Pages

Monday, 4 March 2013

ISU LAHAD DATU - KESULTANAN SULU SEDIA BERUNDING TUNTUTAN KE ATAS SABAH DIIKTIRAF.


PHILIPPINES-MALAYSIA-CRIME-SECURITY-ISLAM
KUALA LUMPUR: Insiden keganasan di Sabah yang telah menyebabkan 22 kematian hanya akan tamat secara aman sekiranya Manila bersetuju dengan tuntutan pengikut Kiram yang mendakwa negeri utara Borneo itu adalah milik keturunan Sultan Sulu, lapor akhbar Filipina pada Ahad.

Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III berkata kepada Philippine Daily Inquirer/ beliau masih lagi membuka pintu rundingan dengan pentadbiran Aquino walaupun kerajaan Filipina itu menyebelahi kerajaan Malaysia.


“Rundingan masih belum terlambat kerana saya mengatakan semuanya masih terbuka,” kata Jamalul dipetik media Filipina di kediamannya di sana petang Ahad.
Jamalul yang mendakwa beliau merupakan keturunan diraja Sulu yang memiliki negeri Borneo itu dilaporkan berkata keluarganya hanya menuntut tanah mereka di Sabah.

Adik kepada Jamalul, Agbimuddin Kiram, dilaporkan mengetuai sekumpulan lelaki bersenjata sekitar 100 hingga 200 orang telah menceroboh Lahad Datu, Sabah, pada 9 Februari dan berakhir dengan pertempuran dengan pihak berkuasa Malaysia di tiga kawasan.

Portal Borneo Insider pula dilaporkan berkata Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai pembantu Pegawai Daerah Kudat ketika Tun Mustapha Harun menjadi Ketua Menteri Sabah.


Jamalul berkata kepada pemberita beliau pelik kenapa Filipina menyebelahi Malaysia.
“Kenapa tidak menyokong kami? Kami rakyat Filipina tetapi mereka menyokong Malaysia,” katanya.


Dia dilaporkan berkata penyokongnya menyeludup ke Sabah hanya mahukan penyelesaian terhadap tanah yang didakwa menjadi milik mereka.


“Ini bukan bahan jenaka. Ini masalah besar,” katanya kepada pemberita.
Jamalul berkata lagi bangsa Tausugs dan Filipina juga sedia mati untuk tujuan itu.


Sementara itu, anak perempuan Kiram, Jacel Kiram, dilaporkan berkata keluarganya mahu berjumpa dengan wakil dari Presiden Filipina, Presiden Benigno Aquino III, yang menjadi jurucakap kerajaan.


“Jika mereka serius, mereka patut duduk dan berbincang dengan kami tanpa melalui orang tengah.
“Ini isu nasional, malah isu antarabangsa. Kenapa tidak kerajaan berjumpa kami?,” katanya.


Jacel turut menadikan laporan Filipina bahawa pentadbiran Aquino telah menghantar wakil untuk berbincang dengan keluarga berkenaan dan mereka bercakap dengan Mujiv Hataman, yang menjadi pegawai bertugas dalam Wilayah Autonomi Muslim Mindanao.

Dia turut menggesa pengikut keluarga berkenaan untuk bertenang dan tidak melepaskan kemarahan mereka kepada kerajaan Malaysia yang menganggap mereka di Sabah sebagai “musuh”.
Dia turut mengingatkan Muslim Filipina bahawa rakyat Malaysia di negara berkenaan juga bukan musuh.

Sumber KLIK suaragenerasibaru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...