Pages

Saturday 8 June 2013

PANAS!! TSUNAMI CINA : BN TIDAK ADIL PADA KAUM CINA??? YOK SIASAT





Sudah sebulan PRU13 berlalu meninggalkan kita. Sudah sebulan juga heboh diperkatakan tentang sokongan bangsa Cina yang sudah beralih arah kepada Pakatan Pembangkang walaupun pada sebelum PRU mereka menunjukkan sokongan yang sangat kuat kepada Barisan Nasional.

Keyakinan Perdana Menteri, DS Najib Razak terhadap bangsa yang memonopoli ekonomi negara ini ketika itu sangat tinggi. Apa sahaja yang mereka mahukan diberikan semata-mata untuk menjaga hati bangsa ini supaya terus kekal menyokong kepimpinan Barisan Nasional seterusnya membolehkan Barisan Nasional mengekalkan pemerintahan di Malaysia.

Justeru, apabila keputusan PRU13 diperolehi, realitinya tidak seperti apa yang diharapkan oleh kepimpinan Barisan Nasional. Rata-rata sokongan bangsa Cina pergi kepada Pakatan Pembangkang sehinggakan calon daripada bangsa Cina yang pertama kali bertanding di kawasan yang dahulunya di bawah pentadbiran Barisan Nasional berjaya memenangi kawasan tersebut sedangkan lawannya bukanlah sebarangan calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional.

“Sekiranya Barisan Nasional ingin meraih semula sokongan dan undian daripada kaum Cina, mereka perlu bersikap lebih adil dalam menunaikan tuntutan yang dibuat sebelum ini.”

Petikan kata-kata di atas telah diucapkan oleh Ketua MCA Bahagian Sabak Bernam, Datuk Kee Ah Kaw kepada wartawan selepas pembelotan bangsa Cina terbongkar. Keadilan yang bagaimana lagi harus diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada bangsa yang tidak pernah tahu bersyukur dengan kelebihan yang telah mereka perolehi di Malaysia ini?

Bangsa pendatang yang satu ketika dahulu dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk menjalankan kerja-kerja perlombongan kini mahu meminta itu dan ini termasuklah menjadi pemerintah negara. Adakah kesemua tuntutan mereka perlu diturutkan sedangkan bangsa yang lebih berhak pun tidak memperolehi kelebihan seperti yang telah diperolehi oleh bangsa Cina di Malaysia ini?

Ekonomi negara dimonopoli oleh bangsa Cina dengan kebanyakan perniagaan walaupun menipu menggunakan nama berunsur kemelayuan sebagai tektik mengaut keuntungan daripada pengguna. Kebanyakan syarikat swasta pula tidak memberikan peluang kepada bangsa Melayu untuk menjadi orang-orang besar di dalamnya melainkan hanya sebagai pekerja-pekerja rendah yang sewenangnya boleh diperkotak-katikkan oleh mereka.

Syarikat-syarikat hartanah juga kebanyakannya milik bangsa Cina dan syarikat inilah yang sebenarnya menekan rakyat dengan membina rumah-rumah mahal yang tidak mampu dimiliki oleh bangsa Melayu yang rata-ratanya berpendapatan rendah. Tidak cukup dengan itu, harga barang-barang pembinaan dinaikkan sesuka hati kerana bangsa mereka juga yang memonopoli bidang pemborongan untuk mengelakkan syarikat-syarikat pembinaan bumiputera menyaingi mereka dan yang dipersalahkan adalah kerajaan Barisan Nasional kononnya menyebabkan harga barang naik.

Mereka juga memonopoli pemborongan barangan makanan. Harga barangan makanan boleh sesuka hati dinaikkan oleh mereka ini dan seperti biasa tuduhan dilemparkan kepada kerajaan. Disebabkan untuk mengekalkan penguasaan mereka dalam semua bidang terutama makanan yang memberikan keuntungan semaksima mungkin kepada keturunan mereka, mereka telah sedaya-upaya mengganggu ladang ternakan lembu (NFC) yang diusahakan di bawah pembiayaan kerajaan.

Bangsa Cina selama ini sudah mendapat begitu banyak keistimewaan daripada kerajaan. Sebarang aktiviti ekonomi yang mereka lakukan tidak mendapat sekatan bahkan mendapat pengiktirafan daripada kerajaan. Justeru, apa lagi yang mereka rasakan tidak mendapat keadilan daripada kerajaan Barisan Nasional?

Sekolah-sekolah vernakular juga mendapat banyak peruntukan daripada kerajaan. Bahkan kawasan sekolah dan bangunan mereka sendiri kebanyakannya lebih cantik dan besar daripada sekolah bantuan penuh kerajaan. Adakah semua itu juga dikatakan tidak mendapat keadilan daripada kerajaan?

Sepatutnya bangsa Melayu Bumiputera sendiri yang bangkit mempertikaikan mengapakah begitu banyak keistimewaan dan kelebihan mereka dikurangkan semata-mata untuk kerajaan menjaga hati bangsa Cina dalam meneruskan kesinambungan politik Barisan Nasional di Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...