Pages

Sunday 21 April 2013

HOTTEST!!! AHLI PAS & DAP BANTAH PENGGUNAAN LOGO BULAN.

SUASANA meriah dapat dilihat dengan parti yang bertanding memasang poster dan bendera parti mereka di sepanjang Jalan Hospital, Kota Bharu, Kelantan
Penyokong PAS khuatir beri kesan buruk kepada perjuangan Islam


Anggota DAP anggap menjatuhkan maruah, imej kaum Cina

Kuala Lumpur: Keputusan PAS membenarkan DAP menggunakan simbol parti itu jika simbol roket ditolak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dikecam ahli kedua-dua parti itu.


Ahli PAS berpendapat sikap terlalu terbuka kepada DAP yang majoriti diwakili golongan cauvinis dikhuatiri berisiko membawa kesan buruk kepada perjuangan Islam parti itu.

Ahli DAP pula menyifatkan tindakan itu cuba merendahkan imej dan maruah, khususnya kaum Cina kerana PAS dan DAP adalah dua parti yang mempunyai ideologi berbeza.

Kelmarin, DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) memutuskan akan menggunakan simbol PAS bagi calonnya yang bertanding di Semenanjung dan simbol PKR di Sabah serta Sarawak.

Ia berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf pemegang jawatan DAP yang dibentuk pada pemilihan CEC parti itu pada 15 Disember tahun lalu. Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada PRU-13.

Ahli seumur hidup DAP, Lee Chee Cheng, membantah sekeras-kerasnya cadangan itu kerana ia menjatuhkan maruah dan imej kaum Cina, manakala Pengerusi DAP Cawangan Taman Gembira, di Petaling Jaya, Ivan Ho, berkata cadangan itu tidak praktikal kerana akan mengelirukan pengundi.

Bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha pula menggesa PAS menggugurkan nama Islam dan menukar kepada Parti Kebajikan Sosialis Malaysia.

Beliau menyifatkan strategik ‘halus’ DAP itu sebagai menarik simpati pengundi Melayu, selain menyelamatkan diri jika DAP dilarang menggunakan simbolnya.

Aktivis PAS, Mohd Reza Kamaruddin menggesa PAS istiqamah dan melihat kembali perjuangan asal dan tidak bersikap Muzabzib atau tiada pendirian.

Di Alor Setar, ahli seumur hidup PAS, Mohd Salleh Mohd Abu, berkata beliau bukan saja terkilan tetapi bimbang dengan hala tuju sebenar PAS yang dilihat semakin tersasar.

“Sebelum ini PAS sanggup berkompromi dengan bukan Islam terutama DAP dalam isu penggunaan kalimah Allah dan kali ini PAS 'mengasihani' DAP pula dengan membenarkan parti itu menggunakan simbol parti.

“Tidak mustahil pada masa akan datang PAS sanggup mengorbankan perjuangan parti semata-mata bagi menyenangkan rakan sepasukannya itu... inilah akibatnya apabila PAS membelakangi ulama,” katanya.

Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd Zawawi Awang, berkata tindakan PAS itu membuktikan ia mengamalkan pluralisme agama kerana menghalalkan segala cara demi undi dan membelakangi perjuangan Islam.

Di Kuching, penyokong PAS, Mahfuz Kamil, berkata logo PAS membawa makna besar kepada manifestasi perjuangan parti itu yang bersandarkan semangat perjuangan Islam.

Di Seremban, Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, David Dass, berkata tindakan DAP menggunakan logo kedua-dua parti itu dianggap paling memalukan dalam sejarah parti.

“Tidak pernah dalam sejarah DAP guna logo parti lain, walaupun berstatus rakan untuk bertanding PRU,” katanya.

Setiausaha DAP cawangan Ladang Paroi, K Mahendran pula berkata tindakan itu boleh menjatuhkan maruah parti.

“Amat memalukan apabila DAP terpaksa menggunakan simbol PAS. Harap perkara ini tidak akan berlaku,” katanya.

Di Kuala Terengganu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib, berkata parti itu setuju DAP menggunakan logo PAS kerana ia menunjukkan DAP sudah menerima semua dasar parti itu termasuk pelaksanaan hukum hudud dan kalimah Allah.

Sementara itu, di Georgetown, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata DAP hanya akan menggunakan simbol PAS dan PKR jika simbol roket tidak diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas alasan surat tauliah yang dikeluarkannya, tidak sah diperakukan ROS.

Guan Eng berkata, 51 calon kerusi Parlimen dan 103 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah dinasihatkan supaya bersedia dengan surat tauliah kepemimpinan PAS dan PKR pada hari penamaan calon hari ini jika surat tauliah penggunaan simbol roket ditolak oleh SPR.

Sumber bharian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...