Pages

Showing posts with label YAHUDI. Show all posts
Showing posts with label YAHUDI. Show all posts

Saturday, 4 May 2013

HOT!! BUKTI ISRAEL MAHUKAN KERAJAAN MALAYSIA DITUMBANGKAN


Bukti Israel Mahu Kerajaan Malaysia diTumbangkan

Video pembakar semangat yang ditujukan khas kepada Pakatan Rakyat oleh pihak gereja Jerusalem di Israel terus menjadi perbualan rakyat. Akibatnya, jenuhlah penceramah-penceramah PR menepisnya dengan berbagai alasan konon diedit atau dan ‘dicipta’ oleh UMNO. Mereka juga mula memainkan kembali isu APCO secara besar-besaran bagi mengalihkan isu tersebut.

Jelas, PR sudah panik. Video tersebut sebenarnya bukan untuk tontonan umum tetapi hanya untuk sebahagian kecil pemimpin tertinggi PR saja. Namun, dengan kuasa Allah SWT ia tetap terlepas dan terdedah kepada umum. Mungkin juga kerana berkat doa solat hajat yang memohon agar kebenaran ditunjukkan.

Bukan sekali rakyat Malaysia dipertontonkan dengan bukti jelas mengenai siapa PR atau Anwar atau DAP mahupun PAS, tetapi sudah berkali-kali dan sudah bertahun-tahun. Walaupun mereka yang berdoa itu sendiri nampaknya enggan menerima kebenaran, tetapi kita bertuah kerana majoriti rakyat mampu menilainya lalu menolak mereka-mereka ini.

Ini sekali gus membawa kita kepada satu kesimpulan tentang kenapa pihak Israel begitu beria-ia dengan pilihanraya di Malaysia iaitu kerana Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang masih tidak mampu dikuasai mereka.

Sudah berpuluh tahun mereka mencuba dari berbagai arah, namun kita kekal sebagai negara yang bebas dan berdaulat dalam ertikata sebenarnya. Kita tidak perlu bergantung kepada kuasa besar secara keterlaluan dan kerana itulah kita mampu menghulurkan bantuan kepada Palestin dan saudara-saudara Islam kita yang tertindas. Kita juga tidak perlu bertoleransi dengan fahaman-fahaman liberal barat atau melonggarkan undang-undang yang berteraskan agama Islam semata-mata untuk ‘diterima’ oleh barat.

Maka kerana itu, Israel amat berdendam dengan Malaysia dan bersungguh-sungguh mendoakan kemenangan PR. Bukankah Allah SWT telah mengingatkan bahawa mereka tidak akan senang selagi kita tidak ‘bersama’ mereka? Tidakkah kita musykil dengan seruan mereka di dalam video tersebut turut berbunyi: ‘Malaysia bersama mereka’?

Bukankah segalanya sudah terlalu amat jelas kini? Masihkah kita ingin menafikannya?

Benar, video tersebut memaparkan sekumpulan Kristian, dan bukan Judaism iaitu agama kaum Yahudi. Namun, sedarlah bahawa kumpulan Zionis ini bergerak dalam berbagai bentuk.

Bayangkan, berapa ramai sahaja yang mampu ditarik oleh mereka sekiranya mereka bergiat atas nama ‘Judaism’? Sudah tentu ramai yang lari jika mereka mendakwahkan agama Judaism. Kristian adalah agama yang paling ramai penganutnya selepas Islam dan pertembungan Islam dan Kristian adalah sesuatu yang azali.

Memandangkan Islam dan Kristian terlalu dekat dari segi sejarah dan kepercayaan, maka tentulah lebih mudah untuk dikelirukan.

Memandangkan Injil dibenarkan diubahsuai mengikut keadaan tempat dan zaman, maka ia terdedah luas kepada hasutan syaitan yang membisikkan kesesatan sehingga akhirnya agama itu menjadi sesat sama sekali. Namun, beberapa pihak Kristian orthodox masih lagi berpegang kepada asas murni kemanusian, kemasyarakatan dan institusi kekeluargaan dan mereka inilah yang kuat menentang penerapan nilai-nilai liberal yang dipromosi oleh sekumpulan manusia yang dilaknat mengikut Al-Quran yang berasal-usul dari puak Yahudi.

