Lahad Datu: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini
mengumumkan pembentukan kawasan yang dikenali sebagai Kawasan
Keselamatan Khas Sabah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan
pantai timur negeri ini.
Beliau berkata, kawasan berkenaan merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.
"Kawasan Keselamatan Khas ini berpusat di Lahad Datu yang akan menjadi
pusat perintah yang menempatkan beberapa kabin sementara supaya ia dapat
berfungsi dengan segera," katanya pada sidang media selepas meninjau
dan mendengar taklimat berhubung Op Daulat di sini, hari ini.
Pada 1972, kerajaan pernah menubuhkan Rajang Area Security Command (RASCOM),
iaitu pasukan kawalan keselamatan di kawasan Rajang di Sarawak yang berjaya menghapus ancaman komunis di negeri itu.
Sumber KLIK
bharian
No comments:
Post a Comment