Showing posts with label LUASKAN KUASAMU. Show all posts
Showing posts with label LUASKAN KUASAMU. Show all posts
Monday, 15 April 2013
SUKAN : JDT 'SENTUHAN LATIN' BAKAL GEGAR LIGA SUPER
Johor Bahru: Johor Darul Takzim bakal mempertaruhkan ‘Sentuhan Latin’ bagi baki aksi Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas mengikat kontrak pemain import dari Argentina, Leonel Jorge Nunez menggantikan Daniel Guiza yang tidak disambung kontrak dan bakal membuat penampilan pada suku akhir kedua Piala FA menentang Selangor di Stadium Shah Alam, malam esok.
Apapun pemain kelahiran Buenos Aires itu yang beraksi bersama kelab Argentina Juniors di Liga Primera tidak mahu peminat bolasepak Johor DT membuat perbandingan antaranya dengan Guiza sebaliknya ingin membuktikan sentuhan berbisa apabila beraksi bersama skuad Harimau Selatan.
“Saya dan Guiza berbeza, dia ada cara tersendiri dan saya ada kelebihan yang mungkin tidak dimiliki Guiza. Biar saya beraksi di padang dan pamer skil yang saya miliki malah kehadiran saya beraksi untuk Johor DT adalah ingin memastikan apa jua sasaran pasukan tercapai,” kata Nunez pada sidang media pada majlis memperkenalkan pemain baru Johor DT di Stadium Larkin, semalam.
Terdahulu skuad Harimau Selatan sudah mendapat khidmat pemain import Johor, Andre Francisco Da Silva yang membuat penampilan pertama beraksi dalam kancah Liga Super ketika menentang Terengganu, Jumaat lalu dan kehadiran Nunez melengkapkan kuota dua pemain import pasukan itu.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Obet Tawil berharap kehadiran Nunez yang pernah beraksi di liga Greece bersama kelab Olympiakos pada 2007-08 mampu menguatkan kembali jentera serangan yang jelas kurang menyengat sepanjang saingan pusingan pertama Liga Super.
Katanya, Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) Nunez kini sedang diusahakan dan dijangka akan diperoleh sebelum aksi suku akhir kedua Piala FA dan bakal membuat penampilan menentang Selangor bagi memburu slot ke pentas separuh akhir piala itu musim ini.
“PBNJ perlu buat transformasi ketika pasukan lain juga melakukan perubahan dengan membawa masuk pemain import bagi menguatkan pasukan mereka dan saya lihat wajar Johor DT juga harus mendapatkan khidmat Nunez untuk memantapkan jentera serangan.
“Bukan saja jentera serangan, kita juga membawa masuk tiga pemain tempatan dari pasukan Johor iaitu Jasazrin Jamaluddin di posisi tengah manakala Muhammad Nazri Ahmad dan Mohd Farid Ramli mengimbangi kekuatan di posisi pertahanan yang perlu diperkuatkan lagi,” katanya.
Tuesday, 2 April 2013
SUKAN : KONTROVERSI TMJ, LUASKAN KUASAMU
Penonton saksi Tunku Ismail duduk di bangku simpanan selepas digantung FAM
Kuala Lumpur: Tiada seorang pun pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampak berani untuk tampil memberi kenyataan mengenai tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang duduk di bangku simpanan pasukan Johor Darul Takzim (DT) ketika bertemu Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin.
Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor sebenarnya sedang dalam tempoh penggantungan selama enam bulan selepas Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 8 Mac lalu mendapati beliau bersalah melanggar Artikel 88 kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia.
FAM gagal dihubungi
Memandangkan perlawanan itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena, malam kelmarin, seluruh negara dapat menyaksikan sendiri yang memang Tunku Ismail kelihatan duduk di bangku simpanan pasukan Johor DT.
Namun, usaha BH Sukan untuk mendapatkan apa-apa komen daripada pegawai tertinggi FAM berhubung tindakan Tunku Ismail yang jelas melanggar penggantungan selama enam bulan itu gagal apabila tiada seorang pun berjaya dihubungi, semalam termasuk Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak dan Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud.
Lebih menarik, Ahmad Fuad sendiri bertindak sebagai komisioner perlawanan itu dan turut berada di stadium berkenaan, malam kelmarin.
Tindakan Tunku Ismail itu bagaimanapun lebih dilihat seolah beliau sengaja mahu menguji sejauh mana FAM berani menghukumnya lagi jika benar tindakan duduk di bangku simpanan pasukan Johor DT itu melanggar hukuman penggantungan enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak yang sedang dijalaninya ketika ini.
Namun dari sudut peraturan pula, tindakan Tunku Ismail itu seperti ‘menghina’ hukuman yang sudah diputuskan FAM dan boleh mengundang kepada hukuman baru seperti dikenakan tambahan denda dan tempoh lanjutan daripada hukuman asal.

Sumber bharian
Subscribe to:
Posts (Atom)