Pages

Sunday 14 April 2013

PANAS!! PAIP PECAH KHALID SALAHKAN BN !! GILO KE APO?!!




Adalah tidak adil untuk menyalahkan hujan lebat yang mengakibatkan hakisan teruk yang kemudiannya menyebabkan berlakunya insiden paip pecah di Kampung Melayu Batu Caves sehingga menyebabkan gangguan bekalan air kepada 500,000 penduduk di Selangor dan ibu negara.

Zuraida siap bagi amaran supaya SYABAS tidak gunakan taktik kotor putuskan bekalan air. Rasanya, hanya yang tolol gunakan alasan itu. Kalau SYABAS tutup bekalan air, syarikat itu nak berniaga apa???

Kata Zuraida alasan seperti paip pecah, rumah pam rosak dan sebagainya tidak timbul jika pihak SYABAS membuat pemeriksaan berkala serta menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dengan betul.

SYABAS sudah “berbuih mulut” cakap dan berkali-kali hantar kertas kerja bagi perancangan untuk menambahbaik prasarana air, tapi ditolak atas alasan penstrukturan semula. Malah permohonan Capex untuk buat penambahbaikan ini ditolak!

Oleh itu, apakah SYABAS wajar dipersalahkan kalau fasiliti mengalami masalah kerosakan dan sebagainya? Kalau tuan punya aset tak beri kebenaran, macam mana SYABAS nak buat kerja Zuraida?

Juga tidak wajar untuk menyalahkan syarikat konsesi air SYABAS, UMNO, Barisan Nasional (BN) atau Kerajaan Pusat berhubung kejadian tersebut yang bakal menjejaskan kehidupan di negeri dan wilayah termaju itu.

Pun begitu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini pernah menuduh bahawa UMNO atau BN akan melakukan sabotaj terhadap kepimpinannya dengan melakukan “gangguan-gangguan air secara terancang” pada musim pilihanraya kali ini. Logikkah tuduhan itu?

Sebetulnya, perancangan yang teliti dan bersifat jangka panjang dipercayai mampu mengelak dari insiden yang menyusahkan rakyat itu dari berlaku. Pengalaman dan “cakap serupa bikin” juga penting dalam “ilmu menguruskan industri air” di sesebuah negeri.



Sebagaimana yang kita maklum, perancangan yang teliti tanpa kos perlaksanaan tidak akan memberikan apa-apa kesan. SYABAS telah berkali-kali memohon suntikan Capex untuk melancarkan penyelenggaraan operasi industri air, tapi Khalid tolak mentah-mentah.

Oleh itu, SYABAS terpaksa beroperasi dengan kos syarikat itu miliki sahaja. Kalau paip perlu diganti baru, mungkin syarikat itu hanya mampu memperbaiki paip it saja. Duit tak cukup, bagaimana nak gantikan paip yang baru, bukan? Lagi pun tuan punya aset dah kata jangan!!

Kalaulah Khalid luluskan permohonan SYABAS itu, berkemungkinan besar insiden paip pecah itu tidak akan terjadi memandangkan syarikat tersebut mampu memastikan ketahanan tembok konkrit yang lebih lasak dan mampu menampung asakan air hujan di musim tengkujuh.

Selain itu, kerajaan negeri pimpinan Khalid juga enggan membenarkan rakyat Selangor mendapat bekalan sumber air mentah baru dari Pahang dan menghalang loji rawatan air, Langat 2, dibina oleh Kerajaan Pusat.

Sedangkan projek berkenaan merupakan sumber air yang bersifat jangka panjang dan dikaji secara holistik bagi menampung permintaan bekalan air yang meningkat tinggi pada setiap tahun.

Memandangkan perancangan rapi dan pelan jangka panjang yang menyeluruh itu ditolak oleh Khalid, maka sudah tentu ia akan menyebabkan krisis air di Selangor bertambah parah.

Antara ciri-ciri yang selalu diamalkan Khalid ialah “menuding jari pada pihak lain atas kesalahan yang dia lakukan sendiri”. Maklumlah, kalau longkang tersumbat depan rumah dia pun UMNO dipersalahkan…

Bagi menyelesaikan masalah air di Selangor, Khalid berusaha gigih untuk menstruktur semula industri itu. Kononnya dengan penstrukturan semula air di Selangor, maka rakyat tidak akan mengalami gangguan bekalan air lagi.

Khalid dalam “janji bukan janji”nya menegaskan bahawa dia akan memberikan saham air kepada rakyat negeri Selangor. Kononnya dia mahu “merakyatkan industri air” di negeri itu.

Persoalannya, apakah penstrukturan tersebut maka Khalid mampu menjamin bahawa rakyat tidak akan mengalami gangguan bekalan air nanti? Penstrukturan semula bukan penyelesaian krisis air, isunya adalah kekurangan air mentah dan air terawat, bukannya pengurusan air. Khalid cekap mengendalikan operasi air, kah? Dia pakar air dari universiti mana?

Padanlah rakyat Selangor marah padanya. Lain yang masalah yang dihadapi rakyat, lain pula yang dibuat Menteri Besar itu. Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 sudah dekat, tapi Khalid masih juga tak sedar dengan kesilapan diri sendiri?

Malangnya Khalid tidak mengambil iktibar daripada apa yang berlaku terhadapnya dan tanpa segan silu mahu rakyat Selangor memberi beliau kesempatan untuk sambung satu penggal lagi. Tapi sampai sekarang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mana yang nak tandingi, Khalid sendiri belum tahu.

Azmin Ali mungkin berpendapat tiada satu kerusi pun yang Khalid layak.

Mungkin kerana itulah Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini membayangkan bahawa Khalid mungkin tidak akan dilantik menjadi Menteri Besar sekali lagi jika Pakatan Rakyat bejaya mengekalkan kuasa di negeri itu.

Mungkin Wan Azizah sedar bahawa rakyat tak sukakan Khalid dan memberitahu rakyat untuk mengekalkan dia sebagai Menteri Besar Selangor mampu menjejaskan undi Pakatan Rakyat. Rakyat Selangor memang tak suka Khalid jadi Menteri Besar…

Sumber suaragenerasibaru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...