Pages

Tuesday, 26 March 2013

TUN M - JANGAN JADIKAN BUDAYA,MUSUH POLITIK SEHINGGA SANGGUP MEMBUNUH


KUALA LUMPUR: Bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh diharap tidak menjadi budaya Malaysia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbuka bekas ahli PAS seumur hidup, Zainol Ismail yang berhasrat bertemu Dr Mahathir untuk memohon maaf kerana pernah merancang membunuh bekas Perdana Menteri itu pada 1988.

"Saya pun tidak sedar ada ada perancangan hendak bunuh saya, sebab saya ini berjalan merata tempat serta tidak pernah rasa takut, sekarang ini baru tahu ada orang hendak bunuh saya.

"Saya tiada apa-apa, saya harap ini tidak menjadi budaya Malaysia. Di Malaysia kalau kita tidak bersetuju atau bermusuh dalam politik, tidaklah sampai tahap nak bunuh.

"Saya tiada masalah untuk maafkan dia, saya maaf orang lain juga kalau ada," kata Dr Mahathir kepada pemberita pada Forum Perdana 'Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam' di bangunan Parlimen hari ini.

Dr Mahathir menjadi anggota panel forum itu bersama bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Media tempatan hari ini melaporkan Zainol atau lebih dikenali sebagai CN Afghani, membuat pengakuan bahawa rancangan melakukan pembunuhan itu timbul, kerana terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang mendakwa Umno kafir. - BERNAMA


Sumber bharian

1 comment:

  1. Ketaksuban menjadikan akal kita menjadi jumud.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...