Pages

Sunday 9 June 2013

HOT NEWS!!! ANWAR SEMAKIN TUA DAN AKAN MATI???


Anwar Semakin Tua Dan Akan Mati – Nancy

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Puan Hajah Nancy binti Haji Syukri semalam membidas tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang masih tidak berpuas hati dengan kekalahan yang diterima pada pilihan raya umum yang lalu. Menurut beliau Anwar seharusnya sedar dan berhenti memecahbelahkan orang Melayu dan Islam di negara ini kerana ia tidak mendatang sebarang hasil yang menguntungkan negara.

“Anwar ni tak habis-habislah, saya rasa dia hanya memikirkan (umurnya) sudah 65 tahun. Tak lama dah tu, (dah) makin tua dan (mungkin) tak sempat menjadi Perdana Menteri.

“Saya mengharapkan, Anwar sedar (dan) cukuplah memecahbelahkan orang Melayu dan Islam, itu tidak mendatangkan apa-apa hasil” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Sidang Kemuncak Wanita Global 2013 di Kuala Lumpur semalam.

Ekoran kekalahan yang memalukan di dalam pilihanraya umum yang lalu, Anwar sebelum ini telah menggesa para pengikutnya untuk menolak keputusan tersebut atas dakwaan pihak Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) telah menipu sehingga membolehkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan.

Selain daripada itu, Anwar turut menggesa para pengikutnya agar kembali turun ke jalan raya bagi menyatakan bantahan, untuk menggulingkan kerajaan melalui pendekatan ala ‘arab spring’. Selepas gagal menarik simpati majoriti rakyat melalui program jelajah #Black505 yang dilakukan di peringkat negeri, ahli parlimen Permatang Pauh itu berhasrat untuk mengadakan himpunan kemuncaknya di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Namun yang menjadi persoalannya bila mana rakan sekutu Anwar dari Pas dan DAP telah menyatakan pendirian mereka untuk menerima keputusan tersebut.

Menurut Hajah Nancy, Anwar seharusnya akur pada undang-undang dan menerima keputusan pilihan raya yang lalu dan bukannya bangkit menyatakan bantahan hanya untuk kawasan yang gagal dimenangi oleh mereka. Beliau turut menggesa agar mantan Ketua Pembangkang itu menerima hakikat ‘ini kali BN’masih memegang teraju kepimpinan negara.

“Saya merasa amat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh orang seperti Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia. Saya mengharapkan Anwar (agar) muhasabah diri, kita semakin hari semakin tua, kita semua (akan) mati. Bila kita dah berumur, kita perlu bersabar dan bermuhasabah diri dan bawa orang kita berfikir secara panjang (matang).

“Jangan hanya memikirkan politik dia seorang semata-mata, fikir untuk umat seluruh Malaysia, agama dan bangsa., itu yang penting. Saya berani katakan, saya amat kecewa dengan cara beliau yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab kepada apa yang mereka lakukan”, tegas beliau lagi.

Mengulas lanjut mengenai isu pengundi hantu yang dibangkitkan oleh pembangkang, Hajah Nancy yang juga merupakan ahli parlimen bagi kawasan Batang Sadong mengatakan ia adalah satu perkara yang tidak munasabah.

“Sebenarnya apa yang dituduh adalah merupakan perasaan mereka sendiri atas apa yang mereka lakukan. Sebagai contoh isu (pengundi) Bangladeshi, ia adalah tidak munasabah Saya harap tuhan akan memberi mereka pembalasan.

“Kita (semua) mahukan keamanan dan keadilan dalam negara kita. Saya juga tidak mahu berada dalam sebuah kerajaan yang tidak baik, kerana saya mempunyai prinsip hidup sendiri. Setelah melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pembangkang ini, membuat saya benci dengan sikap pembangkang, kerana saya melihat sendiri kejahatan yang mereka lakukan” tegasnya lagi.

Kerajaan Bangladesh sebelum ini turut membidas dakwaan Anwar yang mengaitkan rakyat negara itu sebagai pengundi hantu. Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, AKM Atiqur Rahman, sebelum mengatakan dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan warga Bangladesh sebagai pengundi hantu hanya akan meningkatkan ancaman dan pada masa sama memberi persepsi negatif kepada mereka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...