Pages

Monday 8 April 2013

HOT!!! PR MASIH GAGAL SEPAKAT UMUM CALON PERLIS



KANGAR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menamakan calon-calon parti itu di Perlis berikutan rundingan pembahagian kerusi antara sekutu mereka iaitu PAS dan DAP masih menemui jalan buntu.

Difahamkan Anwar sepatutnya mengumumkan senarai calon mereka semasa berceramah di Kampung Seberang Ramai di sini, Ahad malam.

Bagaimanapun beliau secara tergesa-gesa meninggalkan majlis selepas menyampaikan ucapan ringkas tanpa membuat sebarang pengumuman.

Pengerusi PKR Perlis, Mohd Faisol Abd Rahman berkata hingga kini masih terdapat beberapa isu berkaitan kerusi Parlimen Kangar dan Indera Kayangan yang masih belum dapat diselesaikan.

“Secara tradisinya kedua-dua kerusi berkenaan diisi oleh calon PKR, namun pada pilihan raya kali ini PAS sangat berminat untuk mengintai kerusi Kangar manakala DAP berminat dengan kerusi Indera Kayangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...