Keadaan cuaca mendung di petang Ahad
ini, seolah-olah turut meratapi kesedihan rakyat Malaysia keatas
tragedi pencerobohan bersenjata di Lahad Datu yang memakan masa hampir
sebulan. Ekoran tragedi itu juga, negara turut kehilangan 7 orang
parajurit dan pahlawan negara yang gugur demi mempertahankan kedaulatan
negara ini.
Ibu kota negara juga seolah sepi dengan
kunjungan mereka yang ingin mengambil kesempatan cuti di hujung minggu.
Rata-rata mengambil keputusan untuk duduk di rumah sambil menantikan
berita dan perkembangan terkini isu di Lahad Datu yang dikatakan telah
merebak ke kawasan sekitar.
Namun ia seoalah tidak memberi sembarang
erti kepada sebilangan penyokong dan pengikut pakatan pembangkang yang
tanpa peri kemanusian melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah demi
kerana kuasa politik.
Ada yang menyokong kenyataan Tian Chua
dengan mengatakan ia merupakan sandiwara kerajaan, ada juga yang
mengatakan pihak tentera hanya menyamar sebagai pemberontak dan paling
menyedihkan ada yang mengatakan pahlawan yang gugur itu adalah anjing
kerajaan.
Begitulah rendah dan hinanya akhlak
mereka yang mahu melihat semua isu agar dapat dipolitikkan, di saat
parajurit negara sedang berhempas pulas dan bergadai nyawa demi
memastikan rakyat dapat terus menikmati udara keamanan. Sedangkan di
saat ini, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan
kecenderungan politik sewajarnya bersatu hati dalam memastikan tergedi
berdarah ini dapat ditamatkan dengan segera.
Remuk hati kehibaan, bilamana melihat
luahan hati anak kecil yang mengatakan ayahnya telah mati dan ditanam
kerana telah dibom. Air mata seolah-olah tidak mampu ditahan dari
mengalir ketika melihat sayu dan sugulnya wajah isteri yang melihat
jenazah suami yang gugur.
Ayuh rakyat Malaysia, ketepikan seketika
sentimen politik kepartian, kerana ketika ini isteri, anak, ibu-bapa,
kaum keluarga dan sanak saudara mereka yang sedang bertugas amat
memerlukan sokongan dan dokongan rakyat Malaysia secara keseluruhan.
Jangan kita tambahkan lagi kedukaan keluarga mereka yang sedang meratapi
pemergian wira negara yang gugur dengan kenyataan-kenyataan yang biadap
dan kurang ajar.
Adalah penting, untuk rakyat Malaysia
agar bersatu hati dalam mendepani isu yang sedang melanda ini, bersama
kita berikan kekuatan semangat dan moral kepada parajurit yang sedang
bertugas. Tunjukkanlah walaupun untuk seketika semangat patriotik di
dalam diri sebagai balasan keatas pengorbanan mereka.
Itu belum lagi dikira dengan
penguna-penguna media sosial seperti Facebook dan Twitter yang secara
tiba-tiba menjadi pakar startegik dan operasi gerak gempur dengan
mempersoalkan kewajaran tindakan berkuasa. Pelbagai persoalan
dilemparkan dengan mempertikai tindakan yang diambil oleh pihak polis
dan tentera dalam berdepan dengan penceroboh bersenjata ini.
Mengapa tidak guna jet, macam mana boleh
bolo, mana pergi bom dan kelengkapan berat dan sebagainya adalah antara
persoalan yang dilemparkan kepada kerajaan? Pelbagai jawapan dituntut
seolah-olah apa yang berlaku di Lahad Datu itu adalah merupakan
permainan bola sepak. Sedangkan ia adalah antara perancangan dan
strategi perang yang seharusnya tidak perlu untuk didedahkan kepada
masyarakat umum. Ini bukan masa untuk seisi percambahan ilmu yang
mencari pendekatan terbaik yang perlu diambil. Sudah pasti pimpinan
tertinggi PDRM dan tentera sedar dan tahu akan apa yang perlu untuk
dilakukan, kerana setiap tindakan yang diambil adalah merupakan satu
risiko besar yang harus dipikul oleh parajurit yang sedang bertempur.
Buat rakyat Sabah, dinasihatkan juga
agar tidak memaklumkan atau berkongsi apa-apa isu berhubung pergerakan
pihak polis dan tentera. Ini kerana dikhuatiri, secara tidak langsung
akan memberikan gambaran dan maklumat kepada para penceroboh bersenjata
mengenai pergerakan dan pelan tindakan pihak keselamatan negara.
Sebarang tindakan yang diambil, walaupun
tanpa niat mungkin akan menyukarkan dan memburukkan lagi operasi pihak
keselamatan memburu saki-baki penceroboh bersenjata itu. Bersamalah kita
tunjukkan semangat solidariti dalam memastikan kedaulatan negara dan
keselamatan para pejuang kita.
Hentikan juga penyebaran khabar-khabar
angin yang belum dipastikan kesahihan maklumat tersebut. Seperti kata
cerdik pandai, janganlah menjadi sebahagian dari masalah, sekiranya kita
bukan sebahagian dari penyelesai masalah.
Sumber KLIK http://www.suaragenerasibaru.com/?p=71274
No comments:
Post a Comment