Konvensyen Pakatan Gagal Dapat Sambutan, Bukti Penolakan Rakyat

Di saat ini, pimpinan pakatan
pembangkang sedang ‘pecah kepala’ memikirkan pelbagai cara dan kaedah
terbaik bagi memastikan rakyat dapat ditipu lagi dengan janji manis di
dalam ‘manifesto bukan janji’ yang telah di bentangkan
ketika konvensyen baru-baru ini. Ini kerana kegagalan mereka dalam
memastikan rakyat terpedaya dengan tawaran ‘manifesto bukan janji’ itu bakal menyebabkan percubaan mereka merampas Putrajaya gagal di realisasikan.
Namun di masa yang sama, mereka masih
merasa gentar apabila melihat kehadiran yang hadir ke konvensyen
tersebut tidak seperti yang diharapkan. Ia secara jelas memberikan mesej
bahawa perjuangan dan ideologi pakatan pembangkang belum diterima
masyarakat secara keseluruhan.
Konvensyen yang diadakan di Shah Alam
baru-baru ini, dikatakan hanya dihadiri sekitar 1000 – 1200 orang
sahaja. Berbanding laporan yang dikeluarkan oleh portal rasmi DAP, The
Rocket yang mengatakan ia di hadiri oleh hampir 3000 orang.
Dan sudah menjadi resam, buat portal dan
media pembangkang untuk ‘bermain’ dengan angka kehadiran setiap kali
program pembangkang diadakan, Ia bertujuan bagi menunjukkan kononnya
setiap kali pembangkang mengadakan program ia mendapat sambutan yang
hebat dari rakyat, walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.
Lebih menarik perhatian, bila portal
pembangkang Malaysiakini langsung tidak melaporkan jumlah kehadirin pada
program tersebut dan hanya memfokuskan kepada ‘manifesto bukan janji’ pakatan pembangkang yang dilancarkan sejurus selepas konvensyen tersebut diadakan.
Sekiranya benar, pendekatan dan ideologi
pakatan pembangkang mula mendapat tempat di hati sebilangan besar
pengundi dan masyarakat di negara ini, masakan program yang begitu
penting ini gagal menarik kehadiran puluhan ribu orang.
Berbalik kepada isu kehadiran,
rationalnya sekiranya kita melihat dari gambar yang di ambil dari
pemandangan atas ketika program yang diadakan itu berlangsung, jumlah
kehadiran yang diadakan itu tidak seperti yang dilaporkan.
Mari kita perhatikan dengan lebih
terpeinci lagi, dewan tempat berlangsungnya kovensyen tersebut hanya
mempunyai keluasan 408 meter persegi dengan ukuran 24m x 17m. Dan secara
dasarnya ia hanya mampu memuatkan kira-kira 730 buah kerusi sahaja.
Seterusnya melalui penelitian yang
dibuat terhadap gambar tersebut, kerusi para tetamu telah dibahagikan
kepada 5 bahagian. Di setiap bahagian pula mempunyai anggaran 20 baris
yang mana setiap satu baris mempunyai sekitar 12 kerusi. Dengan
pengiraan mudah 5 (bahagian) x 20 (baris) x 12 (unit kerusi setiap
baris), maka kita akan mendapat anggaran jumlah tempat duduk yang
disediakan hanyalah sekitar 1,200 orang sahaja.
Dan gambar keseluruhan program yang
diterima pula, menunjukkan dewan tersebut gagal dipenuhi dengan
kehadiran seperti yang dilaporkan. Namun sekiranya kita mempersoalkan
jumlah yang dinyatakan ini, sudah pasti mereka akan menjawab sebilangan
besar hadirin lagi berada di luar dewan.
Jawapan klise yang sering diterima dari
pimpinan pembangkang bagi menyokong hujah seperti yang dilakukan ketika
program kebangkitan rakyat, bersih dan sebagainya. Mungkin disebabkan
atas dasar ini, penurunan indeks kebebasan media di negara ini sedikit
menurun seperti yang dikeluarkan oleh Freedom House, ekoran dari
penipuan laporan yang sering dikeluarkan oleh media pembangkang.
Dan yang paling menghairankan, di mana
pakar matematik pakatan pembangkang, Prof Dr Shahrir Md Zain yang
sebelum ini membuat pengiraan berhubung kehadiran semasa program
himpunan yang lalu? Atau mungkin juga beliau tersilap letak ‘kalkulator’
(mesin kira-kira automatik) yang pernah digunakan sebelum ini.
Ia mungkin juga antara sebab mengapa
pakatan pembangkang enggan mengumumkan calon perdana menteri sekiranya
berjaya merampas kerajaan persekutuan kelak. Ia bagi mengelakkan
kemarahan pengikut dan penyokong mereka khususnya dari Pas terus menolak
Anwar sekaligus memberikan undi sabotaj kepada pakatan pembangkang.
Sumber Klik http://www.suaragenerasibaru.com/?p=70611
No comments:
Post a Comment