Pages

Showing posts with label Tun M. Show all posts
Showing posts with label Tun M. Show all posts

Sunday, 5 May 2013

“Pulau pandan jauh ke tengah Gunung daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik tak siapa peduli,” - Tun M


Bicara Isu Semasa Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad

IMG-20130501-WA0039
IMG-20130501-WA0017
IMG-20130501-WA0018
IMG-20130501-WA0020
IMG-20130501-WA0021
IMG-20130501-WA0022
IMG-20130501-WA0027
IMG-20130501-WA0029
IMG-20130501-WA0032
IMG-20130501-WA0035
IMG-20130501-WA0044

Shah Alam - Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah semalam tiba tepat jam 9.30 malam di Seksyen 6, Shah Alam bersama ribuan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur yang menyokong dan menanti beliau sejak 7.30 malam lagi.
Malam semalam adalah program Tun Mahathir bersama rakyat iaitu Bicara Isu Semasa bersama Tun Mahathir. Jelas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap beliau masih tetap utuh apabila melihatkan kehadiran ribuan rakyat datang memenuhi parkir awam Seksyen 6 Shah Alam.
Program bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan kemudian Tun Mahathir terus memulakan ucapan beliau.
‘Saya tidak akan tarik balik kenyataan apa yang saya kata. Lim Kit Siang memang seorang yang rasis. Dia suruh bagitahu kawan dia si Karpal tu. Suruh saya tarik balik. Saya nak tarik balik buat apa, dia memang rasis’ ulang Tun berkali-kali.
‘Selama 87 tahun saya dok bercakap. Saya nak tutup mulut macam mana saya memang dah tak boleh tutup mulut saya nak bercakap. Dia nak bawa saya ke mahkamah bawalah’ seloroh Tun Mahathir tetapi mempunyai maksud yang mendalam.
‘Lim Kit Siang ni dia ke Gelang Patah sebab dia ingat di Gelang Patah ramai pengundi Cina. Dia bergantung kepada perkauman. Dia hasut orang Cina supaya membenci orang Melayu.’
Tun Dr Mahathir mengakhiri ucapan beliau dengan sebuah pantun. Walaupun lari maksud dua baris terakhir tetapi ada maksud tersirat yang terlalu mendalam untuk kita fahami. Banyak jasa yang telah Barisan nasional lakukan untuk negara ini.
“Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik tak siapa peduli,”

Thursday, 2 May 2013

TERHANGAT!!! MAHATHIR PATUT MATI SAJA - ANWAR




Tun Mahathir Perlu ‘MATI SAJA’ – Anwar Ibrahim

Inilah dia peribadi paling mulia pemimpin yang ‘disanjung’ oleh pencacai pakatan diluar sana. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim baru-baru ini meminta agar Tun M berhenti dari turun berkempen untuk BN kerana menurut Anwar, Tun M sudah nak mati. Dalam satu ceramah di Segamat, Johor, ketua umum PR bertindak celupar dan melampau batas apabila beliau berkata Tun Mahathir patut “mati saja” daripada berkempen untuk BN.



Sekurang-kurangnya, jika Tun meninggal pun dia telah banyak berjasa demi agama, bangsa dan negara. Jadi ini semua kata-kata Anwar yang kalau dia mati, dia akan kempunan sebab tak dapat jadi PM.

Kami rakyat Malaysia yang tahu mengenang jasa dan khidmat Tun M sentiasa mendoakan agar Tun dilindung dan dirahmati Allah swt. Tun sentiasa dikurniakan kesihatan dan kekuatan yang setimpal untuk beliau.

Inilah dia, pemimpin yang nak dipilih oleh puak-puak PKR, pemimpin Islam yang mendoakan kematian dan keuzuran orang lain. Seharusnya, Anwar kena melihat dan menimbang balik dosa dan kesilapan yang pernah dilakukan beliau ketika berada di atas muka bumi ini.

Ini tidak, sibuk nak mencari kesilapan orang lain, membuat fitnah keatas UMNO dan memperlekehkan hukum Allah dengan ingin membawa pluralisme dan liberalisme dalam negara.

