Pages

Sunday 16 June 2013

SUKAN : DEBARAN FINAL PIALA FA SEMAKIN TERASA


PBNJ Tawar Ganjaran Jika Menang Piala FA

JOHOR BHARU — Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata pasukan Johor FA dalam Liga Perdana dan Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam Liga Super akan menerima ganjaran setimpal dengan usaha dan kejayaan yang diraih mereka.

Johor DT akan menentang Kelantan pada final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Walaupun Johor FA tidak bertanding tetapi mereka akan tetap menerima ganjaran kerana mereka juga pasukan saya,” kata Tunku Mahkota Johor itu kepada pemberita selepas merasmikan majalah ‘Harimau Selatan’ di Persada Johor di sini hari ini.

Menurutnya, kejayaan Johor DT melangkah ke final Piala FA merupakan pencapaian yang terbaik yang disifatkan baginda sebagai peningkatan mendadak pasukan itu berbanding musim lalu.

Mengenai baki saingan Liga Super, Tunku Ismail berkata Johor DT akan cuba memberikan yang terbaik untuk merangkul gelaran Liga Super.

Beliau mengakui pertembungan Johor DT dengan pendahulu liga, Lions XII dari Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura, pada 20 Jun nanti bukan satu tugas yang mudah.

Selepas 18 perlawanan Liga Super, Johor DT kini menduduki tangga kedua dengan 34 mata di belakang Lions XII yang mengumpul 38 mata manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di tempat ketiga dengan 33 mata.

Dalam saingan Liga Perdana, Johor FA menduduki tempat ketiga dengan 39 mata selepas 19 perlawanan di belakang pendahulu liga, Sarawak, yang mengumpul 49 mata diikuti kelab Sime Darby dengan 45 mata.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...