Pages

Saturday 9 March 2013

SUKAN : TMJ DIGANTUNG 6 BULAN




PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim digantung enam bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak dan didenda sebanyak RM18,000 keseluruhan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tindakan itu dibuat selepas Tunku Ismail mengkritik dan meluahkan perasaan tidak berpuas hati mengenai mutu pengadilan Liga Malaysia yang ditakrif berada di tahap amatur dan tidak berkualiti.

Sebelum ini Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi mangsa Artikel 88 Statut 2010-2014 FAM apabila digantung dua tahun enam bulan dan didenda RM39,000 kerana kesalahannya mengkritik badan induk itu.

Pada tahun lepas, Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, digantung dua setengah tahun kerana melanggar peraturan yang sama.

Sebelum itu, dua bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin RajaOmar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil menjadi ‘mangsa’ hukuman FAM berikutan kritikan mereka terhadap badan induk itu.

Sumber-Mstar Online KLIK suaragenerasibaru.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...