menutup kelemahan SPR. Itu belum diambil kira dengan hujah balas yang menuduh kerajaan BN/Umno telah membayar sejumlah wang kepada syarikat pencetak untuk mengelirukan rakyat khususnya para pencacai.
Lidah rasmi PKR itu baru-baru ini telah mengeluarkan satu ‘Ralat’ atas ketelanjuran yang dilakukan sebelum ini.
“Merujuk kepada Suara Keadilan edisi 120, muka surat 13 pada tajuk ‘Bangla Gelabah Tunjuk Dua Kad’. Suara Keadilan memohon maaf atas kesilapan menyiarkan gambar Ali Mydin sebagai warga Bangladesh yang datang mengundi.
“Beliau ialah seorang penyokong Pakatan Rakyat. Kegagalan beliau menyanyikan lagu ‘Negaraku’ apabila disoal oleh petugas di barong adalah kerana beliau tergesa-gesa mengejar masa. Sebelum ini beliau telah mengundi dalam beberapa pilihanraya dan merupakan warganegara malaysia yang sah” menurut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut.
Namun apa yang pasti, ramai dikalangan rakyat yang boleh berfikir secara waras akan tersenyum dengan gelagat pencacai yang kadangkala bersikap seperti beruk dan monyet di hutan. Pendekatan matlamat menghalakan cara yang mereka dokong selama ini telah menyebabkan mereka semakin ditolak oleh majoriti pengundi.
Buat para pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada 5 Mei yang lalu, syabas dan tahniah diucapkan. Keberanian kalian semua menolak pendekatan murahan Anwar dan para pencacai melalui sistem demokrasi amat dihargai.
Ungkapan “BN Bagi… Ambil, Undi.. Beri Pada PR” – Ramai Mula Susah Hati.

Selepas BN kalah pada 2008, rakyat umumnya dapat melihat niat dan usaha dari BN untuk tetap berkhidmat kepada rakyat dengan menyalurkan bantuan melalui Pejabat Penyelaras Persekutuan DUN atau dikenali sebagai Pejabat DUN BN di kawasan-kawasan kalah.
Secara proaktifnya, banyak bantuan disalurkan samada dari segi infrastruktur mahupun dalam bentuk kebajikan. Niat yang murni ini tentunya dengan harapan agar rakyat meletakkan kembali kepercayaan mereka kepada BN.
Hampir semua golongan menikmati khidmat masyarakat yang disediakan 0leh Pejabat Penyelaras Persekutuan ini. Rakyat Malaysia, yang sinonim dengan sikap bersyukur dan mengenang budi tetap menjadi sandaran BN untuk meraih semula kepercayaan mereka.
Menyedari hal tersebut, PR dengan terbukanya menyatakan “BN kasi… ambil. Undi… beri pada PR”. Realitinya, apa yang kerap dimainkan oleh PR cukup berjaya dalam memastikan kejayaan mereka pada PRU 13. Buktinya, di Terengganu dan Selangor, banyak kawasan yang mana terdapatnya Pejabat Penyelaras Persekutuan mengalami kekalahan dengan majoriti yang meningkat. Bukan itu sahaja, Ali Rustam yang cukup dikenali kuat bekerja untuk rakyat Melaka juga tidak dapat diselamatkan pada PRU13 ini.
Apa sebenarnya yang berlaku?
Pertama, PR berjaya mengikis sikap berterima kasih dan mengenang budi di kalangan rakyat. Sungguhpun cara berpolitik ini hanya akan “membunuh” nilai murni rakyat Malaysia, PR tidak peduli, kerana yang penting adalah undi. Hakikatnya, kawasan yang diwakili oleh ADUN PR tidak perlu bersusah payah untuk pembangunan infrastruktur mahupun kebajikan rakyat kerana tugas tersebut telah diambilalih oleh Persekutuan. Waima sebagai ADUN, wakil rakyat PR hanya perlu fokus kepada ceramah-ceramah dan sedikit sumbangan sekadar untuk meraih publisiti sahaja.
Kedua, peranan yang efektif dimainkan oleh Pejabat Penyelaras Persekutuan DUN telah membuatkan rakyat di DUN tersebut menikmati segala kemudahan waima ADUN PR sekadar berpolitik siang dan malam. Malah di Selangor, wakil rakyat tidur sewaktu sidang DUN pun masih lagi menang pada PRU13 baru-baru ini. Mungkin pada fikiran rakyat, tiada beza sekiranya BN menang atau kalah kerana keperluan dan kehendak mereka dipenuhi oleh BN. Segala masalah diajukan kepada BN untuk penyelesaian. Masalah selesai, tetapi undi tetap kepada PR. Contoh paling tepat adalah apa yang berlaku ke atas Raja Nong Chik di Lembah Pantai. Beliau bekerja untuk rakyat, tetapi gagal memenangi kawasan tersebut.
Salam dihulur disambut secara bermuka-muka. Habis manis sepah dibuang. Amalan berterima kasih dan bersyukur semakin terhakis dengan gaya politik PR.
Kini, timbul desas-desus bahawa MB Terengganu bakal menggunakan cara yang agak keras, iaitu tidak akan membuka pejabat penyelaras persekutuan di DUN-DUN yang tewas. Apa yang cuba dilakukan oleh Ahmad Said ialah sekadar menjawab kembali kata-kata “Minta pada BN, Undi Pada PR”.
Mungkin bagi Ahmad Said, “Undi Pada PR, Pergi Minta PR”!…
Kalau benar desas-desus ini, maka rakyat perlu belajar merasai “kehilangan” BN. Dan pada hemat penulis, ini mungkin cara yang agak menarik setelah “kasih-sayang” gagal menambat hati pengundi.
BN bagi.. sudah diambil. Dan undi pula diberi pada PR. Kini, terima lah jawapan kepada perlakuan sendiri.
Sumber suaragenerasibaru
Saturday, 11 May 2013
HOT!!! LUAHAN AZMIN DIKETEPIKAN JADI MB SELANGOR. MAI PAKAT RISIK
MB Selangor Baru Tidak Perlu Jadi ‘Pak Turut’ – Azmin