Benda yang haram pun nak dihalalkan, inilah Anwar. Tak terkejutlah dengan kenyataan Anwar kali ini, sudah pasti beliau masih berdendam dengan Tun M kerana beliau berjaya menumpaskan kerjaya licik Anwar dahulu dengan mengesannya lebih awal.

Tun juga yang mengheret Anwar masuk ke dalam penjara dan menjalani kehidupan sebagai seornag banduan. Jadi tidak mustahil adanya dendam Anwar kepada Bapa Permodenan negara yang satu ini.

Beliau juga yang lantang menyelar segala tindak tanduk Anwar dan mendedahkan masalah moraliti yang mengulit kehidupan dan peribadi calon bagi kerusi Permatang Pauh itu. Anwar pasti tidak suka dengan keadaan ini.

Anwar melihat Tun M sebagai individu yang menghalangnya untuk mara ke Putrajaya kerana orang tua bijak itu sudah tahu dan dapat memabaca segala taktik kotor beliau untuk mentadbir negara.

Tun M tahu bahawa Anwar bukan seorang pemimpin yang baik dan boleh menghancurkan negara dalam sekelip mata, sebab itu Anwar mahu Tun M mati. Sebab Anwar tak mahu segala apa yang dirancangnya selama ini boleh musnah dek kerana kepintaran dan kewarasan individu bernama Mahathir Mohamad ini.

So, boleh dikonklusikan di sini, Anwar sebenarnya tension sebab Tun M tahu segala gerak geri dia, dan inilah penghalang utamanya. Sebab itu dia berani cakap macam itu.

Ingatlah jasa Tun M kepada negara, kalau bukan kerana beliau, kita tidak akan sesenang dan semaju sekarang. Kalau dulu banyak tentangan yang dihadapinya, sekarang ramai yang bersyukur atas nikmat Allah yang ada melalui idea dan keberanian Mahathir membawa nama Malaysia ke mata dunia.

Anwar, sudah-sudahlah tu nak menyebar dakyah kamu. Mohon maaflah kepada semua yang oernah anda sakiti. Tidak semua orang kita boleh senangkan hatinya, tetapi sekurang-kurangnya cubalah berusaha untuk menyenangkan orang lain.

Sumber suaragenerasibaru

Sunday, 7 April 2013

MELECUR NEWS!!! TUN M MASIH SIMPAN SURAT WAN AZIZAH ?!!


Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.





Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.


Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.


"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.





"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.


Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.


"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya.

Temu bual bersama Tun Dr. Mahathir boleh diikuti dalam Mingguan Malaysia esok.

Sumber daengselili

Thursday, 4 April 2013

NILAI SECARA WARAS KETIKAPILIH KERAJAAN AGAR NEGARA TERUS STABIL - TUN M



SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia perlu menilai secara waras parti mana yang hendak dipilih pada pilihan raya bagi memastikan negara terus stabil.

Beliau berkata di Malaysia kini ada sistem dua parti, iaitu parti memerintah yang berbilang kaum dan berkongsi kuasa selama 55 tahun serta parti yang mencabar, juga mengamalkan perkongsian kuasa.

“Persoalannya, siapa yang layak memerintah negara ini? Saya buat penilaian (parti memerintah) yang sedia ada lebih faham konsep perkongsian daripada yang mencabar (pembangkang),” katanya semasa berucap pada Forum Kepimpinan Pendidikan 2013 anjuran Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Selangor, Jabatan Pelajaran Selangor dan Majlis Guru-Guru Besar Selangor di sini, Selasa.

Lebih 1,400 orang hadir pada acara yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor itu.

Dr Mahathir berkata pakatan pembangkang masih tidak sepakat dan bercanggah pendapat antara satu sama lain, sebaliknya parti memerintah telah bekerjasama selama 55 tahun serta faham masing-masing perlu melakukan pengorbanan untuk kesejahteraan negara. Beliau melahirkan kebimbangan Malaysia akan berdepan masalah jika parti politik dari pakatan pembangkang memerintah negara ini kerana kerajaan baharu biasanya tidak akan mengekalkan dasar kerajaan sekarang selain ingin menunjukkan kebolehan mencipta dasar sendiri.

Misalnya, mereka mungkin akan menukar dasar Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju, sedangkan hanya tinggal tujuh tahun lagi untuk mencapai sasaran, dan menggantikan ia dengan wawasan baharu, kata beliau.

