Pages

Sunday 24 March 2013

SUKAN : F1 VETTEL SAMBAR PETAK UTAMA DI LITAR SEPANG



SEPANG: Pemandu Jerman Sebastian Vettel menyambar petak pertama pada perlumbaan F1 Petronas Grand Prix Malaysia 2013 selepas mencatatkan masa terpantas sesi kelayakan di sini, Sabtu.

Pelumba pasukan Infiniti Red Bull Racing itu merakam masa satu minit 49.674 saat.

Pencapaian petak utama itu merupakan kedua berturut-turut selepas Grand Prix Australia di Melbourne, Ahad lepas.

Pelumba Brazil Felipe Massa (Scuderia Ferrari) menamatkan sesi kelayakan di tempat kedua dengan masa 1:50.587s diikuti rakan sepasukan Alonso Fernando (Sepanyol) dengan masa 1:50.727s.

Sumber KLIK suaragenerasibaru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...