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor yang baru tidak perlu ‘pak turut’ yang menyebabkan dirinya dipimpin oleh orang lain, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.
Gelaran ‘pak turut’ itu nampaknya dikaitkan secara tidak langsung dengan Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah diberi sokongan oleh DAP dan PAS untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar.
Sebelum ini, Azmin dilaporkan kecewa selepas dipinggirkan daripada jawatan Menteri Besar.
Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR selepas mesyuarat bersama pimpinan PKR Selangor Azmin berkata Selangor perlu diketuai oleh seorang yang berfikiran tegas dan mempunyai visi yang jelas.
Beliau berkata cirri tersebut perlu ada selepas Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum dengan majority yang lebih besar daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding Barisan Nasional yang mendapat 12 kerusi sahaja.
Azmin, yang dipilih semula sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dalam pengundian yang diadakan pada Ahad, berkata beliau akan mendedahkan mengenai isu dalaman parti itu dalam sidang media yang akan diadakan pada Jumaat.
Beliau akan menerangkan isu nepotisme dalam PKR dan apa yang berlaku pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.
Sumber suaragenerasibaru
Friday, 10 May 2013
MENGGELEGAK NEWS!! 3 PENYOKONG TAKSUB PAS DIPENJARA KERANA KESALAHAN VANDALISME SEMASA PRU13
Akibat berkelakuan samseng, tiga penyokong Pas dipenjara tiga hari dan denda sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Nik Habri Muhamad setelah tiga penyokong Pas terbabit mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan memukul, menendang van kempen Barisan Nasional (BN) dan mengoyakkan poster-poster parti pada kenderaan terbabit.
Kejadian berlaku dua hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad lalu dan tertuduh ditangkap sehari kemudian.
Mereka turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan.
Nik Habri memerintahkan hukuman ke atas tertuduh, Mohd. Nabil Fikri Mohd. Zain, 21, Ahmad Redza Aziz, 22, dan Mohd. Aiman Mu hammad, 28, kesemuanya berasal dari Baung Bayam di sini, bermula dari tarikh mereka ditangkap.
Tertuduh didakwa secara bersama melakukan perbuatan samseng itu di hadapan bangunan Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Jalan Stadium, di sini pada pukul 2.30 pagi, 3 Mei lalu iaitu dua hari sebelum PRU-13.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Menurut fakta kes, semasa kejadian, van Pemuda BN yang turut membawa penyokong parti itu telah melalui Jalan Stadium di sini. Bagaimanapun, secara tiba-tiba sekumpulan penyokong Pas yang sedang berhimpun di Stadium Sultan Muhammad IV, datang menyerbu ke arah van tersebut.
Penyokong Pas tersebut telah bertindak memukul dan menendang van berkenaan serta mengoyakkan poster-poster BN sebelum menampal poster 'K' (Kekal Kelantan) serta meletakkan bendera Pas pada kenderaan itu. - UTUSAN ONLINE
*Gambar: Senjata yang ditemui dari samseng PKR JelapangTiga Samseng PAS Di Penjara!!!
Thursday, 9 May 2013
TAHUN ULAR CINA MENIPU TIDAK DI IZINKAN OLEH ALLAH TAALA !!!

Sedarkah kita semua bahawasanya tahun ini bagi bangsa cina adalah tahun ular. Apakah maksud yang ada pada Ular ? Ular bermaksud membelit, membelit mangsa untuk dijadikan makanan tidak kira tuan atau lawan. Dalam konteks ini boleh aku andaikan Tuan adalah BARISAN NASIONAL dan Lawan adalah PAS dan PKR. Ular cina berjaya membelit tuan dan lawan, tetapi ular cina tidak berjaya menelan mangsa kerana mangsa masih kuat di sebabkan mangsa masih di lindungi tuhan. Walau sebesar mana pon ular cina yang ingin menelan melayu, ular cina harus akur bahawasanya melayu sangat di lindungi oleh tuhannya.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.. apa hikmah yang ALLAH telah turunkan kepada melayu sekarang ? Fahaman aku mudah saja, kita sebagai berbangsa melayu yang mempunyai hak yang sepenuhnya di negara ini harus bertegas terhadap mereka selepas ini. Jangan beri muka pada mereka lagi, mulakan memboikot berurusan dengan mereka. Jangan terlalu senyum pada mereka, jadikan serius jika terpaksa berurusan dengan mereka. Bukan niat aku untuk mencetuskan perkauman, tetapi aku rasakan ini adalah salah satu jalan untuk mereka mula menghormati bangsa melayu dengan ada sifat sedar diri dari bangsa mereka.
Sedarkah kita melayu zaman sekarang, di masa lalu bagaimana mereka datang ke tanah melayu ini ? Kita sudah memberikan mereka laluan sedikit demi sedikit untuk mencari rezeki di tanah melayu ini. Sekarang mereka mahu lebih dan lebih. Tanpa kita sedar mereka mahu membunuh kita dan mahu menjadikan bangsa kita sebagai hamba mereka di tanah tumpah kita sendiri.
Sekarang, kuasa dan kata putus ada pada Perdana Menteri kita Dato Sri Najib. Melayu mahu Najib ajar cina sekarang, jangan beri walau satu jawatan Menteri pon pada bangsa cina selepas ini. Beri mereka kesedaran bahawasanya MEREKA (BANGSA CINA) HANYA MENUMPANG DI TANAH MELAYU INI.
"KALAU TAK MENIPU BUKAN CINA LAH NAMANYA..."


Info dibawah adalah untuk kita menilai di mana kedudukan kuasa melayu selepas PRU 13.
UMNO semakin bertambah kerusi
DAP juga semakin bertambah kerusi
Sedangkan hakikatnya PAS semakin kekurangan kerusi


Keputusan rasmi PRU-13 kali ini, Pakatan Rakyat berjaya menguasai sebanyak 89 kerusi Parlimen, tambahan tujuh kerusi berbanding pada 2008, tetapi pada kali ini, DAP memenangi kerusi terbanyak iaitu 38 manakala PKR kekal dengan 30 kerusi Parlimen dan PAS dengan 21 kerusi Parlimen.
Barisan Nasional pula berjaya menawan kembali Kedah dan mengekalkan Pahang, Perlis, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Johor. Kemenangan BN diterajui Umno manakala Sabah dan Sarawak kekal menjadi 'simpanan tetap' Barisan Nasional dengan memenangi 47 kerusi.
Barisan Nasional (BN) nampaknya gagal menebus kekalahan di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya tahun 2008. Di Selangor, penguasaan Pakatan Rakyat menyaksikan penambahan kerusi Pakatan Rakyat dari 34 ke 44 kerusi DUN.
BN berjaya menawan semula dan dapat membentuk kerajaan di negeri Kedah setelah menang 21 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. BN menambah tujuh kerusi daripada hanya 14 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2008
Di Kelantan, BN menangi 12 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan, peningkatan enam kerusi yang dimenangi pada 2008. Enam kerusi yang ditambah adalah Galas, Air Lanas, Selising, Semerak, Gual Ipoh dan Dabong selain mempertahankan kerusi Nenggiri, Paloh, Kuala Balah, Bukit Bunga, Kok Lanas dan Pengkalan Kubor.
Selain itu, BN juga mengekalkan kemenangan majoriti dua pertiga di Melaka, Pahang, Perlis dan Sabah. BN kekal memerintah Terengganu setelah menang tipis dan memperoleh majoriti mudah apabila memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi yang ditandingi.
Sumber budaksrikinta
Wednesday, 8 May 2013
HOT!! UMNO-PAS AKAN BEKERJASAMA SEKAT KEBANGKITAN DAP??!! MAI RISIK
Wujudkan Gabungan Kerjasama Umno-PAS Sekat Kemaraan DAP

