Pages

Showing posts with label BARCELONA. Show all posts
Showing posts with label BARCELONA. Show all posts

Sunday, 9 June 2013

SUKAN : CORAK PERMAINAN BARCA PIKAT NEYMAR


Neymar Teruja Dengan Cara Permainan Barca

SEPANYOL – Pemain bintang Brazil itu telah mengakhirkan spekulasi apabila beliau menandatangan kontrak bersama juara La Liga minggu lepas.

Neymar berkata kepada laman rasmi pasukan itu bahawa beliau tidak sabar untuk bekerja sama dengan skuad utama Barcelona dan bermain dengan cara permainanan mereka.

“Apa yang saya suka ialah kesederhanaan cara mereka bermain. Mereka hanya memberi tumpuan penuh untuk mencapai matlamat dan pada masa yang sama, senang untuk serasi,” kata Neymar.

Rakan sepasukannya dari pasukan kebangsaan, Dani Alves telah menyambut rakannya ke pasukan Catalan dan menyatakan Barcelona akan mempunyai dua calon untuk Ballon d’Or.

“Saya pasti ia amat sukar untuk memilih diantara dua pemain hebat ini, Neymar dan Messi. ‘Ney’ tahu apa yang dia harus lakukan untuk mendapat Ballon d’Or sebanyak Messi,” kata beliau ke Marca.

- FOXSports

Sunday, 7 April 2013

SUKAN : HATRIK FABREGAS BANTU BENAM MALLORCA 5-0


MADRID: Barcelona mengukuhkan peluang untuk meraih gelaran La Liga buat kali keempat dalam tempoh lima tahun apabila hatrik Cesc Fabregas mengemudi kemenangan 5-0 mereka ke atas Mallorca.

Fabregas yang diturunkan dalam kesebelasan utama berikutan kecederaan yang melanda Lionel Messi dan ternyata kehadirannya berbaloi apabila menjadi pencetus kepada dua lagi gol Barca yang dijaringkan Alexis Sanchez sekali gus menyaksikan mereka memiliki 13 mata selesa di takhta La Liga.

Bagaimanapun, sorokan gemuruh pada perlawanan malam tadi menjadi milik Eric Abidal yang muncul kali pertama selepas 14 bulan berehat selepas menjalani pembedahan hati. - AFP

Sumber bharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...