Pages

Sunday 9 June 2013

SUKAN : CORAK PERMAINAN BARCA PIKAT NEYMAR


Neymar Teruja Dengan Cara Permainan Barca

SEPANYOL – Pemain bintang Brazil itu telah mengakhirkan spekulasi apabila beliau menandatangan kontrak bersama juara La Liga minggu lepas.

Neymar berkata kepada laman rasmi pasukan itu bahawa beliau tidak sabar untuk bekerja sama dengan skuad utama Barcelona dan bermain dengan cara permainanan mereka.

“Apa yang saya suka ialah kesederhanaan cara mereka bermain. Mereka hanya memberi tumpuan penuh untuk mencapai matlamat dan pada masa yang sama, senang untuk serasi,” kata Neymar.

Rakan sepasukannya dari pasukan kebangsaan, Dani Alves telah menyambut rakannya ke pasukan Catalan dan menyatakan Barcelona akan mempunyai dua calon untuk Ballon d’Or.

“Saya pasti ia amat sukar untuk memilih diantara dua pemain hebat ini, Neymar dan Messi. ‘Ney’ tahu apa yang dia harus lakukan untuk mendapat Ballon d’Or sebanyak Messi,” kata beliau ke Marca.

- FOXSports

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...