KUALA LUMPUR: Presiden JATI Datuk Dr Hasan Ali pada Isnin mencadangkan supaya usaha dibuat untuk mewujudkan gabungan kerjasama antara PAS dan Umno sebagai langkah menyekat kemaraan DAP.
Beliau berkata keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Ahad, sepatutnya membuka ruang lebih luas untuk diadakan perbincangan serius berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu.
“Sudah sampai masanya Umno dan PAS melupakan sengketa lama untuk secara serius duduk merancang dan memikirkan aganda umat secara bersama demi perpaduan dan kebaikan ummah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Keputusan PRU-13 menyaksikan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno, kembali berkuasa setelah memenangi 133 kerusi parlimen, diikuti DAP (38), PKR (30) dan PAS (21).
Hasan menarik perhatian berdasarkan keputusan pilihan raya itu, jelas kelihatan kehadiran PAS dalam pakatan rakyat hanya menguntungkan DAP, bukan sebaliknya.
Menurutnya, pengundi Melayu atas nama setiakawan pakatan rakyat memberi undi kepada DAP di Gelang Patah tetapi di kebanyakan tempat dengan minoriti Cina, keadaan serupa tidak berlaku dan menyebabkan calon PAS kecundang di kawasan-kawasan berkenaan.
“Atas dasar ini, bukankah munasabah untuk dilihat secara serius gabungan kerjasama antara PAS dan Umno untuk menyekat kemaraan DAP,” katanya.
Perebutan bagi kerusi parlimen Gelang Patah di Johor menyaksikan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dikalahkan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Hasan turut sudah sampai masanya BN dan Umno bermuhasabah untuk mengenal pasti dan memperbaiki segala kelemahan supaya selari dengan kehendak dan aspirasi majoriti pengundi dan penyokong mereka.
Dalam pada itu, Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menerima suara rakyat yang disalurkan melalui PRU-13 walaupun kecewa dengan keputusan itu.
Menurutnya, segala permintaan untuk menambah baik proses pilihan raya dan amalan demokrasi di negara ini telah dituruti kerajaan, namun masih ada yang mempertikai keputusan suara rakyat pada PRU-13.
“Kita nak bekerja dan memenuhi mandat diberi rakyat dan bukan terus menerus bergaduh macam ni yang hanya akan merugikan negara. BN pun bukan menang besar, tapi kita terima hakikat itu kehendak rakyat,” kata Syed Ali.
Sementara itu, Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM)mahu pemimpin kerajaan yang baru dipilih di peringkat persekutuan dan negeri supaya mempunyai iltizam politik yang kuat untuk sentiasa memperbaiki dasar-dasar sosio-ekonomi.
Dalam satu kenyataan, Presiden ACCCIM, Datuk Lim Kok Cheong berkata membantu komuniti perniagaan, terutamanya sejumlah besar perusahaan kecil dan sederhana, adalah penting untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
Beliau juga menyeru agar semua janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya yang ditunaikan dan bagi kerajaan membina Malaysia yang lebih harmoni dan progresif dengan melaksanakan program-program transformasi sosio-ekonomi yang memberi manfaat semua kaum. - BERNAMA
Tuesday, 7 May 2013
HOT!!! CINA ADALAH PEMILIK SEBENAR TANAH MELAYU. JOM RISIK
PANAS!!! CINA ADALAH "PEMILIK SEBENAR TANAH MELAYU"..?

Belum lagi berjaya menjadi kerajaan tetapi sudah dakwa "We are rightful OWNER of the Country". North Malaysia ? (macam negara komunis North Korea).
Dan bacalah wahai Pribumi Melayu Semenanjung.. apa yang mereka tulis.. "REVOLUTION is not one night affair"..
Jadi apa kata Pribumi Melayu Semenanjung yang memangkah DAP sedangkan DAP tidak memangkah PAS dan PKR di kawasan cina?
Apa rasanya kamu pribumi Melayu Sememanjung apabila kamu menewaskan calon kaum kamu sendiri dengan memberikan undi kepada Pakatan DAP dikawasan Melayu?
"THIS IS NOT OVER YET" bagi kamu wahai pribumi Melayu Semenanjung yang menyokong pakatan DAP???
Dari pilihanraya kecil, prk sejak dulu sehinggalah pru sekarang, orang cina secara amnya telah menterjemahkan undi mereka, solid utk kaum mereka sahaja. Binalah berpuluh-puluh SRJK china, taburlah banyak mana pun duit cukai pun, mereka tetap ambil yg ditabur tapi kencing tetap kencing.
*sumber Kenn Voices Around
Majoriti Cina Kafir di Malaysia ini sudah nampak "JALAN" yang dijanjikan oleh DAP. Peluang HAK SAMA RATA yang dimahukan oleh etnik ultra kiasu ini telah dibuka luas oleh ANWAR IBRAHIM yang menjanjikan DEMOKRASI BEBAS seperti di Barat kepada semua warga Malaysia tidak kira anda kafir atau tidak.
Tahniah PAS... impian anda untuk melihat UMNO dikuburkan mungkin akan tercapai dengan bantuan para kafir harbi ini. Sejarah akan mencatatkan bahawa Melayu PAS telah bersama DAP memerangi saudara seakidah dan sebangsanya sendiri dari UMNO. Bangsat kamu fanatik PAS!
Sumber mediapermatangpauh
Monday, 6 May 2013
CHINESE TSUNAMI : PAS DITIPU DAP, UMNO DITIPU MCA!!! UMNO PAS BERGABUNGLAH UTK ISLAM!!!
CHINESE TSUNAMI: PAS DITIPU DAP, UMNO DITIPU MCA!!!

Pedih ke tak pedih, memang itulah yang berlaku!
TIDAK ADA CALON MCA yang bertanding di kawasan Cina pun yang menang kecuali di kawasan majoriti Melayu.
PAS HILANG BANYAK KERUSI kerana persekongkolan dengan DAP, sedangkan DAP pula meraih banyak kerusi kerana berjaya kudakan PAS.
PKR? Tak payah sebutlah... itu parti unik yang serba gormal dan menjadi kesayangan rakyat Selangor!
Sesiapa pun, termasuklah Perdana Menteri, Najib Abdul Razak tidak lagi dapat menafikan tentang CHINESE TSUNAMI yang teruk melanda PRU13. Dan kali ini, barangkali barulah masing-masing sedar bahawa golongan muda yang kali pertama dan kedua mengundi, lebih memilih parti-parti dari Pakatan Rakyat terutama sekali DAP berbanding MCA dan UMNO sendiri.
Barisan Nasional gagal mendapat majoriti dua pertiga atau mengekalkan majoriti 2008 kerana faktor pengundi Cina. Itu tidak dapat disangkal lagi. Ini bukanlah kenyataan RASIS tetapi itulah hakikatnya.
Selepas ini, berapa banyak lagi yang akan dihamburkan untuk mengambil hati Cina? Berapa banyak elemen Islam yang akan dilacurkan untuk menyenangkan hati DAP? Dan berapa banyak pula kawasan Melayu-Bumiputera yang akan dikorbankan untuk memastikan kerajaan sedia hari mendapatkan undi dan pengaruh Cina pada PRU akan datang?
CHINESE TSUNAMI...
RED BEANS ARMY tajaan DAP telah berjaya sepenuhnya. Tidak sahaja berjaya membawa pengundi-pengundi muda Cina keluar mengundi dan memenangkan DAP dengan majoriti-majoriti yang sangat besar, tetapi juga berjaya mengalihkan otak Melayu-Bumiputera terutama dari golongan muda untuk menyokong DAP dan pada masa yang sama, melemahkan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Hilang sudah cerita Anwar Ibrahim nak jadi Perdana Menteri. Hilang juga cerita Hadi Awang yang sepatutnya jadi Perdana Menteri. Yang pasti, walaupun Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tak jadi Perdana Menteri kerana hanya menang 35 kerusi Parlimen, tetapi merekalah pemenang sebenar dan kejayaan kerja-kerja propaganda yang dilakukan oleh DAP dari tahun 2008 sehingga 2013, telah pun membuahkan hasil yang lumayan.
Gagal mengambilalih Johor, gagal mengambilalih Negeri Sembilan, gagal mengambilalih Perak dan gagal juga di Sabah, tidak akan mematahkan semangat DAP. Sebaliknya mereka akan bekerja lebih kuat dan lebih cerdik berbanding sekarang.
Kalau sebelum ini RED BEANS ARMY terdiri daripada budak-budak Cina, tidak mustahil kuota tersebut akan dikurangkan dan kemasukan lebih ramai budak-budak Melayu akan dibuat oleh DAP. Pastinya dengan kejayaan menang besar di Selangor dan Pulau Pinang, akan membolehkan dana lebih besar untuk kerja-kerja siber disalurkan sepertimana peruntukan RM25 juta yang diberikan oleh Pakatan Selangor untuk media baru, amat berbaloi dengan keputusan PRU13 di negeri itu.
Adakah UMNO pula akan terus bergantung dan berharap yang MCA akan menolong mereka lepas ini? Atau UMNO akan kekal melihat sahaja perbuatan Chua Soi Lek yang cuba memusnahkan Barisan Nasional dari dalam?
Cakaplah apa pun, yang pasti, PAS kena main dek DAP dan UMNO pula sah-sah kena saiko dengan Chua Soi Lek yang meletakkan calon-calon kalah bagi menjamin kedudukan politiknya.
Jangan sembang tentang RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI kerana rumah yang duk ada sekarang ni, TAK PERNAH SIAP-SIAP dan SENTIASA PERLU DITUKANG. Kalau tidak, akan berkuburlah Melayu-Bumiputera dan Islam di negara ini!!!
Sumber theflyingkick
IMPIAN KAMI ANAK MUDA. PAS BERSAMA UMNO KE PUTRAJAYA!!!
Indahnya PAS Bersama UMNO!
Sebagai kita umat islam,adalah kita saling memaafkan antara satu sama lain, alangkah indahnya PAS bersama dengan UMNO untuk memerintah Sebuah Tanah Air di Negara Islam?!

