Pages

Monday 29 April 2013

PANAS !!! HUDUD TAK SESUAI - KHALID IBRAHIM


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memecahkan tembelang parti PKR apabila membuat kenyataan menolak Hudud yang dibawa PAS, dengan alasan dalam keadaan sekarang ia tidak membolehkan hukum Islam itu dilaksanakan.



Sedang pada sebelum ini serin mendakwa bahawa PAS berjuang untuk menegakkan hukum Islam namun seperti kebiasaanya rakan sekutu mereka dari parti komponen pakatan pembangkang, PKR dan DAP tetap bertegas dan tak henti-henti menolak pelaksanaan hukum itu.

Umpama orang yang bertepuk sebelah tangan, apabila Khalid bertegas mengatakan walaupun Hudud diterima sebagai salah satu prinsip pentadbiran Islam, namun Perlembagaan Persekutuan tidak akan membenarkannya. Apatah lagi ingin dilaksanakan bagi menghormati rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kelas masyarakat.

“Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, Hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam.

“Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang,” kata Abdul Khalid ketika ditanya oleh pihak wartawan semalam.

Bagi PAS untuk melaksanakan Hudud, mereka perlu melutut kepada PKR dan DAP kerana PAS tiada suara dalam PR. Mereka tidak akan menjadi parti utama dalam PR, peranan yang dimainkan hanya cukup sekadar sebagai pemerhati dan dijadikan alat dan kuda tunggangan semua pihak yang berkepentingan.

Pelaksanaan hukum Hudud telah diperjuangkan oleh PAS sebelum ini semenjak parti tersebut ditubuhkan. Setelah bersama PR, PAS tidak lagi mengangkat hukum Hudud sebagai isu utama dan lebih menumpukan kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Buku Jingga dikeluarkan oleh pakatan tersebut.

Datuk Dr Haron Din bagaimanapun yakin rakan PR akan menerima undang-undang hudud kerana DAP sanggup bertanding menggunakan simbol PAS jika simbol roket mereka tidak dibenarkan.

Lebih malang bila Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh turut menegaskan, keputusan awal parti itu untuk menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) tidak sama sekali bermakna yang mereka bersetuju untuk menerima Hukum Hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS di negara ini.

Kebenaran yang diberikan oleh PAS itu, kata Karpal tidak mengambarkan yang DAP telah berganjak daripada pendirian mereka untuk menolak Hudud.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Karpal sekali lagi menegaskan yang Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukannya sebuah negara Islam sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 1988.

“Pengenalan Hukum Hudud di negara ini akan menyebabkan sistem perundangan kita terbahagi kepada dua dan ini kita dapati sangat sukar untuk dilaksanakan dalam sebuah masyarakat majmuk,” ujarnya.

Kesimpulannya, Pas sebenarnya sedar bahawa selagi bersama dengan DAP dan PKR adalah musthil untuk mereka mengangkat ‘Hudud ala Pas’ di Malaysia. Namun atas faktor kuasa dan pangkat ia terpaksa dilakukan demi menipu pengundi bahawa Pas tetap memperjuangkan Islam, walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...