Seperti juga Islam, Kristian turut menghadapi masalah dengan puak ini yang menyerap masuk ke dalam komuniti mereka lalu memusnahkan teras pegangan agama mereka dari dalam.

Penganut Kristian sendiri menghadapi masalah dengan kesesatan yang dibawa oleh pihak ini melalui berbagai-bagai cara atau ajaran baru. Oleh itu, kita melihat bagaimana penganut Kristian serata dunia turut bangun menentang fahaman liberal yang cuba diterapkan ke dalam masyarakat mereka. Di Eropah sendiri telah berkali-kali mereka berdemonstrasi secara besar-besaran menolak LGBT. Malah, di Amerika juga mereka bangkit mempersoalkan sikap beberapa pihak yang mengaku Kristian tetapi menterjemahkan Injil dengan menggantikan nama Tuhan mereka dengan kalimah ‘Allah’.

Maka, bukankah jelas terdapat satu usaha terancang secara besar-besaran untuk melagakan umat Islam dengan Kristian di samping menerapkan fahaman liberal kepada manusia sejagat?

Malaysia adalah bumi yang dilimpahi rahmat kerana Islam telah dirangkum sekali ke dalam perlembagaannya. Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang benar-benar memahami apa itu ‘kesederhanaan’ iaitu kita tidak terlalu ekstrem dan tidak juga membenarkan kebebasan yang keterlaluan. Malaysia juga berlaku adil kepada bukan Islam. Kesemua inilah yang membantu melonjakkan negara ini sebagai negara Islam yang sebenar, dan dihormati di seluruh dunia.

Dan inilah yang ingin diubah oleh Israel melalui Pakatan Rakyat. Justeru, kemenangan PR adalah kemenangan Israel. Fikirkanlah….

Friday, 3 May 2013

WAJIB BACA!!! GEREJA JERUSALEM DOAKAN KEJAYAAN PAKATAN RAKYAT. KAWAN2 ANWAR KE?? JOM RISIK



Doa Khas Dari Gereja Jerusalem Untuk Kemenangan Pakatan Rakyat

gereja doa pr Memang sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun terdedah dan tersebar di Youtube sebuah video yang dikirim kepada pihak pembangkang oleh Gereja Jurusalem di Israel bagi memberi semangat kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya ke-13. Video tersebut boleh didapati di https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=2xlCXo1ZgmY#at=276


Antara kata-kata ‘doa’ pihak gereja ialah ‘Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya’. Dan ‘kami akan membawa Malaysia bersama’ ‘tiada lagi kegelapan buat Malaysia’ dan lain-lain lagi.

Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan, ‘bakal kerajaan baru Malaysia’ seolah-olah kemenangan PR adalah sesuatu yang pasti. Mengikut mereka, ‘kerajaan baru’ inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan ‘Tuhan’.

Apabila video in meletup di laman-laman facebook sejak pagi tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS mengenainya. Seperti yang dijangka, mereka memilih untuk ‘tidak percaya’ daripada menyiasat dan memikirkannya. Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada mengakui kesilapan. Alasan biasa mereka ialah video telah diedit atau pihak gereja sengaja diupah oleh UMNO. Soalnya, jika UMNO ingin mengupah Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel adalah jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang jahat oleh itu Israel perlu dilihat menyokong PR.

Tentulah ini tidak masuk akal.

Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap PR, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh. Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar. Anwar juga pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel. Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk menafikannya?

Anwar juga yang telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel. BERSIH dan SUARAM, iaitu dua NGO yang begitu giat membantu Anwar dan Pakatan Rakyat juga telah mengakui menerima dana asing iaitu dari rangkaian George Soros yang turut menaja matlamat Zionis, yakni, Israel untuk menguasai dunia melalui misi pertukaran rejim.