Aku sebagai anak muda, aku tak fikir UMNO pernah mengkhianati dan mengzalimi para muda mudi hari ini, semua terbela semua tersedia. Anak muda yang bersama PAS hari ini hanya dimomokkan kata-kata kecewa dari pemimpin PAS yang dahulu rasa berdendam dengan UMNO.
PAS jangan biarkan air amarah didalam diri pemimpin PAS terdahulu dan meracuni pemikiran kami anak muda. Negara ini akan kami ambil alih dari kalian, Mahukah kalian pergi meninggalkan kami dalam keadaan saling berdendam dan bermusuh musuhan sesama Islam?!

Sudah-sudah lah tu PAS, Hari ini Barisan Nasional masih kekal memerintah negara, PAS semakin nazak ditipu kafir harbi DAP.
Benar atau tidak?!Nilaikan..

PAS kian terhakis dipergunakan oleh DAP, Nak bersuara pun tidak berdaya!!!!
Sumber daengselili
Saturday, 4 May 2013
TERKINI!! KEDUTAAN ASING RAMAL BN MENANG BESAR PRU13.

Pilihanraya Malaysia kali ini nampaknya bukan sahaja penting untuk rakyat Malaysia, tetapi entah kenapa negara-negara asing juga begitu teruja menunggunya. Rata-rata, pilihanraya yang dikatakan ‘ibu segala pilihanraya’ ini dianggap sebagai ketibaan di dua persimpangan bertentangan di mana salah satunya akan mengubah segala-galanya, iaitu daripada landskap dan struktur asas negara ini.
Dari satu segi pula, pilihanraya ini hanyalah salah satu dari beberapa pilihanraya yang perlu dilalui oleh Barisan Nasional, iaitu pertandingan untuk mengekalkan kuasa. Dalam kata lain, PRU hanyalah satu platform untuk parti BN meneruskan khidmat tidak kira siapa pun pemimpinnya.
Namun, bagi PR ia adalah lebih dari itu. Bagi pemimpin-pemimpin PR, pilihanraya adalah sesuatu yang peribadi. Ini kerana, jika pemimpin BN bersilih ganti, pemimpin PR pula menyaksikan muka yang sama sejak berpuluh tahun dahulu. Maka, pemimpin-pemimpin PR ini bukan lagi bertanding kerana parti tetapi sebenarnya mempertaruhkan ‘hidup’ mereka sendiri.
Memandangkan mereka masing-masing sudah mencapai usia senja, maka slogan ‘Ini Kalilah’ dengan sendirinya memaparkan keterdesakan yang tidak tertahan-tahan lagi seolah-olah jika kali ini kalah juga, maka ‘matilah’ mereka.
Malangnya, kita mempunyai berita buruk untuk pemimpin-pemimpin PR ini iaitu berita yang didapati dari sumber dalaman mengenai ramalan PRU kali ini.
Nampaknya, lima dari kedutaan asing percaya bahawa BN akan menang sekali lagi dengan majoriti yang lebih besar dari PRU2008. Pihak asing yang berkata demikian ialah Kedutaan China, Taiwan, Indonesia, Jepun dan Amerika Syarikat.
Kita tahu bahawa pihak gereja Jerusalem di Israel ada menghantar perutusan khas dalam bentuk video sebagai pembakar semangat untuk PR menghadapi PRU. Malah, pihak gereja itu tampak begitu yakin dengan kemenangan PR dan telah meraikannya lebih awal dengan ‘menerima’ Malaysia kedalam ‘jemaah’ mereka untuk sama-sama menuju cahaya keberkatan ‘the Lord’.
Namun, mengambil prinsip demokrasi, ramalan satu pihak sahaja tentulah tidak boleh dipakai jika dibandingkan dengan ramalan 5 pihak kedutaan asing tadi.
Lagipun, selalunya ramalan pihak kedutaan asing boleh dipercayai kerana mereka tidak terlibat dengan sentimen rakyat Malaysia. Pihak asing juga tidak perlu membuat atau menyebar ramalan palsu kerana maklumat yang tepat adalah penting untuk mereka mengatur langkah seterusnya dalam hubungan dengan Malaysia terutama dari segi dagangan.
Justeru, kita harap pemimpin-pemimpin PR bersedia untuk menerima kekalahan ini dengan baik. Kita tidak dapat membantu memujuk hati mereka dengan menukar slogan kepada ‘Lain Kalilah’ kerana kita tahu dalam usia mereka kini, ungkapan ‘lain kali’ tentu saja tidak relevan.
Anwar sudah berkata jika beliau kalah, beliau akan bersara dan mengajar di Perancis, mungkin kerana Perancis baru sahaja meluluskan undang-undang kahwin sejenis. Manakala, Lim Kit Siang pula telah menyatakan bahawa beliau bersedia menerima ‘kematiannya’ sendiri di Gelang Patah. Nik Aziz pula….mungkin beliau akan ‘terbersara’ sendiri tanpa sedar, sekiranya beliau kalah di kawasannya kali ini. Maka tinggallah Hadi Awang. Tetapi Hadi Awang juga katanya rela menjadi nelayan sahaja asalkan Islam menang.
Dan kita pasti, Islam akan terus menang di bawah BN dan tiada siapa yang akan mampu mengganggu-gugat Kalimah Allah lagi sekiranya PR terkubur. Dengan jaminan ini, kita harap Hadi Awang tidak begitu gusar dengan ramalan kedutaan asing tersebut.
Anwar, Kit Siang dan Nik Aziz bagaimanapun terpaksa terus melayan kegusaran masing-masing sementara menunggu ‘hari perhitungan’. Seperti yang dikatakan tadi, kita faham betapa pentingnya PRU kali ini untuk mereka.
Maklumlah, seluruh hidup telah dihabiskan untuk mengabdikan diri kepada perebutan kuasa sehingga tidak sempat menikmati keindahan dunia. Saban hari terasa diri dalam neraka walaupun dihiburkan oleh China Doll, jambu-jambu atau anak-anak ikan, dan walaupun wang sudah berkoyan-koyan. Entah kenapa tiba-tiba menjelang PRU ini, hidup terasa seperti sia-sia, bukan?
Sumber suaragenerasibaru
MAGIK!!! ISU AIR SELANGOR : KHALID JUMPA SUMBER AIR UTK RAKYAT SELANGOR??!! MAI RISIK
Terdesak Takut Kalah PRU13, Khalid Sediakan Kolam “Magik”!

