Pages

Monday 3 June 2013

SELANGOR NAIKKAN TARIF PARKING SEBAB NAK COVER KERUGIAN LUPUSKAN KUTIPAN TOL BILA MEMERINTAH NANTI???


Naik Tarif Bayaran Parkir, Hadiah Buat Rakyat Selangor

Sebelum ini, strategi Pakatan Rakyat yang ingin mencacatkan imej dan kredibiliti kerajaan BN dengan menguar-uarkan kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menemui kegagalan. Sebaliknya, kerajaan PR sendiri yang telah menganugerahkan ‘hadiah pilihan raya’ secara mendadak dan langsung kepada rakyat Selangor.



Tinjauan mendapati, harga sewa tapak parkir di bawah seliaan MBSA telah dinaikkan harga sebanyak RM 0.65 sen tanpa sebarang pekeliling awal ataupun makluman dari pihak yang berkenaan. Nampak sangat PR yang sebenarnya sudah mengatur agenda dan strategi dalam hal meningkatkan harga perkhidmatan ataupun jualan barangan.

Tetapi PR menggunakan BN sebagai subjek untuk menutup agenda dan pelaksanaan mereka sehingga rakyat tidak sedar mereka sedang diperbodoh-bodohkan. Namun, apa lah sangat kenaikan harga parkir itu buat rakyat kerana PR memainkan strategi yang lebih bijak dengan menggunakan isu yang lebih besar iaitu kenaikan kadar GST.

Mohon rakyat untuk renung sejenak situasi sebenar yang berlaku di sekeliling kita. Sejauh mana kebenaran yang diperkatakan oleh PR ini?

Kenaikan kadar GST tidak dilaksanakan secara mendadak ataupun secara mengejut, namun masih ada timbang rasa dengan mengambil perkara ini untuk dibincangkan terlebih dahulu sebelum menetapkan keputusannya.

Sama juga dengan penurunan harga kereta, harga kereta tidak akan diturunkan secara mendadak bagi mengelakkan gangguan terhadap perkembangan ekonomi negara. Dan perbincangan dan pelaksanaan yang teliti dan terancang adalah bagi memastikan tidak akan ada kesan buruk kepada negara dan menggugat taraf ekonomi rakyat.

Tetapi tidak bagi PR. Mereka lebih gemarkan membuat keputusan sendiri tanpa ada perbincangan dan kajian yang rapi. Ini dilihat lebih jauh kejam dari apa yang mereka cuba tuding kepada BN.

Kenaikan harga parkir yang mendadak tanpa ada makluman sebenarnya akan mempengaruhi keselesaan rakyat. Kadar RM 0.60 itu adalah kadar kenaikan yang tinggi dan tidak masuk akal. Selangor dilaporkan mempunyai lebihan wang hasil pengurusan ekonomi yang baik pada penggal lalu di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

Namun, apa yang berlaku sekarang menimbulkan rasa keraguan dan tanda tanya kepada mereka yang bijak menilai keadaan. Apakah kerajaan sudah terdesak ataupun memilih jalan yang paling selamat dengan menaikkan kadar harga parkir supaya tidak ramai yang perasan?

Apa pun tindakan kerajaan Selangor, ianya dilihat satu perkara yang kurang bijak dan umpama meludah ke langit jatuhnya di muka sendiri.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...