Pages

Saturday 23 March 2013

KEBEBASAN MEDIA ALA POYO PKR - "U ULANG I SAMAN", "CAN WE GET THE GUARD"



SELAMA hari ini pemimpin BN terutama di zaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, sering dicap sebagai anti kebebasan media. Isunya masa itu kalau tidak salah penulis berkaitan pengedaran Harakah yang sepatutnya kepada ahli PAS sahaja, tapi turut dijual bersama akhbar yang lain.

Sehingga pentadbiran bertukar ganti pun, dakwaan BN menyekat kebebasan media masih kedengaran, tak terkecuali di zaman ini dimana Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui kerajaan.

Pembangkang yang hari ini perjuangan mereka disambung Anwar Ibrahim, sering mendakwa akan memberi sepenuhnya kebebasan media sekiranya dpilih rakyat untuk menjadi kerajaan.

Tapi banyak kejadian membabitkan media sekarang ini membuktikan parti-parti pembangkang terutama PKR dan DAP hanya pandai bercakap mengenai kebebasan media tapi sebetulnya, depa sendiri pun tak boleh bertahan dengan soalan, terutama yang tidak sehaluan dengan perjuangan mereka.

Antara yang boleh disebut ialah pengharaman media-media seperti Utusan dan NST daripada menghadiri sidang DUN Pulau Pinang dan Kelantan, ugutan Anwar Ibrahim untuk menyaman wartawan, blogger Pakatan maki hamun wartawan dan terbaru, Rafizi Ramli pula nak menghalau wartawan yang bertanya soalan ‘panas’.

Ini semua rakyat boleh tengok di pautan-pautan yang disertakan kalau dakwa penulis tipulah.

Paling menonjol sudah tentulah gandingan ‘suami isteri’ ini, si Anwar dan Rafizi Ramli dalam mengendalikan soalan panas dari wartawan. Nampak sangat telinga tak tahan, macam mana kata nak beri kebebasan media?

Pandai komplen orang lain, rupanya dia lebih teruk lagi.

Apa pun yang dicakap orang mengenai kebebasan media dibawah pemerintahan kerajaan BN, tidak pernah kita dengar wartawan dihalau atau diugut untuk disaman. Atau macam yang dibuat blogger Pakatan nama tulang besi ini, cari gaduh dengan wartawan perempuan!!

Zaman Datuk Najib lagi best, wartawan Malaysiakini yang kelat dengan bau dubur Anwar pun dapat buat liputan di Perhimpunan Agung UMNO, dahsyat tak dahsyat.

Toksah gebang pasal kebebasan medialah kalau ada perkara-perkara macam ini berlaku. Ini belum lagi jadi kerajaan, kalau dah jadi kerajaan agaknya, wartawan yang tanya soalan ‘panas’ sikit akan dipenjarakan. Benda macam ini bukan mustahil, Anwar ada banyak rekod salah guna polis untuk kepentingan peribadinya.

Kalau wartawan itu tanya soalan yang boleh mecetuskan keganasan kaum atau menyalahgunakan media dimana dia bekerja untuk menyebarkan hasutan bersifat perkauman, itu wajar. Ini tanya soalan yang pada penulis sangat simple - kenapa saman orang itu saja, kenapa tak saman orang ini!!

Itupun payah nak jawab?

Rakyat perlu ingat, ini baru satu bab, ada banyak bab lagi dimana Pakatan ini janji macam-macam nak beri kebebasan. Kita bimbang dan kebimbangan itu berasas sebab sekarang pun dah nampak dah bercanggah sangat dengan apa yang dia selalu cakap.

Sumber KLIK mykmu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...