Memang Khalid Ibrahim pandai buat lawak pada PRU kali ini. Sudah hampir kehilangan kerusi Menteri Besar Selangor dan mungkin tewas teruk di DUN Pelabuhan Klang pun dia masih lagi ada “mood” nak berlawak jenaka…
Lawak terbaru Khalid menyaksikan dia bagaikan David Copperfield membuat “silap mata” apabila memberitahu media bahawa dia sudah jumpa sumber air mentah baru bagi mengatasi masalah gangguan air di Selangor.
“Hairan bin ajaib”! Dulu puas pakar air kata Selangor ada masalah air dan perlukan sumber air mentah baru untuk menyelesaikan masalah rakyat itu, tapi Khalid “tergagap-gagap” menegaskan tidak berlaku sebarang masalah air di negeri itu. Sekarang sudah “tukar”, kah?
Kenapa Khalid sebok cari sumber air baru? Dulu kenapa tak percaya pada pakar air? Selepas tidak berkuasa di Selangor baru Khalid nak sedar? Sudah hampir PRU ke-13 baru “terjumpa” idea nak dapatkan bekalan air mentah baru? Sudah terlambat…
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sudah dapat ilham untuk menyelamatkan kerusi empuk Khalid dengan membina sebuah kolam air takungan bagi menyimpan air sungai yang melimpah di waktu hujan.
Dalam bahasa mudah, Khalid nak gali kolam yang besar untuk menakung air sungai yang penuh setiap kali hujan turun di sekitar Sungai Selangor. Mana pergi HORAS, “storm water” dan kaedah teknologi membran yang Khalid kaji dengan peruntukan berpuluh juta ringgit wang rakyat itu?
Katanya, kolam yang dia nak bina itu boleh bekalkan sebanyak 2 bilion meter padu air setiap hari pada rakyat Selangor! Biar betul? Khalid sekarang sudah main angka “bilion” meter padu sehari? Tapi realistikkah kata-kata Khalid itu?
Khalid nak takung air dalam kolam. Kenapa idea ini tidak terbit keluar sejak mula disebut pakar tentang keperluan Selangor yang memerlukan sumber air baru? Sebab Khalid takut diketawakan dengan idea sebodoh itu?
Idea Khalid dan LUAS itu hanya boleh berkesan sekiranya di musim hujan. Tapi kalau di musim kemarau panjang bagaimana pula? Sejak setahun dua ini cuaca kurang menentu sehingga negara kita pernah mengalami kemarau selama lebih empat bulan.
Sekiranya kemarau teruk dan paras air di Sungai Selangor surut teruk, air dari manakah yang Khalid nak guna untuk penuhkan “swimming pool” dia itu? Dia nak penuhkan kolam itu dengan air liur dia, kah? Atau dia nak paksa LUAS angkut air lombong untuk diisi dalam kolam itu?
Kalau betul pun Khalid korek kolam besar itu dan isi air penuh-penuh, air mentah itu perlu dirawat terlebih dahulu sebelum disalurkan kepada rakyat, bukan? Untuk itu, Khalid meletakkan beban tersebut kepada loji rawatan air berhampiran Sungai Selangor di Bestari Jaya.
“Menarik” sangatlah idea Khalid itu! Loji “purba” itu mahu digunakan untuk memproses air mentah dari kolam itu? Dia nak jahanamkan loji itu, kah?
Khalid tahu atau tidak bahawa loji-loji sedia ada di seluruh Selangor itu semuanya telah dan sedang beroperasi melebihi kapasiti asal? Kalau kereta kancil yang enjinnya hanya 850cc, bolehkah kereta itu dipaksa berlumba dan bersaing dengan kereta lumba Ferrari?
Kalau Khalid nak pertingkatkan kapasiti operasi loji itu pun, sampai bila loji itu boleh bertahan? Boleh tidak kalau Khalid berfikir secara jangka panjang? Kalau akal cetek dan berfikiran jangka singkat begini, tidak hairanlah jika Selangor dikatakan mundur ke belakang di bawah pentadbirannya!
Sudah-sudahlah Khalid, janganlah taburi janji manis lagi. Sudahlah gagal selesaikan masalah air di Selangor ketika dia berkuasa, malah dia betul-betul “muka tembok” apabila sanggup hadir merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2013 baru-baru ini.
Sekiranya dia ada rasa malu, saya yakin dia takkan berani tunjuk muka di majlis yang berkaitan dengan “air” di Selangor. Tapi mungkin menyedari dia tidak ada peluang menang di DUN Pelabuhan Klang, maka dia terpaksa tahan “muka tebal” dan umumkan “magik” di saat-saat genting ini.
Kalau nak tahu, itulah sikap Khalid Ibrahim, seorang ahli politik “cap ayam” yang dilantik Pakatan Haram untuk mengetuai kerajaan negeri mereka di negeri termaju itu.
Kalau itulah calon terbaik Pakatan Haram Selangor untuk jadi Menteri Besar, mereka boleh sediakan kotak awal-awal untuk mengusung barang-barang peribadi keluar dari kompleks Kerajaan Negeri selepas PRU ke-13 ini. Kalau tak ada kotak, boleh pergi cari di belakang Tesco…
Labels:
DAP,
ISU AIR SELANGOR.,
KHALID IBRAHIM,
PAS,
PKR,
PR
Friday, 3 May 2013
TERHANGAT NEWS!! PAS AKAN TINGGALKAN PR SELEPAS PRU 13??!!! MAI RISIK..
Harun Taib Sahkan PAS Akan Keluar Pakatan Selepas PRU 13

