Pages

Sunday 9 June 2013

MB KELANTAN INGIN BAIKI PENTADBIRAN PAS


Menteri Besar Kelantan Hadapi Cabaran Sukar

Dikhabarkan Menteri Besar Kelantan yang baru Datuk Ahmad Yakob berusaha untuk keluarkan penglihatan rakyat dari bayang-bayang dari segi pentadbiran. Pentadbiran baru ini diharap memberi inspirasi kepada rakyat Kelantan dengan memadamkan sedikit demi sedikit bayang-bayang mantan Menteri Besar sebelum ini.

Datuk Ahmad Yakob juga berusaha untuk memulihkan kembali rakyat Kelantan yang berpecah dan berpihak sejak dua penggal yang lalu. Dahulunya sebagai orang kedua terpenting dalam kerajaan negeri beliau masih kekal sehingga dilantik menjadi Menteri Besar dan akan mencuba membawa pembaharuan dengan cara pentadbiran beliau sendiri. Beliau dilihat akan berusaha untuk melakukan penyatuan dalam parti PAS yang difahamkan telah menjadi kepada beberapa pihak sehingga kesannya tercalar pada nama PAS.

Apabila Datuk Ahmad Yakub mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Mei yang lalu ia adalah satu perkara yang tidak memberi kejutan kepada penyokong akar umbi PAS bahawa pelantikan beliau adalah semata-mata satu langkah untuk menstabilkan keadaan tidak lama selepas Nik Aziz meletak jawatan.

Asas kepada kenaikan pangkat kepada Ahmad Yakub kelihatan adil kepada rakyat Kelantan kerana beliau merupakan ADUN Pasir Pekan serta merupakan Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS. Terdapat hujah dikalangan penyokong parti yang mengikuti perkembangan ini mengatakan ini adalah perkara biasa apabila sesuatu kerjaya dinaikkan pangkat walaupun tanpa rekod yang luar biasa kepada namanya.

Bagi ‘silent voters’ ada yang berhujah mengatakan keraguan tentang beliau untuk memimpin negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Kerana Datuk Ahmad Yakub berada dipinggiran permainan politik Kelantan. Nampaknya Datuk Ahmad Yakub perlu membiasakan diri dengan kerja baru sebelum rakyat Kelantan lihat reputasi lemah yang boleh membawa kepada kejatuhan.

Apa yang lebih sukar adalah untuk memadamkan minda rakyat Kelantan apabila mereka masih dibayangi pemerintahan Nik Abdul Aziz. Imej Datuk Ahmad Yakub tidaklah seperti Timbalan Menteri Besar yang baru Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang jauh lebih terkenal dikalangan rakyat dalam politik Kelantan. Perkara ini menjadi pertaruhan dan cabaran yang sukar kepada Datuk Ahmad Yakub yang mungkin akan timbul dalam penggal pertama beliau di pejabat Menteri Besar kerana Ahmad Yakub dikenali bukan sebagai pemimpin yang cukup berkarisma dan agresif.

Ramalan penyokong Husam Musa adalah tidak tepat. Hanya tiga hari selepas penubuhan kerajaan negeri kumpulan ini mengaku sejajar dengan Husam Musa yang juga bekas Exco membantah pelantikan Menteri Besar di pintu Kota Darulnaim. Persoalan timbul adakah ini usaha kecil untuk perebutan kuasa di Kelantan?

Ahmad juga difahamkan akan mendapat sokongan yang kurang dalam Dewan Undangan Negeri kerana beliau telah mewarisi perwakilan yang dikurangkan daripada PAS dengan apa yang Barisan nasional telah lakukan PRU13 yang lalu. BN kini mempunyai sejumlah 12 kerusi,meningkat daripada 7 sebelum pilihanraya. Manakala PAS turun kepada 33 daripada 38 kerusi sebelumnya termasuk kawasan tunggal yang dipegang oleh Parti Keadilan Rakyat.

Dengan pelbagai kemungkinan yang bakal dihadapi, Ahmad Yakub harus menyusun strategi dengan berkesan dan menunjukkan kepada pengkritik beliau bahawa beliau akan berusaha untuk menurunkan jumlah masalah yang dihadapi oleh rakyat Kelantan. Contoh masalah sebelum ini ialah seperti isu bekalan air bersih tidak dapat diselesaikan dan penebangan hutan yang berleluasa di Gua Musang. Sudah tentu tugas yang bakal digalas ini menjadi satu laluan yang sukar untuk beliau namun kerja adalah kerja dan masa inilah untuk membuktikan keberanian beliau demi pengekalan dalam kerjaya politik beliau sendiri juga.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...