Namun, apa yang wajar diberi perhatian serius ialah video tersebut lebih merupakan perutusan tahniah daripada perutusan doa semata-mata. Kenapa? Apakah sudah sah yang PR akan menang? Atau apakah mereka telah diberi maklumat palsu oleh agen di sini bahawa kononnya PR akan menang? Atau apakah PR akan memastikan mereka menang juga dalam PRU kali ini dengan apa jua cara, bersih atau kotor, depan atau belakang secara aman atau bermandi darah?

Kita mungkin tidak akan mampu untuk ‘memulihkan penglihatan’ atau ‘mengembalikan kewarasan’ saudara-saudara kita di dalam PAS dengan menyebarkan video ini tetapi kita boleh terus berusaha bagi mengelakkan segala kemungkinan buruk. Apapun perancangan musuh terhadap kita tidak akan berjaya jika kita tidak terpedaya dalam permainan mereka untuk melagakan kita sesama sendiri atau mengheret kita ke jalanraya untuk berdemonstrasi.

Pilihanraya kali ini bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan rakyat untuk berfikir. Sedarlah bahawa kita telah memasuki era baru di mana yang bijak sahaja yang akan selamat manakala yang masih ketinggalan di zaman jahiliah sibuk berfikir soal wanita serta dosa pahala orang akan ‘hilang’ secara perlahan-lahan.

Sumber suaragenerasibaru

Thursday, 2 May 2013

BONGKAR!! ORION STRATEGIES PAKAR TAKTIKAL UTK SUARAM&PKR JATUHKAN KERAJAAN BN




Orion Strategies Rancang Untuk SUARAM, PKR Jatuhkan Kerajaan

Setelah teruk dibelasah di dalam media dan didedahkan kaitannya dengan dana kepunyaan penyangak matawang antarabangsa, George Soros, pertubuhan haram yang tidak berdaftar, Suaram kini menukar taktik dengan menggunakan seorang lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak atas matlamat dan agenda yang sama.

NGO baru yang bernama Dignity International tiba-tiba sahaja muncul sebagai tuan rumah kepada sidang media Suaram mengenai isu kapalselam Scorpene pada hari Selasa lalu.

Beribu pejabat di sebuah premis mewah di 8 Avenue, Petaling Jaya, NGO itu dilihat sebagai pelapis kepada Suaram.

Ini bermakna apabila Suaram tidak lagi beroperasi kerana ia tidak didaftar sebagai pertubuhan yang sah di sisi undang-undang, maka Dignity International secara otomatis akan mengambil alih fungsi dan tugasan organisasi tersebut.

Malahan slogan NGO baru itu, ‘All Human Rights – For All’ juga mirip kepada perjuangan Suaram yang berselindung di sebalik topeng hak asasi.

Seperti Suaram, Dignity International juga akan menjadi perkakas kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebagai alat untuk memburuk-burukkan kerajaan dan Perdana Menteri Dastuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Scorpene.

Melihat kepada keadaan ini, besar kemungkinan NGO baru ini juga mendapat dokongan kewangan besar daripada Soros melalui jaringan pertubuhan-pertubuhan luasnya di seluruh dunia.

Apa pun Suaram dan Dignity International adalah gerakan sama yang berbeza hanya pada nama tetapi tetap didokong oleh Zionis-Yahudi antarabangsa.

Hubungkait yang rapat antara Pengarah Eksekutif Suaram dengan firm pelobi Israel bernama Orion Strategies telah didedahkan oleh sebuah portal berita pro-pembangkang baru-baru ini.

Walaupun Cynthia membuat penafian bahawa beliau tidak mengenali firma pelobi Yahudi itu atau mempunyai apa-apa hubungan namun butiran emel yang dihantar oleh seorang kakitangan Orion Strategies membongkar hakikat sebaliknya.

Jika benar Orion Strategies telah diupah untuk membantu Suaram menjalankan gerakan liciknya untuk menumbangkan kerajaan, siapa pula yang membiayai segala kosnya?

Malah pihak mana pula yang membayar Orion Strategies untuk menyusun siri mesyuarat dengan ahli-ahli Kongres Amerika Syarikat bagi pihak Suaram dan sudah tentu jumlahnya bukan sedikit.