Perbalahan di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat nampaknya semakin meruncing. Tindakan beberapa pemimpin mereka mengkritik malah menyeru penyokong PR agar jangan memberi undi kepada sekutu sendiri menjadikan pakatan itu berada di dalam terumbang-ambing.
Antara insiden yang menyebabkan PR bergolak teruk sepanjang tempoh berkempen ini termasuklah tindakan Haji Hadi menunjukkan penentangan keras terhadap PSM dan kemudiannya memberi sokongan kepada calon Bebas yang menentang PKR di Kuantan. Di celah-celah itu, PAS, melalui Haron Din membuat percubaan terakhir untuk meraih kembali sokongan Melayu dengan menegaskan kembali bahawa mereka tetap akan melaksanakan hudud jika menang.
Sehubungan dengan itu, sepantas kilat, Kit Siang, Guan Eng dan Karpal Singh menegaskan bahawa hudud tidak mungkin akan dilaksanakan oleh PR jika menang.
Haron Din dan PAS tidak berputus asa dan terus cuba menipu diri sendiri dengan membuat kenyataan kononnya DAP sebenarnya tidak menentang hudud. Namun, mereka tidak mampu menipu orang ramai. Kemuncaknya, Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor pula membuat kenyataan lantang agar menolak PAS untuk kesekian kalinya.
Tidak cukup dengan itu, di Permatang Pauh pula, PAS secara terang-terangan berkempen untuk calon BN.
Semua yang berlaku ini menyebabkan penyokong-penyokong PAS membara. Tekanan agar PAS keluar pakatan semakin kuat.
Memandangkan keadaan semakin tidak terkawal, akhirnya Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS membuat kenyataan memujuk ahli-ahlinya agar bersabar. Menurutnya, mereka sudah sampai di ambang pilihanraya dan tidak boleh berpatah balik. Maka, mereka harus meneruskan kerjasama dengan DAP, PKR dan PSM bagi memastikan kemenangan.
Selepas itu, barulah mereka akan ‘uruskan’ masalah perbalahan sesama sendiri, atau dalam kata lain, keluar pakatan.
Ini membuktikan sikap tidak bertanggungjawab di pihak Harun Taib atau PAS. Mana mungkin mereka terus bekerjasama dan berusaha untuk menang sedangkan hala tuju selepas kemenangan masih kelam? Untuk apa jika sekadar menang tetapi kemudiannya tercari-cari arah?
Dalam pilihanraya ini, rakyat perlu tahu, ‘apakah’ yang mereka undi.
Maknanya, apakah mereka mengundi hudud atau Malaysian Malaysia? Atau apakah mereka mengundi liberalisme? Mudah sahaja untuk menyuruh rakyat memangkah lambang parti masing-masing tetapi apakah parti tersebut akan mampu melaksanakan apa yang dirancang atau dijanjikan?
Sikap PAS mahupun PR secara keseluruhan yang mengambil mudah perbalahan sesama mereka adalah sesuatu yang amat merbahaya. Rakyat tidak boleh memberi kemenangan kepada parti yang tidak bertanggungjawab sehingga begini sekali. Bayangkan sekiranya menang, berapa lama pula mereka akan mengambil masa untuk menyelesaikan perbalahan sesama sendiri?
Apa yang lebih penting ialah, mungkinkah ada penyelesaiannya?
Sudah jelas kini bahawa PAS hanya ingin menang pilihanraya. Inilah matlamat mereka, iaitu untuk melampiaskan dendam yang membara terhadap UMNO. Biar apapun yang terjadi selepas menang, itu adalah cerita lain. Asalkan mereka boleh melihat UMNO tumbang, itu sudah cukup untuk membuat Harun Taib, Haron Din, Hadi Awang dan Nik Aziz merasa tenang.
Sumber suaragenerasibaru
WAJIB BACA!!! GEREJA JERUSALEM DOAKAN KEJAYAAN PAKATAN RAKYAT. KAWAN2 ANWAR KE?? JOM RISIK
Doa Khas Dari Gereja Jerusalem Untuk Kemenangan Pakatan Rakyat

Antara kata-kata ‘doa’ pihak gereja ialah ‘Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya’. Dan ‘kami akan membawa Malaysia bersama’ ‘tiada lagi kegelapan buat Malaysia’ dan lain-lain lagi.
Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan, ‘bakal kerajaan baru Malaysia’ seolah-olah kemenangan PR adalah sesuatu yang pasti. Mengikut mereka, ‘kerajaan baru’ inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan ‘Tuhan’.
Apabila video in meletup di laman-laman facebook sejak pagi tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS mengenainya. Seperti yang dijangka, mereka memilih untuk ‘tidak percaya’ daripada menyiasat dan memikirkannya. Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada mengakui kesilapan. Alasan biasa mereka ialah video telah diedit atau pihak gereja sengaja diupah oleh UMNO. Soalnya, jika UMNO ingin mengupah Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel adalah jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang jahat oleh itu Israel perlu dilihat menyokong PR.
Tentulah ini tidak masuk akal.
Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap PR, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh. Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar. Anwar juga pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel. Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk menafikannya?
Anwar juga yang telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel. BERSIH dan SUARAM, iaitu dua NGO yang begitu giat membantu Anwar dan Pakatan Rakyat juga telah mengakui menerima dana asing iaitu dari rangkaian George Soros yang turut menaja matlamat Zionis, yakni, Israel untuk menguasai dunia melalui misi pertukaran rejim.
Namun, apa yang wajar diberi perhatian serius ialah video tersebut lebih merupakan perutusan tahniah daripada perutusan doa semata-mata. Kenapa? Apakah sudah sah yang PR akan menang? Atau apakah mereka telah diberi maklumat palsu oleh agen di sini bahawa kononnya PR akan menang? Atau apakah PR akan memastikan mereka menang juga dalam PRU kali ini dengan apa jua cara, bersih atau kotor, depan atau belakang secara aman atau bermandi darah?
Kita mungkin tidak akan mampu untuk ‘memulihkan penglihatan’ atau ‘mengembalikan kewarasan’ saudara-saudara kita di dalam PAS dengan menyebarkan video ini tetapi kita boleh terus berusaha bagi mengelakkan segala kemungkinan buruk. Apapun perancangan musuh terhadap kita tidak akan berjaya jika kita tidak terpedaya dalam permainan mereka untuk melagakan kita sesama sendiri atau mengheret kita ke jalanraya untuk berdemonstrasi.
Pilihanraya kali ini bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan rakyat untuk berfikir. Sedarlah bahawa kita telah memasuki era baru di mana yang bijak sahaja yang akan selamat manakala yang masih ketinggalan di zaman jahiliah sibuk berfikir soal wanita serta dosa pahala orang akan ‘hilang’ secara perlahan-lahan.
Sumber suaragenerasibaru
Thursday, 2 May 2013
ADAKAH 13 MEI AKAN TERCETUS SEMULA?? JOM RISIK
Bibit-bibit 13 Mei Telah Bermula

