Pages

Saturday 6 April 2013

HOT!!! SEMBAHYANG ORANG UMNO TIDAK DAPAT PAHALA ??!



KOTA BHARU 4 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus mencetuskan kontroversi dengan mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu turut mendakwa UMNO menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan yang menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tidak dapat pahala, boleh pahala apa kalau tolak Islam.

"Kalau nak dapat pahala ikhlas ini bukan senang, hendak pahala ikhlas bagaimana kalau tolak Islam, Allah yang bawa turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan," katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Jambu, di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.

Pada 17 November tahun lalu, Nik Abdul Aziz dalam sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 mendakwa UMNO merupakan sebuah parti murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut berdoa kepada Allah SWT supaya menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa mengadakan solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Sumber theunspinners

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...