Pages

Saturday 9 March 2013

ISU LAHAD DATU : SABAH HAK MILIK KITA



Usah ada pihak pandang ringan iltizam kerajaan: Najib

Lahad Datu: Datuk Seri Najib menegaskan Sabah adalah hak milik Malaysia dan tidak ada mana-mana pihak boleh mempertikaikannya.

Justeru, Perdana Menteri memberi amaran supaya jangan ada pihak memandang ringan iltizam kerajaan menegakkan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.

“Kita akan mempertahankan kebenaran ini secara mutlak dengan kekuatan. Kedudukan Sabah sebagai wilayah Malaysia adalah berdasarkan aspek perundangan dan suara rakyat Sabah sendiri.

“Saya ingin memberi keyakinan khususnya kepada rakyat Malaysia di Sabah, dalam soal keselamatan dan kedaulatan, kerajaan akan lakukan apa saja untuk menjamin kedaulatan Sabah,” katanya pada sidang media selepas meninjau Ops Daulat, di Kampung Tanduo dekat sini, semalam.

Sumber KLIK bharian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...