Pilihanraya berdarah 1969 merupakan satu pengajaran keras yang tidak harus dan tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia. Orang yang bijak pasti tahu bahawa mereka yang melupakan sejarah akan terpaksa melalui yang sama berkali-kali.
Bagaimanapun, setelah bertahun berlalu dalam suasana aman dan makmur, segala trauma dari tragedi tersebut, walaupun tidak pernah dilupakan, mula kelihatan bagai sebuah mimpi yang ngeri.
Pun begitu `jauh di dalam minda kita, kita sentiasa waspada kalau-kalau sejarah itu berulang, terutamanya sejak pemecatan Anwar Ibrahim. Sejak pemecatannya, beliau terus mengancam negara ini dengan drama ganas setiap kali melihat ‘peluang’ untuk berbuat demikian. Dan setiap kali juga, drama itu menyegarkan kembali ingatan terhadap tragedi 13 Mei.
Reformasi, Bersih atau apa jua nama demonstrasi yang didalanginya, matlamatnya adalah jelas iaitu untuk mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan krisis. Kita pasti, sekiranya beliau kalah lagi dalam PRU kali ini, maka bagi Pakatan Rakyat, anarki adalah perlu untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri tercapai.
Beliau tahu bahawa impian tersebut tidak begitu sukar untuk dicapai dengan DAP, yang menjadi dalang utama tragedi 13 Mei, berada di pihaknya.
Mengimbas sejarahnya, tragedi tersebut tercetus apabila DAP tidak lagi mampu menyembunyikan warna sebenar mereka sebagai rasis dan chauvinis Cina. Sejak azali lagi, parti DAP lahir dan hidup atas kebencian terhadap Melayu, kerajaan, Sultan dan apa saja yang merujuk kepada perkara-perkara ini.
Sebelum pilihanraya 1969 yang diadakan pada 10 Mei, keadaan sudah pun mula tegang berikutan tempoh berkempen yang panjang iaitu 21 hari. Tempoh itu digunakan sepenuhnya oleh pembangkang (DAP, Gerakan dan PPP) untuk mempromosi perkauman, kebencian, prasangka, keraguan serta keangkuhan kerana kejayaan mereka menguasai ekonomi negara ini. Mereka juga menghina dan memperlekehkan Melayu yang ketinggalan jauh di belakang.
Bertitik tolak dari situ, keputusan PRU kemudiannya menyaksikan Perikatan kehilangan majoriti 2/3 iaitu pengurangan jumlah kerusi Parlimen dari 89 kepada hanya 66. Gabungan pembangkang Cina memenangi 25 kerusi manakala PAS 12.
Pembangkang menganggap keputusan tersebut sebagai kemenangan di pihak mereka, atau sekurang-kurangnya di Kuala Lumpur. Maka, pada 13 Mei, mereka pun mengadakan perarakan lengkap dengan penyapu yang diikat di kenderaan sebagai simbol ingin ‘menyapu bersih’ Melayu dari bandar itu. Mereka turut melaungkan kata-kata kesat dan mendabik dada bongkak terhadap Melayu.
Pertumpahan darah berlaku apabila mereka gagal mengawal diri dan berarak memasuki kawasan Melayu, iaitu Kampung Baru, untuk mempamerkan keangkuhan mereka. Jelas, mereka telah tersilap congak akan tahap kesabaran kaum Melayu yang selama ini dilihat lemah lembut dan suka mengalah. Mereka tidak menyangka bahawa kaum Melayu akan bangkit melawan mereka.
Dalam sekelip mata, Kuala Lumpur pun menyaksikan Cina dipancung, Melayu ditikam, rumah dibakar dengan sekeluarga di dalamnya, kereta dimusnahkan dan sebagainya. Dalam satu kejadian, kongsi gelap Cina telah mengarahkan semua kaum Cina keluar dari panggung wayang sebelum mereka masuk ke dalam dan membunuh semua Melayu. Keadaan huru-hara ini pantas merebak ke luar Kuala Lumpur terutama di bandar di mana terdapat ramai kaum Cina.
Maka, darurat pun diisytiharkan di Kuala Lumpur. Pasukan keselamatan seramai 2000 dari Rejimen Askar Melayu DiRaja dan 3600 polis dikerahkan untuk mengawal keadaan. 300 keluarga Cina dipindahkan ke pusat pelarian di Stadium Merdeka dan beberapa tempat lain bagi memastikan keselamatan mereka.
Pada 16 Mei, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dengan perkenan YDP Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah diketuai oleh Tun Abd. Razak. Dengan Parlimen digantung, maka Mageran memegang kuasa tertinggi selama 18 bulan. Mageran telah memperkenalkan langkah keselamatan bagi memulihkan keadaan termasuk menubuhkan pasukan sukarelawan, tentera sempadan dan battalion pasukan polis. Keadaan pulih secara perlahan-lahan.
Laporan rasmi menunjukkan kematian berjumlah 196 orang, cedera 439, hilang 39 dan ditahan 9143. Bagaimanapun ramai yang percaya bahawa jumlah kematian adalah jauh lebih tinggi. Angka-angka lain yang signifikan dalam sejarah ini ialah jangka masa kempen yang panjang iaitu 21 hari, serta keganasan yang bermula pada hari ke-3 selepas pilihanraya.
Sehingga ke hari ini, DAP terus konsisten menuduh UMNO sebagai dalang dan sebagai rasis kerana masih mengingati tragedi itu.
Soalnya, bagaimana UMNO boleh melupakannya jika DAP masih lagi membawa sikap perkauman yang sama sejak 1969 sehingga kini? Bukankah jelas bahawa orang-orang yang bijak tidak akan melupakan sejarah?
Ia mungkin satu kebetulan bahawa Pilihanraya ke-13 ini yang digelar sebagai ‘ibu kepada semua pilihanraya’, diadakan dalam bulan yang sama iaitu bulan Mei. Tetapi, kejadian bom di ceramah, letupan di bilik gerakan, pukul dan belasah serta kata-kata kesat termasuk membangkitkan semangat perkauman yang sedang dilakukan oleh DAP tidak mungkin satu kebetulan. Malah, ia memperlihatkan seolah-olah semua ini adalah dirancang. Dalam kata lain, seolah-olah ada percubaan untuk mengulangi sejarah 13 Mei 1969.
Hanya beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan pembunuhan pegawai tinggi kastam dengan tembakan. Ia mungkin tiada kena mengena dengan pilihanraya, namun kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan.
Penggunaan bahan letupan dan pembunuh profesional bukanlah cara Malaysia. Malaysia mungkin telah melihat jenayah ganas tapi bukan dengan cara ini. Jenayah sebegini pastinya dirancang rapi dengan dana yang banyak.
Maka, berbalik kepada Anwar Ibrahim, Raja Drama yang mempunyai hubungan akrab dengan puak Neo-con. Pihak Neo-con sudah terdedah sebagai dalang di belakang kejatuhan beberapa pemimpin dan kerajaan di beberapa negara seawal 1940-an lagi. Objektifnya ialah menguasai sumber negara tersebut, lokasi yang strategik dan seterusnya memerintah dunia. Ini dilakukan melalui rangkaian yang kompleks dalam bentuk NGO, agen, alat dan boneka yang telah dilatih, dibentuk, ‘dicipta’ dan ‘dipasang’ di negara-negara sasaran.
Modus Operandi mereka adalah sama dengan strategi perjuangan Anwar iaitu memburukkan kerajaan sedia ada, mengadakan demonstrasi jalanan yang kemudiannya bertukar menjadi ganas.
Kita telah pun menyaksikan perkara yang sama berlaku di negara-negara Arab, yang mana dirujuk sebagai ‘Arab Spring’. Kerajaan negara itu jelas telah gagal menangani ‘serangan’ oleh NGO, agen dan alat-alat Neo-con yang menyamar sebagai pejuang kebebasan, pertubuhan hak asasi serta parti politik. Akibatnya, satu demi satu negara Arab jatuh dengan pantas, bagaikan kesan domino.
‘Arab Spring’ inilah yang menjadi impian Anwar dan beliau tidak pernah menyembunyikannya. Beberapa kali beliau dilaporkan menyebutnya di dalam wawancara dan kenyataan dalam media antarabangsa. Antaranya, Financial Times pada 13 Januari 2013, Anwar berkata “Malaysia Spring dalam persiapan untuk berlaku. PR pasti menang mana-mana pilihanraya yang bersih”. Pada 24 Februari 2013 di Bangkok, Inter Press Service melaporkan Anwar berkata “Arab Spring adalah berguna bagi dunia Islam.” Dan pada 15 April 2013, kepada US business Channel, CNBC, mungkin menyedari kenyataannya sebelum ini adalah ‘silap’, maka Anwar meringankan sedikit nadanya dengan berkata, “Peralihan dalam demokrasi dilakukan melalui pilihanraya maka kita tidak boleh membandingkan Malaysia dengan Timur Tengah atau Arab Spring”.
Dengan hakikat impian ‘Malaysia Spring’ Anwar, dan DAP yang sarat dengan kebencian yang meluap-luap, serta dengan PAS yang mengalami kecelaruan emosi, ekstremisme rambang dan kesetiaan buta tuli, ditambah lagi dengan dana yang tiada hadnya dari pihak Neo-Con, maka tidak mustahil bahawa pengulangan sejarah 13 Mei kini berada dalam pembikinan.
Jika difikirkan, slogan pembangkang sendiri, iaitu ‘Ini Kalilah’ dengan sendirinya menggambarkan maksud yang jauh lebih besar dari sekadar ‘sebuah pilihanraya yang paling penting’. ‘Ini Kalilah’ seolah-olah tiada pilihan, iaitu hanya sekali ini sahaja dan buat kesekian kalinya.
Oleh itu, bukanlah satu paranoia atau tokok tambah jika dikatakan bahawa keganasan yang berlaku dalam kempen pilihanraya kali ini hanyalah permulaannya. Satu keganasan yang jauh lebih besar dan serius dijangka berlaku pada hari pengundian, sepertimana yang didedahkan oleh bekas pemimpin DAP yang telah meninggalkan parti itu.
Tetapi jika kita melihat kembali sejarah 1969, hari ketiga selepas pilihanraya adalah hari yang benar-benar bahaya di mana kemenangan atau kekalahan boleh saja menjadi punca.
Adakah kita sudah bersedia?
Sumber suaragenerasibaru
Wednesday, 1 May 2013
LAGI BONGKAR!! KEGELOJOHAN PR FITNAH SPR MAKAN DIRI, ADUYAI KANTOI LAGI.
Kegelojohan Pakatan Rakyat Fitnah SPR Makan Diri Lagi #TolakPR #GE13


