Pages

Tuesday 5 March 2013

Ektrimis PAS Perlu Dipantau.


Ancaman-Bunuh-Kerana-Keluar-PAS-618x410
Bernama menyiarkan berita bertajuk “Empat Ditahan Kerana Ugut Bunuh Anggota Yang Tinggalkan Parti”.

Mulanya penulis agak tertanya-tanya, melibatkan parti mana dengan parti mana dan mangsa dari parti mana pula.

Menurut laporan Bernama, 4 lelaki ditahan kerana bertindak ‘mencekik leher’ dan ‘mengugut bunuh’ seorang penyokong sebuah parti politik yang keluar parti itu untuk menyertai parti lain di Kampung Jerung Seberang, Wakaf Tapai di sini Isnin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang, mangsa yang berusia 53 tahun bersama isteri 50-an dan anak berada di rumah sebelum didatangi empat suspek yang tinggal di kampung sama lantas mengugut untuk membunuh dan membakar rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata kejadian berpunca apabila suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang mewakili 81 lagi penduduk menaikkan kain rentang berbunyi “Kami Penduduk Kampung Bukit Cempedak Sokong Parti Lain”.
Untuk membaca laporan penuh kejadian berkenaan bolehlah KLIK DISINI.

Berita ini benar-benar menjadi tanda tanya kepada penulis maka dibawa kepada perbincangan bersama rakan-rakan yang lain.

Kesemuanya mengandaikan bahawa mangsa yang dicekik dan diugut adalah dari parti PAS yang meninggalkan parti dan sertai UMNO.

Itulah andaian awal yang penulis dan rakan-rakan perolehi berdasarkan perbincangan sesama kami.
Maklum sahajalah, biasanya jika ahli UMNO yang melompat parti ianya sedikitpun tidak menjadi hal kerana tidak guna untuk bertindak kasar kerana ahli UMNO sentiasa menghormati pendirian dan keputusan sesiapa pun.

Berbeza jika hal ini berlaku kepada ahli parti PAS, kerana ahli parti PAS sangat sinonim dengan perbuatan ganas dan pakar dalam melakukan kehuru-haraan terutamanya unit amal PAS sendiri.
Ketaksuban ahli PAS amat ekstrim dan berbeza sekali.

Kita boleh lihat sendiri ketika kejadian Bersih 1, 2 dan juga Bersih 3.
Insiden Bersih akan kekal dalam sejarah negara kita biarpun banyak yang tidak enak untuk kita perdengarkan kepada generasi yang akan datang, namun sejarah tetap sejarah sepertimana kejadian berdarah 13 Mei 1969.

Memandangkan mangsa adalah berbangsa Melayu, maka menguatkan lagi andaian penulis bahawa insiden terbaru ini melibatkan parti PAS biarpun sebelum ini kita dengar kejadian ‘gangsterism’ didalam parti DAP setiap kali berlakunya akar umbi melompat parti atau memberontak kepada Dinasti Lim.
Rupanya telahan penulis amat benar sekali.

Mangsa yang dicekik dan diugut bunuh itu adalah antara yang mengepalai sekumpulan 80 orang penyokong PAS yang meninggalkan parti dan kemudiannya menyertai UMNO pada 5 Februari lalu.

Menurut laporan Utusan Malaysia Online yang dipetik dari Bernama, Ramli Abdullah, 53 (umur yang sama dengan mangsa kejadian cekik dan ugut bunuh) bersama 80 bekas penyokong tegar PAS yang lain dari Kampung Jerung Seberang dan Kampung Bukit Cempedak di Marang telah keluar parti dan menyertai UMNO.

Difahamkan, keputusan itu mereka buat kerana mereka amat tertarik dengan program transformasi dan program membantu rakyat terutamanya golongan miskin yang digarap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, program transformasi yang diwujudkan kerajaan benar-benar bertujuan membantu semua golongan terutama rakyat berpendapatan rendah selain memberi tumpuan kepada kemajuan negara.

“”Kami selama lebih 30 tahun menjadi pengikut Pas, tidak ada apa-apa pembangunan yang disediakan di kampung kami, malah keadaan kami semakin terpencil dan terasing,” katanya kepada pemberita.
80 pengikut dan penyokong setia PAS dari kedua-dua kampung berkenaan berikrar memberi sokongan penuh kepada UMNO serta menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Untuk membaca berita penuh, boleh KLIK DISINI.

