Pages

Tuesday 12 March 2013




KUALA LUMPUR 11 Mac – Komposer lagu Bo La Wei, Eddie Hamid hari ini
memberitahu akan tetap meneruskan perjuangannya untuk menyedarkan
 rakyat Kelantan walaupun menerima kritikan berterusan dari penyokong
 fanatik parti pembangkang.

Lagu Bo La Wei ciptaannya yang dimuat naik ke laman YouTube baru-baru ini,
menerima ratusan komen yang tidak berpuas hati dengan lirik lagu itu.

Menurut Eddie, sebagai anak Kelantan dia mahu menggunakan haknya untuk
membantu rakyat di negeri itu.

“Saya tidak takut dengan ugutan yang diterima, saya hanya melakukan perkara
betul.

“Menerima komen daripada mereka yang tidak berpuas hati, saya pasti ramai
lagi di luar sana yang bersetuju dengan saya,” katanya yang memberitahu makna
Bo La Wei sebagai cara untuk menerangkan sesuatu itu harus dihentikan.

Eddie juga memberitahu, dia kini dalam proses mencipta lagu khas buat
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berjudul Untukmu Najib.

Sumber KLIK utusan
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...