Kegelojohan Pakatan Rakyat untuk menyerang SPR sekali lagi memakan diri. Sejak awal pagi lagi Pakatan Rakyat dengan sistematik telah menyerang Media Sosial dengan pelbagai fitnah berkenaan penggunaaan dakwat kekal. Pelbagai gambar dan video telah dimuat naik ke dalam laman sosial yang kononnya menunjukkan bahawa dakwat tersebut boleh dibasuh dengan mudahnya.
Malahan ada satu gambar yang dimuat naik ke dalam laman Facebok menunjukkan kononnya mereka telah membasuh jari mereka dengan mudah sekali. Tapi yang lucunya, jam pada tangan salah srg “pengundi awal” tersebut menunjukkan pukul 7.55 pagi.dan 8.00 pagi ni pusat pengundian awal baru nak buka rasanya. Aduh, beginilah jadinya apabila terlalu fanatik hendak menabur fitnah pada SPR.
Salah seorang rakan Facebook yang mengundi awal hari ini telah memuat naik gambar jari beliau. Beliau telah menyatakan bahawa beliau telah mencuba untuk cuci jari beliau beberapa kali dengan pelbagai jenis sabun. Namun tidak berjaya. Nampak gaya Pakatan Rakyat telah gagal sekali lagi untuk menconteng arang pada SPR berkenaan dengan isu dakwat kekal
Inilah jadinya apabila Pakatan Rakyat sudah terlampau terdesak untuk menyerang SPR dan juga Barisan Nasional. Ironinya, penggunaan dakwat kekal ini adalah salah satu tuntutan Bersih yang mana SPR telah pertimbangkan. Sekarang mereka pula yang lantang menyerang SPR atas isu dakwat kekal. Bersedialah kawan-kawan dengan serangan-serangan sebegini yang akan terus dibuat oleh Pakatan Rakyat.
Ubah? Usahlah! Inikalilah? Lainkalilah!
+Facebook.png)
PESAN P/M : AGAK2 PUN NAK BUAT FITNAH, DAH TAHU KALAH BESAR MULALAH MENGGELEBAH KUNYIT.
Sumber suaragenerasibaru
Monday, 29 April 2013
PANAS !!! HUDUD TAK SESUAI - KHALID IBRAHIM
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memecahkan tembelang parti PKR apabila membuat kenyataan menolak Hudud yang dibawa PAS, dengan alasan dalam keadaan sekarang ia tidak membolehkan hukum Islam itu dilaksanakan.
Sedang pada sebelum ini serin mendakwa bahawa PAS berjuang untuk menegakkan hukum Islam namun seperti kebiasaanya rakan sekutu mereka dari parti komponen pakatan pembangkang, PKR dan DAP tetap bertegas dan tak henti-henti menolak pelaksanaan hukum itu.
Umpama orang yang bertepuk sebelah tangan, apabila Khalid bertegas mengatakan walaupun Hudud diterima sebagai salah satu prinsip pentadbiran Islam, namun Perlembagaan Persekutuan tidak akan membenarkannya. Apatah lagi ingin dilaksanakan bagi menghormati rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kelas masyarakat.
“Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, Hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam.
“Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang,” kata Abdul Khalid ketika ditanya oleh pihak wartawan semalam.
Bagi PAS untuk melaksanakan Hudud, mereka perlu melutut kepada PKR dan DAP kerana PAS tiada suara dalam PR. Mereka tidak akan menjadi parti utama dalam PR, peranan yang dimainkan hanya cukup sekadar sebagai pemerhati dan dijadikan alat dan kuda tunggangan semua pihak yang berkepentingan.
Pelaksanaan hukum Hudud telah diperjuangkan oleh PAS sebelum ini semenjak parti tersebut ditubuhkan. Setelah bersama PR, PAS tidak lagi mengangkat hukum Hudud sebagai isu utama dan lebih menumpukan kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Buku Jingga dikeluarkan oleh pakatan tersebut.
Datuk Dr Haron Din bagaimanapun yakin rakan PR akan menerima undang-undang hudud kerana DAP sanggup bertanding menggunakan simbol PAS jika simbol roket mereka tidak dibenarkan.
Lebih malang bila Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh turut menegaskan, keputusan awal parti itu untuk menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) tidak sama sekali bermakna yang mereka bersetuju untuk menerima Hukum Hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS di negara ini.
Kebenaran yang diberikan oleh PAS itu, kata Karpal tidak mengambarkan yang DAP telah berganjak daripada pendirian mereka untuk menolak Hudud.
Bercakap dalam satu sidang akhbar, Karpal sekali lagi menegaskan yang Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukannya sebuah negara Islam sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 1988.
“Pengenalan Hukum Hudud di negara ini akan menyebabkan sistem perundangan kita terbahagi kepada dua dan ini kita dapati sangat sukar untuk dilaksanakan dalam sebuah masyarakat majmuk,” ujarnya.
Kesimpulannya, Pas sebenarnya sedar bahawa selagi bersama dengan DAP dan PKR adalah musthil untuk mereka mengangkat ‘Hudud ala Pas’ di Malaysia. Namun atas faktor kuasa dan pangkat ia terpaksa dilakukan demi menipu pengundi bahawa Pas tetap memperjuangkan Islam, walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.
Sumber suaragenerasibaru
Subscribe to:
Posts (Atom)