Pages

Monday 25 March 2013

GEMPAR!!! KAZIM ELIAS DIUGUT BUNUH!!!


Dia pendakwah, dia sahabat dan dia guru berjiwa masyarakat.. Itulah sikap seorang seorang pendakwah bebas merangkap pemilik sebuah institusi Agama Islam. Bertempat di Manjoi Ipoh, Perak... Pusat kegiatan dakwahnya telah berkembang maju dan menjadi tumpuan masyarakat Islam tempatan.

Kita kenal dengan beliau yang suka berdendang lagu hindustan, lagu era 50'an, 60'an 70'an serta lagu balada masakini dalam usaha dakwahnya. Setiap bicara ilmiahnya sangat bermakna hinggakan program ceramahnya bersama Azhar Idrus mendapat perhatian semua orang.

Itulah dia insan yang bernama Ustaz Kazim Elias (UKE) , pengasas Baitul Mubaraqah.

Tapi sayang bila ada khabar mengatakan bahawa beliau mungkin bakal menghentikan usaha dakwahnya ekoran wujud satu tindakan agresif individu tak bertanggungjawab yang memberikan amaran kepada beliau menerusi objek yang disahkan cuka getah atau asid dihadapan pintu masuk madrasah Baitul Mubaraqah. Apakah wujud cubaan menyekat usaha dakwah fisabilillah beliau? UKE, juga sebelum ini pernah digelar anjing UMNO oleh pembangkang bahkan ada yang menuduh beliau menyebarkan dahwah sesat.

Kenapa mahu dihina pemimpin agama? Beliau sendiri mengecualikan diri beliau dari arena politik, tak perlu diminta atau dihalang..... Beliau berkecuali dalam hal ini..

Sebagai kelompok masyarakat islam, sanggup ke kita tengok usaha dakwah dihentikan oleh puak kafir berserban macam pembangkang ni? UKE digelar ustaz bertanduk, anjing UMNO dan pelbagai tohmahan lain... termasuk ugutan CUKA GETAH

Kesihatan beliau juga salah satu faktor beliau ingin undur diri.... Ayuh doakan kesihatan dan kesejahteraan Ustaz Kazim Elias.. Jazakallah...












Sumber parangpedang




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...