Mengapa Cynthia cuba membuat penafian apabila fakta mengenai usaha Orion Strategies untuk mengadakan pertemuan beliau dengan beberapa ahli kongres Amerika Syarikat terserlah di dalam siri emel yang dihantar firma tersebut?

Disebabkan Suaram menerima dana daripada jaringan pertubuhan Yahudi sedunia pertubuhan itu tidak boleh lari daripada bekerjasama dangan mana-mana badan yang membawa agenda Zionis termasuk Orion Strategies.

Firma yang amat pro-Israel dan Zionisme ini pernah menjalankan kempen memburuk-buruk Presiden Obama kerana mendakwa sikap beliau yang tidak menyokong negara Yahudi itu sepenuh hati.

Mungkin elok diminta penjelasan mengenai pendirian Suaram mengenai Israel terutama setelah badan itu menjalin hubungan rahsia dengan sebuah firma pelobi Israel.

Di dalam emel iti disebutkan juga Cynthia bersama Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian yang merupakan satu lagi antek gerakan Zionis-Yahudi, telah dijemput untuk memberi ceramah mengenai iklim politik Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

Ceramah itu dikatakan akan memberi fokus kepada kemungkinan berlakunya kekacauan semasa kempen PRU13.

Ini jelas membuktikan hubungkait pihak pembangkang untuk mencetuskan keadaan huru hara di Malaysia bagi mengoncangkan kestabilan politik negara serta menjayakan agenda Anwar untuk merampas Putrajaya.

Dalam hal ini pihak mana pula yang membiayai kos perjalanan, penempatan, makan minum Cynthia dan Ibrahim semasa berada di washington?

Adakah ini pertama kali Orion Strategies melakukan kerja-kerja perundingan bagi pihak Suaram atau kerjasama antara Suaram dan firma tersebut sudah berjalan sekian lama secara sulit?

Adakah Orion Strategies juga mempunyai kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana melihat reaksi melenting Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli apabila diajukan soalan tersebut, kemungkinan besar PKR adalah perancang kepada hubungan Suaram dan firma itu.

Dalam isu kapal selam Scorpene adakah Orion Strategies memainkan peranan sebagai perancang strategi untuk memfitnah kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri?

Disebabkan Suaram telah membawa fitnah berkenaan isu Scorpene ke peringkat antarabangsa, sudah tentunya Orion Strategies juga berperanan untuk menasihati NGO tersebut dalam gerakannya untuk menjatuhkan kerajaan. terlibat dengan penyiasatan dalam apa jua bentuk berhubung isu kapalselam Scorpene?

Hakikat bahawa Suaram adalah alat PKR sementara parti itu pula adalah perkakas gerakan Zionis-Yahudi tidak boleh dinafikan lagi.

Selagi rakyat tidak menyedari kenyataan ini negara yang dicintai akan terus diancam oleh campur tangan kuasa asing untuk menentukan nasib rakyat dan tanah air.



PESAN P/M : PKR=AGEN YAHUDI, SUDAH TENTU IDEA FITNAH TERANCANG TERCETUS DARI ZIONIS UTK HURU HARAKAN NEGARA ISLAM SEDUNIA

Sumber suaragenerasibaru

Monday, 22 April 2013

LAGI BONGKAR!!! PENGLIBATAN ANWAR IBRAHIM & PKR DENGAN PELOBI YAHUDI DI US!!!




Kalau kita semua masih ingat, APCO pernah dijadikan senjata oleh Pakatan bagi menutup hubungan Ketua Umum mereka dengan Yahudi. Namun, isu itu reda apabila sibertruper BN dan media barat sendiri mendedahkan penglibatan dan hubungan Ketua Umum mereka dengan Yahudi-Zionis yang jauh lebih serius dan penuh kontroversi.


