Pages

Sunday 7 April 2013

SUKAN : REKOD HARIMAU SELATAN LEBUR, KALAH DITANGAN SELANGOR 2-1




PENYERANG Johor DT, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) diasak pemain Selangor Mohd Asraruddin Putra Omar (kanan) dan S Kunanlan dalam saingan suku akhir Piala FA malam tadi.Guiza gagal sempurnakan penalti pada penampilan terakhir di Larkin

Johor Bahru: Walaupun meleburkan rekod kemenangan bersih Johor Darul Takzim (DT) di laman sendiri selepas menewaskan lawan itu 2-1 dalam pusingan pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi, tetapi jurulatih Selangor Irfan Bakti Abu Salim meluahkan kekecewaan dengan sikap pemainnya.

“Mereka sepatutnya tidak leka dan selesa selepas mendahului 2-0, sebaliknya terus mengasak lawan untuk mengukuhkan kedudukan. Kelebihan 2-0 bukannya besar dan sikap leka mereka hampir membawa padah kepada pasukan.

“Saya tidak lihat kemenangan ini satu kelebihan, sebaliknya kami perlu menggandakan lagi usaha kerana perlawanan belum berakhir,” kata Irfan sejurus perlawanan.


Apapun, kemenangan anak buah Irfan Bakti itu membuatkan Johor DT bimbingan Fandi Ahmad merah padam di depan penyokong sendiri sekali gus mereka mempunyai kelebihan untuk mara ke separuh akhir menjelang perlawanan kedua di Stadium Shah Alam 16 April ini.

Walaupun Harimau Selatan begitu bersungguh-sungguh untuk menebus kekalahan memalukan 1-4 kepada lawan itu dalam saingan Liga Super, tetapi Red Giants terlebih dulu hampir merobek gawang tuan rumah seawal minit ketiga menerusi tandukan Peter Chrappan seawal minit ketiga yang diselamatkan
penjaga gol Zulfadli Mohamed.

Malah, sorakan penyokong tuan rumah langsung tidak menjejaskan rentak Selangor apabila terus menguasai perlawanan dan mendahului menerusi rembatan padu pemain pertahanan Mahali Jasuli yang menggegarkan gawang pada minit ke-14.
Usaha berterusan tuan rumah untuk mencari gol penyamaan pada babak kedua tampak cerah pada minit ke-55 selepas Safee Sali dijatuhkan oleh Mohd Asraruddin Putra di dalam kotak penalti dan pengadil Samsuddin Ibrahim tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti namun sepakan Guiza diselamatkan penjaga gol, Norazlan Razali yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan itu.

Tindakan kurang bijak pemain gantian, Irfan Abd Ghani yang mengasari K Gurusamy pada minit ke-62 membawa padah apabila dilayangkan kad merah selepas mengutip dua kad kuning memaksa skuad Harimau Selatan beraksi dengan 10 pemain sepanjang 30 minit perlawanan.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya pelawat untuk mengukuhkan kedudukan menerusi Amri Yahyah pada minit ke-68 sebelum Safee merapatkan jurang 1-2 dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-80.

Sumber bharian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...