Pages

Sunday 16 June 2013

PANAS : LEFTENAN ADNAN KECEWA TERTIPU DENGAN LAKONAN ANWAR

Dilupakan selepas PRU13..


Seperti melepaskan anjing tersepit!!! Mungkin itulah perasaan yang menyelubungi pelakon, Hairie Othman yang juga merupakan aktivis Pas apabila baru-baru ini dilaporkan mengeluarkan kenyataan kecewa apabila mendapati dirinya seolah-olah tidak dipedulikan lagi. Luahan kekecewaan itu disuarakan apabila tiada lagi jemputan atau panggilan ceramah yang diterimanya sebaik sahaja proses pilihan raya umum ke-13 selesai.

Sebagai aktivis Pas yang turut membantu jentera parti itu sepanjang proses kempen PRU-13 merasa amat kecewa apabila dirinya tidak dipedulikan lagi.

“Tidak ada jemputan bermakna saya tidak ada pendapatan” jelasnya ketika ditemu ramah baru-baru ini.

Sejak menyertai PAS dia tidak lagi dipanggil berlakon dan meninggalkan lakonan yang menjadi sumber pendapatannya sebelum ini demi untuk menumpukan perhatian bagi jentera membantu PR memenangi pilihanraya. Malah menurut Hairie lagi, sejak menyertai parti Islam itu, dia telah meninggalkan bidang lakonan yang sebelum ini menjadi sumber pendapatan buat dirinya dan keluarga.

Sebagai ketua keluarga, dia mengatakan mempunyai tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri seperti membeli keperluan dapur bayar ansuran kereta dan sebagainya dan semua keperluan itu dapat dipenuhi apabila sering dipanggil berceramah oleh PR.



Malah Hairie sebelum ini juga dengan penuh bangga pernah mendabik dada apabila menegaskan menerima bayaran sekitar 50 ribu untuk sekali ceramah. Kenyataan yang dikeluarkan melalui laman sosial twitter pada 1 Julai tahun lalu itu sebagai respons kepada persoalan yang dibangkitkan oleh peminat tentang kewajarannya menyertai pakatan pembangkang.

Bukanlah niat untuk membela Pas mahupun artis ini, namun persoalannya ialah, ramai di kalangan pemimpin dan penyokong Pas sebelum ini dengan nada bangga menegaskan perjuangan parti mereka adalah kerana agama Islam tanpa mengharapkan sebarang balasan. Namun dengan kenyataan yang penuh dengan nada kecewa yang dikeluarkan oleh Hairie ini jelas membuktikan ia adalah sebaliknya.

Hairie juga dilihat seolah-olah cuba untuk menyalahkan Pas dan jentera pakatan pembangkang kerana menjadi punca dia meninggalkan bidang lakonan. Menarik, kerana sebelum ini mana-mana artis yang menyatakan pendirian untuk bersama Pas akan menggunakan hidayah Allah sebagai modal ‘penghijrahan’ yang dilakukan.

Yang paling menarik, pelakon yang pernah membawakan watak Leftenan Adnan ini masih lagi cuba menyalahkan kerajaan yang kononnya telah bertindak menyekat ‘periuk nasinya’. Kononnya semenjak menjadi penceramah tetap pakatan, dia seolah-olah telah disenaraihitamkan dalam bidang seni kerana tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon dari mana-mana penerbit.

Namun pada yang sering mengikuti jelajah ceramah pakatan pembangkang, pasti akan mendengar kenyataan yang mengatakan kekesalan golongan artis-artis ini dengan pihak kerajaan. Pelbagai tuduhan pernah dilemparkan antaranya tidak islamik, gagal membawa cahaya keimanan malah ada sebilangan mereka yang mengatakan sumber pendapatan yang diperoleh melalui hasil lakonan sebelum ini adalah haram. Jadi sepatutnya tidak timbul isu disenaraihitamkan atau tidak.

Menurut pelakon itu lagi, dia sanggup mengambil risiko meninggalkan bidang seni yang menjadi sumber pendapatannya selama ini kerana yakin dengan kekuatan PAS dan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan namun ternyata telahannya itu jauh tersesar.

“Sangkaan saya meleset sama sekali, BN masih diterima rakyat pada PRU13 lalu” jelas Hairie seolah-olah kesal dengan tindakannya sebelum ini.

Kesimpulannya, sebagai anak seni yang selama ini didedahkan dengan dunia lakonan, Hairie ternyata gagal untuk menilai antara alam lakonan dan dunia realiti. Ini kerana sebagai pelakon yang berpengalaman dia sebenarnya telah GAGAL untuk melihat dan menilai lakonan dan sandiwara hebat yang telah dipertontonkan oleh Anwar Ibrahim.

Lakonan dan sandiwara hebat yang dipentaskan oleh Anwar telah membuatkan Hairie terlupa dengan pepatah Melayu ‘mendengar guruh di langit, air tempayan di tumpah jangan, kerana belum tentu hujan akan turun’.

Paling menyentuh perasaan bilamana kenyataan Hairie ini rupanya tidak begitu disenangi oleh para pencacai pakatan. Ini kerana ekoran ini, pelakon ini bukan sahaja gagal menarik simpati pemimpin pakatan rakyat, malah dia telah dikeji dengan pelbagai kata nista dari mereka yang pernah memuji dan menyokong tindakannya sebelum ini untuk bersama pakatan.

Murah sungguh nilai anak seni ini di mata mereka yang kononnya berjuang untuk rakyat ini, apabila diperlukan mereka akan diangkat dan dijulang setinggi yang mampu, namun apabila telah tidak berguna lagi mereka akan dicampak ke tepi seperti kain buruk.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...