http://mymassa.blogspot.com/2010/12/renungan-petang-isnin-apco-milik-anwar.html


http://mymassa.blogspot.com/2010/05/isu-apco-anwar-dikecam-kerana-berpaling.html


Sehinggakan pernah satu ketika, dek kerana terlalu terdesak hendak mempertahankan Anwar, Presiden PAS sendiri, pengarang Amanat yang mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan kafir Zimmi dan inspirasi peristiwa Memali, terpaksa mengeluarkan fatwa yang menghalalkan membuat hubungan dengan Yahudi-Zionis.


http://mymassa.blogspot.com/2012/03/kenapa-pas-kata-halal-berniaga-dengan.html


Baru-baru ini timbul satu lagi bukti baru penglibatan Anwar Ibrahim dan PKR dengan pelobi Yahudi di US. Satu emel yang TERBOCOR, mendedahkan bahawa satu mesyuarat telah cuba diadakan di antara Orion Strategist dengan PKR bagi membantu parti tersebut memenangi PRU akan datang ini. Untuk rekod, Orion Strategist adalah satu syarikat perunding politik/pelobi milik Yahudi/US.





Leaked E-Mails Suggest PKR Hired Pro-Israeli Lobbyists in Washington

Wednesday, 03 April 2013







Parti Keadilan Rakyat has reportedly hired the services of a well known pro-Israeli lobbying and PR firm to promote the party in the United States.

Leaked e-mails, according to web portal FMT, suggest that PKR may have hired Orion Strategies to lobby on their behalf in Washington DC and to arrange meetings in Congress.

Most recently, according to FMT, the firm appears to have been trying to arrange a lobbying visit to Washington for party councilor and Suaram director Cynthia Gabriel. The trip was due to take place in mid-March but was postponed.

Orion Strategies represent numerous right-wing politicians in the U.S. and are also one of the fiercest defenders of the Israeli government. They are infamous for launching smear campaigns against American politicians deemed critical of the Jewish state.

Orion's Vice President, Michael Goldfarb, even launched a smear campaign against President Barack Obama during his re-election campaign last year, accusing the President of hanging out with critics of Israel.

Randy Scheunemann, a former advisor to U.S. Defense Secretary Donald Rumsfeld, heads Orion Strategies.

He earned notoriety for helping to establish the 'Committee for the Liberation of Iraq', which promoted the case for war in the U.S. media just prior to the invasion of Iraq in 2003 – a war that led to the deaths of 120,000 innocent Muslim civilians.

More recently, Scheunemann helped establish the 'Emergency Committee for Israel', a lobbying outfit which has close links to the hard right of Israeli politics and the Likud government of Prime Minister Benjamin Netanyahu.

The leaked documents, reported by FMT, suggest that Orion has been soliciting meetings with U.S. Congressmen and Senators for Gabriel, who was originally due to travel with Ibrahim Suffian of the Merdeka Centre.

Orion Strategies appear to have been briefing American politicians about the prospect of post-election violence and unrest in Malaysia.

Orion Strategies wrote that Gabriel would visit Washington to "discuss political developments in Malaysia prior to the upcoming parliamentary elections. Unresolved issues are threatening the integrity of Malaysia's electoral process and hold open the possibility, if not corrected, of plunging Malaysia into deep, post-electoral civil crisis."

Not surprisingly, PKR strategy director Rafizi Ramli has denied that his party hired any consultants, saying he never heard of Orion Strategies. "We believe that we have enough talent among our volunteers and leadership to spearhead the campaign on our own," he told FMT.

Anwar Ibrahim has previously been quick to condemn the Government for allegedly employ dirty tricks against his party. Now Rafizi is busy denying that Anwar or PKR would hire Washington lobbyists to employing the very same dirty tactics he claims to abhor. -https://www.thechoice.my/top-stories/64447-leaked-e-mails-suggest-pkr-hired-pro-israeli-lobbyists-in-washington

Lihat lagi bukti di bawah :


Nampaknya Anwar akan menggunakan segala macam cara yang boleh difikirkannya untuk memastikan dirinya dapat dinobatkan sebagai PM Malaysia selepas PRU ini. Setelah rancangannya untuk mewujudkan kucar-kacir dalam negara bermula di Sabah gagal, Anwar kini kembali kepada pendokongnya selama ini, iaitu pelobi Yahudi di US. Inilah yang dikatakan sebagai matlamat menghalalkan cara, walaupun menggunakan penyembelih umat Islam Palestin untuk menumbangkan sebuah Kerajaan Islam, namun ianya tidak menjadi satu kesalahan buat Anwar. Asalkan kuasa mutlak dapat dikecapinya selepas PRU ini.

