Pages

Tuesday 2 April 2013

TERKINI!! RAFIZI JANJI HARGA MOTOSIKAL MURAH KALAU ANWAR JADI PM




Rakyat Malaysia akan dapat membeli motorsikal dengan harga yang jauh lebih murah jika Anwar dipilih untuk menjadi Perdana Menteri selepas PRU13 nanti.

Rafizi Ramli berkata, di bawah pentadbiran Umno-BN sekarang, pemilik motosikal perlu membayar duti eksais sehingga 20 peratus bagi saiz enjin bawah 150cc dan 30 peratus untuk kapasiti enjin melebihi 150cc.

“Ini bermakna bagi motosikal paling murah sekitar RM5,500. Jumlah cukai yang dikenakan adalah RM1,334 (cukai eksais dan cukai jualan),” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

“Lebih membebankan apabila institusi kewangan tidak menawarkan pinjaman untuk membeli motosikal bersaiz enjin rendah kerana ia tidak mempunyai nilai pasaran kedua yang baik.

“Oleh itu, pembeli dari golongan berpendapatan rendah terpaksa meminjam dari kedai yang menjual motosikal dan menanggung kadar faedah yang tinggi sehingga mencecah 10 peratus,” lapor Media Selangorku.

Memastikan golongan yang memerlukan mendapat manfaat daripada dasar yang digubal, Pakatan memberi jaminan akan mengurangkan cukai eksais ke atas semua jenis kenderaan.

Ini sekaligus akan membolehkan rakyat membeli motorsikal dengan harga yang jauh lebih murah. Semua ini hanya akan dapat direalisasikan jika Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Lepas ni janji la HAPUSKAN HUTANG MOTOR RAKYAT...hahahaha.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...