Pages

Sunday 10 March 2013

AZHAR IDRUS TAK PERCAYA ANWAR LIWAT SAIFUL



Didalam satu ceramah, pendakwah pro Pas Azhar Idrus mengatakan bahawa Saiful Bukhari Azlan harus dihukum kerana mengaku bahawa dirinya telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Menurut penceramah tersebut, Saiful Bukhari boleh dikategorikan sebagai bersalah kerana mengakui kesalahannya berbanding Anwar yang sehingga kini menafikan dakwaan meliwat pemuda itu dan telah dibebaskan oleh mahkamah diatas sebab teknikal.

Azhar Idrus juga menegaskan, sumpah laknat yang pernah dibuat oleh Saiful Bukhari sebenarnya tidak wujud didalam hukum Islam. Ia sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh seseorang itu bersalah kerana tiada saksi yang menyaksikan perbuatan (liwat) tersebut.

Selain itu, Azhar Idrus juga berkata beliau tidak percaya bahawa Anwar mampu meliwat Saiful Bukhari memandangkan usia Anwar yang jauh lebih tua dari pemuda itu.

"Bukan senang nak buat liwat ni.., Anwar umur berapa? 63 tahun lebih.. Saiful umur berapa? 20 tahun lebih.. Gagah, tubuh besar molek.. Ada pulak orang boleh liwat dia (Saiful)..? Tak masuk akal langsung.." kata Azahar Idrus dalam ceramahnya. ~ MPP News

Sumber KLIK mediapermatangpauh

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...