Pages

Wednesday 6 March 2013

MUTAKHIR ! TINDAKAN OFENSIF: KIRA-KIRA 600 PENDUDUK DARI EMPAT KAMPUNG BERHAMPIRAN DIPINDAHKAN



LAHAD DATU: Kira-kira 600 orang dari empat buah kampung berhampiran Kampung Tanduo, di sini dipindahkan ke Dewan Embara, dekat sini susulan tindakan ofensif pasukan keselamatan menggempur kumpulan penceroboh dari Sulu hari ini.

Empat kampung berkenaan ialah Tanjung Labian, Tanagian, Sungai Bilis dan Lok Buani.
Ketua Masyarakat Kampung Tanjung Labian, Assafal Alian berkata mereka diarah oleh pasukan keselamatan supaya berpindah ke dewan itu sejak dua hari lalu dengan semua keperluan makanan disediakan, namun tidak dimaklumkan sehingga bila perlu berada di situ.


"Kami tiada masalah untuk tinggal di sini kerana yang penting keselamatan penduduk terjamin ketika operasi menggempur diadakan.

"Namun, kami amat berharap krisis pencerobohan di Kampung Tanduo dapat diselesaikan segera dan kami dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.

Suri rumah, Normisnah Ahmad dari Kampung Sungai Merah juga menyatakan harapan serupa supaya krisis pencerobohan di Kampung Tanduo berakhir segera agar dia bersama keluarganya dapat pulang ke rumah secepat mungkin.

Beliau turut berharap supaya kemudahan perubatan untuk penduduk yang berpindah ke dewan itu ditingkatkan. 
Sumber KLIK BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...