OPERASI Daulat atau Ops Daulat yang
dilancarkan ketiga-tiga cabang dalam Angkatan Tentera Malaysia dan
pasukan polis semalam, merupakan satu sejarah baru dalam bidang
peperangan di negara kita.
Walaupun pesawat pejuang pernah
digunakan untuk mengebom kedudukkan pengganas komunis semasa era
insurgensi dahulu tapi di era moden ini, inilah kali pertama pesawat
pejuang canggih negara seperti FA 18D Hornet dan Hawk 208 digunakan
untuk menghapuskan ancaman musuh.
Disamping itu, penggunaan pertama kali bom panduan laser atau biasa dipanggil Laser Guided Bomb (LGB) ini merupakan satu catatan baru dalam sejarah dalam bidang ketenteraan negara kita. Bom LGB Paveway seberat 500 paun yang digunakan semalam sebetulnya baru diperolehi pada 2011 dari syarikat Lockheed Martin, USA.
Bom ini sebenarnya tidak mampu memandu dirinya sendiri ke arah sasaran tanpa bantuan Ground LaserTarget Designation (GLTD).
GLTD ini biasanya hanya dioperasikan oleh pasukan khas tentera udara,
PASKAU yang perlu masuk ke dalam kawasan musuh untuk menandakan sasaran.
Dalam erti kata lain, sasaran tidak
ditanda secara rawak sehingga ia boleh tersasar seperti yang didakwa
ketua lanun Sulu, Azzumudie Kiram kepada abangnya, Jamalulail Kiram,
setengah jam selepas serangan udara bermula pada 4 Mac 2013.
Hanya kerana ia tidak mengenai dan
membunuh lanun-lanun Sulu tersebut, tidak bermaksud bom itu tersasar.
Bom itu tdak tersasar, cuma sasarannya bukan lanun Sulu seperti
jangkaan Azzumudie. Atau mungkin juga sasarannya mengena dan semua
lanun berkenaan hancur berkecai sehingga sukar dikenal pasti.
Persoalan ini bagi menjawab persoalan
ramai, pihak kenapa setakat ini pasukan keselamatan hanya berjaya
menjumpai mayat 12 lanun Sulu yang terbunuh dalam pertempuran dengan
pasukan Komando VAT69 pada Jumaat lepas, yang turut mengorbankan 2
anggota mereka dan mencederakan 3 yang lain.
Ingat, proses menggeledah oleh pasukan
khas keselamatan dari rumah ke rumah, masih belum selesai dan
sama-samalah kita berdoa agar semua lanun-lanun terbabit mati dan tidak
menyusahkan lagi rakyat negara kita.
Amin.
Sumber KLIK suaragenerasibaru
No comments:
Post a Comment