Sikap ganas dalam penyokong PAS terutamanya yang taksub tidak menghairankan penulis, apatahlagi bagi mereka yang berdarah muda yang kerap mencetuskan kehuru-haraan didalam setiap demonstrasi jalanan yang dianjurkan pembangkang.

Setiap himpunan yang dianjurkan pembangkang hanya ‘aman’ didalam kertas namun tidak realitinya.
Bagi generasi yang bukan muda pula, ‘penyakit’ taksub mereka juga boleh tahan juga sehingga lupa yang kubur sudah melambai-lambai.

Keganasan dari ahli parti politik PAS bukanlah perkara baru kerana jika diselusuri sejarah negara kita, kejadian keganasan dan pemberontakan terburuk adalah kejadian berdarah Memali.
Amanat Abdul Hadi Awang merupakan punca kepada kejadian Memali.

Jika kita hendak membuat kesimpulan, boleh lah kita katakan bahawa ‘keganasan politik’ PAS ini adalah sesuatu yang boleh diwarisi dari generasi ke generasi, malah lebih baik dari ‘iman’ kerana keimanan tidak boleh diwarisi !

Jika ada yang hendak mengatakan kejadian Memali itu ‘cerita lama’, maka samalah kita menafikan sejarah negara.

Apa kata kita lihat pula kes pendedahan ADUN PAS Selinsing, Dr. Saiful yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang dalam keadaan memalukan (Dr. Saiful dengan seluar dalam manakala pasangan khalwatnya bertuala merah) didalam keretapi KTM Koch VIP.

Pendedahan ini dilakukan sekitar 4 tahun yang lepas.

Saksi kejadian, Ustaz Saidin (bekas pegawai keselamatan Nik Aziz) antara yang terlibat dalam menangkap ADUN PAS Selinsing itu bersama suami wanita yang sedang berkhalwat dengannya, pernah diserang dan ditetak hanya kerana ‘membuka mulut’ dan menceritakan kejadian penangkapan tersebut.
Malah ada yang cuba membunuh Ustaz Saidin dengan melanggar keretanya.
Bagi PAS, setiap kesalahan dan dosa penganutnya harus ditutup dan dilindungi waima walau terpaksa membunuh.

Manakala sekitar March 2012 pula, masihkah ada yang ingat insiden yang berlaku di Stadium Kuala Selangor ?

Bagaimana seorang Imam surau (ahli parti PAS) membaling batu kearah anak muda yang menunjukkan protes ketika ucapan Lim Guan Eng yang mana telah menyebabkan beberapa kereta disekitar parking berkenaan pecah cermin dan kemek.

Malah seorang orang awam dan juga seorang penyokong pembangkang juga cedera akibat balingan batu berkenaan.

Imam ini pula penulis kenal kerana Imam ini adalah mertua kepada sahabat penulis.
Tidak cukup dengan itu, seorang pemuda dari Persatuan Belia Wawasan yang sama-sama melaungkan protes turut dibelasah setengah mati oleh unit amal PAS dan pak-pak lebai PAS selepas diseret dari luar Stadium hingga dalam Stadium.

Kejadian ini segar dalam ingatan penulis kerana ketika kejadian berkenaan penulis berada disana dan sempat membuat liputan berita untuk kejadian berkenaan.

Malah penulis juga bersama mangsa di hospital sampai ke balai polis.
Apa yang penulis ceritakan diatas ini hanyalah beberapa contoh ‘ekstrim’ sahaja dan terlalu panjang jika nak diungkit satu demi satu.

Cukuplah setakat ini penulis nyatakan contoh-contoh keganasan ekstrim puak PAS ini.
Berbalik kepada cerita pokok berkaitan mangsa yang dicekik dan diugut bunuh serta rumahnya ingin dibakar, tidak harus dipandang ringan oleh penguatkuasa atau sesiapa sahaja.
Tindakan tegas harus diambil dan pencegahan perlu dilakukan serta mangsa perlu diberikan perlindungan.
Jika ianya PAS, apa sahaja tidak mustahil untuk berlaku…

Sumber KLIK http://www.suaragenerasibaru.com/?p=70610

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...