Manifesto Bukan Janji
Sehari dua ini terpampang didada
akhbar dan juga media sosial tentang manifesto Pakatan Rakyat. Manifesto
yang dikeluarkan pada hari mereka mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat
di SACC, Shah Alam Isnin yang lalu. Nampaknya belum sejuk lagi cerita
tentang manifesto yang mereka pertontonkan kepada orang ramai dengan
janji-janji yang belum pasti menjadi kenyataan.
Hasil dari ketelitian beberapa individu
termasuk rakyat yang sering menjadi pemerhati dan mengambil berat
tentang politik semasa, beberapa manifesto yang disenaraikan mempunyai
janji yang sama seperti dahulu yang mana belum tertunai,beberapa
manifesto juga tidak logik akal fikiran untuk mereka laksanakan, malah
ada satu manifesto bergambar gereja pada muka hadapan.
Gambar menceritakan segalanya. Gambar
yang menjadi bualan hangat pada hari ini ialah gereja. Sudah pasti
rakyat tertanya-tanya dan keliru, kenapa gereja disenaraikan? Beberapa
komen telah didapati, ada yang mengatakan Pegawai strategik, Rafizi
Ramli dengan sengaja meletakkan gambar gereja untuk menarik perhatian
pengundi Cina untuk menyokong DAP. Ada juga yang mengatakan bahawa PAS
hanya perlu dengar kata DAP dan PKR kerana manifesto kali ini PKR yang
buat demi kebaikan rakyat.
Apa juga komen dari pembaca, kita dapati
bahawa tiada pun hukum hudud dimasukkan dalam manifesto tersebut. Sudah
pasti pengikut PAS juga hairan dan tertanya-tanya dimana perjuangan PAS
selama ini? Hukum yang sering diperdebatkan di media-media. Pengikut
PAS terkedu dan kesepian apabila manifesto ini keluar. Malah ada yang
kecewa kerana belum PRU lagi, mereka sudah hilang semangat kerana apa
yang mereka perjuangkan selama ini tiada dalam manifesto. Lebih
menyedihkan, gambar gereja menjadi keutamaan.
Pasti kita dapat simpulkan bahawa apa
tujuan gambar gereja tersebut dalam manifesto Pakatan Rakyat bukan?
Dalam masa pemerintahan kerajaan sekarang, pembinaan gereja diminimumkan
dan ada hadnya. Masjid-masjid dibina dengan banyaknya dan kerajaan
mengutamakan rumah ibadat orang Islam. Tidakkah mereka sedari lagi
bahawa DAP yang ingin berkuasa memegang Malaysia, ingin menjadikan
negara ini seperti Singapura? Kononnya apabila Pakatan Rakyat menang,
lebih banyak gereja akan dibina. Kerana itulah pemimpin Keadilan
menerima tawaran DAP untuk membantu mereka mendapatkan kemenangan dalam
PRU ke 13 nanti. PAS terpaksa mengikut sahaja apa kata mereka.
Sesungguhnya manifesto Pakatan Rakyat
adalah janji kosong. Apa yang berlaku selama empat tahun di empat buah
negeri yang mereka pegang? Tiada kemajuan yang banyak malah manifesto
yang lalu tidak tertunai. Dalam setiap ceramah pakatan, mereka sering
mengatakan itu dan ini dan berjanji bermacam-macam kepada rakyat.
Seharusnya mereka mempunyai integriti untuk menjalankan ceramah
tersebut.
Mereka juga sering menyalahkan kerajaan
tentang kebebasan media. Sekiranya tidak bebas, bagaimana Harakah, Suara
Keadilan, Roketkini dan Siasah mengkritik dasardasar kerajaan sesuka
hati? Mereka juga tidak disekat dalam menyuarakan pendapat dan
ketidakpuasan hati mereka mengenai dasar-dasar kerajaan tanpa rasa takut
apa-apa kekangan. Sebenarnya kebebasa media telah lama diamalkan di
Malaysia, tetapi pembangkang hanya menyentuh mengenai perkara ini untuk
disesuaikan dengan perjuangan mereka.
Mereka memasukkan hak kebebasan media
hanya sebagai satu cara untuk merayu pengundi muda walaupun pembangkang
itu sendiri tidak percaya dalam kebebasan media. Rakyat sudah tahu
tentang mainan politik mereka. Kita seharusnya boleh berfikir secara
rasional tentang apa yang pembangkang sedang lakukan. Mereka juga tidak
pernah malu untuk merosakkan nama negara demi kepentingan politik
pemimpin mereka. Jangan gadaikan negara yang kita sayangi demi seorang
yang berkepentingan sendiri.
Sumber Klik http://www.suaragenerasibaru.com/?p=70650
No comments:
Post a Comment