Namun, seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, Allah SWT itu Maha Berkuasa. Walau sehebat mana sekalipun perancangan musuh-musuh Islam, namun ianya tetap tidak akan dapat mengatasi Qada' dan Qadar yang telah Allah SWT tetapkan. Anda semua boleh lihat sendiri, satu persatu perancangan jahat PKR dan Pakatan terdedah dengan sendiri tanpa perlu usaha keras UMNO. Ini semua bagi membuatkan kita semua berfikir dan memudahkan kita membuat pilihan PRU nanti. Pilihlah dengan nikmat akal yang telah Allah SWT berikan, dan janganlah menjadikan tangan-tangan kita sendiri sebagai penghancur masa depan anak-anak kita dan negara!

Pesan P.M : BUKTI DEPAN MATA TERANG LAGI BERSULUH, BICARA TANPA FAKTA    SERUPA MANUSIA TANPA ILMU, AKAL ALLAH BERIKAN UTK MENTAFSIR MENILAI..BERFIKIR DENGAN BIJAK.

Sumber mymassa thechoice

Sunday, 31 March 2013

BONGKAR!!! RAJA APA...RAJA DANA ASING..INI BUKTINYA!!!



Apa lagi yang mahu dinafikan oleh manusia bernama Anwar Ibrahim. Semuanya telah jelas sumber kekuatan kewangan datangnya dari luar atau ertikata mudahnya dana asing. Dana-dana asing masuk dengan pelbagai tujuan diantaranya adalah untuk menyebarkan fahaman Islam Liberal ke Malaysia.

Dana dari CIA dimasukkan melalui yayasan Kristian Jerman termasuklah Konrad Adenauer Stiftung (KAS) sejak tahun 1980-an lagi. Yayasan ini telah menaja Institut Kajian Dasar (IKD) sejak dari awal penubuhan badan pemikir Anwar Ibrahim.

Fahaman pluralisme dan liberalisme ini akan tersebar secara meluas dinegara ini setelah Umno yang memperjuangkan Melayu Islam tewas. Selain itu, dana asing ini juga telah disalurkan kepada Anwar dan Pakatan Pembangkang menerusi beberapa agensi yang bernaung di bawah NED (National Endownment for Democracy) yang diwujudkan untuk menguasai negara-negara Islam seperti Malaysia.

Penyokong-penyokong pembangkang harus sedar, perkara ini bukan didedahkan oleh BN tapi oleh bekas-bekas jentera-jentera kanan Anwar itu sendiri. Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, beliau sendiri pernah dimaklumkan mengenai bantuan sebuah badan di AS yang menyalurkan wang kira-kira AS$100,000 (RM310,000) setiap bulan.

Menurut Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Zahid Md. Arip berkata, beliau juga pernah dimaklumkan bahawa dana pilihan raya parti itu pernah dibiayai oleh George Soros dan bantuan ini dipercayai sejak 1999 lagi.

Penyumbang dana asing itu ingin mengeksploitasikan sentimen pembangkang yang dibangkitkan oleh NGO, media alternatif dan parti politik untuk kepentingan mereka.

Penerima-penerima dana akan diperalat bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap parti pemerintah Barisan Nasional. Budaya menerima dana asing khususnya oleh pihak pembangkang akan membuatkan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama ini hilang sekelip mata.

Walau apa jua sebab dan alasan yang diberikan, penyaluran dana asing untuk menghuru-harakan negara adalah satu bentuk penjajahan moden.

Sekiranya parti tajaan dana asing itu memerintah, negara berada dalam situasi yang amat merbahaya kerana setiap dasar dan undang-undang digubal kerajaan akan ditentukan oleh pihak luar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...