Pages

Tuesday 2 April 2013

SUKAN : KONTROVERSI TMJ, LUASKAN KUASAMU


Penonton saksi Tunku Ismail duduk di bangku simpanan selepas digantung FAM

Kuala Lumpur: Tiada seorang pun pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampak berani untuk tampil memberi kenyataan mengenai tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang duduk di bangku simpanan pasukan Johor Darul Takzim (DT) ketika bertemu Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor sebenarnya sedang dalam tempoh penggantungan selama enam bulan selepas Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 8 Mac lalu mendapati beliau bersalah melanggar Artikel 88 kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia.


FAM gagal dihubungi

Memandangkan perlawanan itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena, malam kelmarin, seluruh negara dapat menyaksikan sendiri yang memang Tunku Ismail kelihatan duduk di bangku simpanan pasukan Johor DT.

Namun, usaha BH Sukan untuk mendapatkan apa-apa komen daripada pegawai tertinggi FAM berhubung tindakan Tunku Ismail yang jelas melanggar penggantungan selama enam bulan itu gagal apabila tiada seorang pun berjaya dihubungi, semalam termasuk Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak dan Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud.

Lebih menarik, Ahmad Fuad sendiri bertindak sebagai komisioner perlawanan itu dan turut berada di stadium berkenaan, malam kelmarin.
Tindakan Tunku Ismail itu bagaimanapun lebih dilihat seolah beliau sengaja mahu menguji sejauh mana FAM berani menghukumnya lagi jika benar tindakan duduk di bangku simpanan pasukan Johor DT itu melanggar hukuman penggantungan enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak yang sedang dijalaninya ketika ini.

Namun dari sudut peraturan pula, tindakan Tunku Ismail itu seperti ‘menghina’ hukuman yang sudah diputuskan FAM dan boleh mengundang kepada hukuman baru seperti dikenakan tambahan denda dan tempoh lanjutan daripada hukuman asal.

Sumber bharian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...