Dr Mahathir berkata menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan baharu juga tidak semestinya akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik kerana kerajaan baharu yang memerintah tidak semestinya lebih bersih atau lebih baik daripada kerajaan sebelumnya.

Tidak semestinya kerajaan pengganti tidak akan mengamalkan rasuah kerana mereka mungkin hanya bersih pada peringkat permulaan pemerintahan tetapi apabila telah merasai kenikmatan berkuasa, tidak mustahil mereka juga akan rasuah atau lebih rasuah daripada kerajaan sebelumnya, katanya.-BERNAMA




Sumber suaragenerasibaru

Tuesday, 26 March 2013

TUN M - JANGAN JADIKAN BUDAYA,MUSUH POLITIK SEHINGGA SANGGUP MEMBUNUH


KUALA LUMPUR: Bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh diharap tidak menjadi budaya Malaysia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbuka bekas ahli PAS seumur hidup, Zainol Ismail yang berhasrat bertemu Dr Mahathir untuk memohon maaf kerana pernah merancang membunuh bekas Perdana Menteri itu pada 1988.

"Saya pun tidak sedar ada ada perancangan hendak bunuh saya, sebab saya ini berjalan merata tempat serta tidak pernah rasa takut, sekarang ini baru tahu ada orang hendak bunuh saya.

"Saya tiada apa-apa, saya harap ini tidak menjadi budaya Malaysia. Di Malaysia kalau kita tidak bersetuju atau bermusuh dalam politik, tidaklah sampai tahap nak bunuh.

"Saya tiada masalah untuk maafkan dia, saya maaf orang lain juga kalau ada," kata Dr Mahathir kepada pemberita pada Forum Perdana 'Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam' di bangunan Parlimen hari ini.

Dr Mahathir menjadi anggota panel forum itu bersama bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Media tempatan hari ini melaporkan Zainol atau lebih dikenali sebagai CN Afghani, membuat pengakuan bahawa rancangan melakukan pembunuhan itu timbul, kerana terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang mendakwa Umno kafir. - BERNAMA


Sumber bharian

Wednesday, 20 March 2013

MAHATHIR ADALAH DALANG SEBENAR INSIDEN LAHAD DATU?




Rata-rata panelis forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis terbabit.

Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah sejak awal tahun 80-an.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim dalam ucapannya mengakui, beliau pernah menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa semasa menjadi Ketua Daerah Sandakan.

Terlibat dalam Projek IC tanpa sedar, Hasnar berkata borang kosong terbabit kemudiannya disahkan dan dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum diubah menjadi sijil kelahiran.

Katanya, semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979 sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram.

“Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup. Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,” katanya di hadapan kira-kira 1, 000 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Beliau turut mengakui wujud pertemuan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Almarhum Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dengan 15 pegawai tertinggi kerajaan ketika itu termasuk Ketua Pengarah Imegresen, polis, dan Timbalan Ketua Pengarah JPN di pejabat Jabatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, semasa pertemuan itu Megat Junid memberitahu mereka Dr Mahathir sendiri meluluskannya dan mahu meminta RM 2 juta untuk kos projek terbabit.

“Berikutan itu saya ditahan ISA selama 59 hari namun tidak diseksa atau dipukul,” katanya yang juga pernah menjadi saksi penting kes petisyen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada tahun 1999.

Sementara itu, Siti Aminah Mahmud berkata dirinya tidak sedar terlibat dalam Projek IC di Sabah ketika menjadi ahli Umno dan bertugas di Pejabat Umno Bahagian Sembulan.

Katanya, pada tahun 1990 sehingga 1995 beliau membantu mendapatkan gambar dan cap jari pendatang asing untuk dihantar ke pejabat Umno.

“Saya tak tahu di mana mereka cetak kad pengenalan…saya bantu Umno di Sabah dan menambahkan undi Melayu,” katanya.

Beliau juga ditahan di bawah ISA dan disiasat selama 10 hari.

Turut hadir berucap pemimpin Sabah Datuk Kalakau Untol, ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid dan sasterawan negara Tan Sri A Samad Said

Sumber KLIK mediapermatangpauh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...